.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Penternakan Cacing,Lintah dan Belut.

Selasa, 10 Jun 2008

Kami telah melawat ke sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang mana menjadi agen atau pun pengantara bagi peserta yang menyertai program agrotek yang disediakan oleh syarikat Artsoulist Agrotek. Syarikat ini memperkenalkan gaya penternakan cara moden terhadap spesis yang tertentu yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran seperti lintah, cacing dan belut. Seperti yang diketahui kesemua ternakan yang dinyatakan tadi adalah masih dalam kajian oleh beberapa penyelidik di Malaysia, namun produk hasil daripada haiwan tersebut ternyata mampu menarik perhatian pasaran di luar negara. Jadi syarikat seperti ini membantu peserta bumiputera yang berminat mendapatkan pasaran yang tetap terhadap keluaran bahan mentah daripada haiwan tersebut. Syarikat ini memenuhi syarat 4E yang menunjukkan nilai keusahawanan lestari yang semakin dikehendaki oleh kerajaan hari ini. Ia nyata membantu mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita disamping memberi pulangan yang lumayan.

0 comments:

Catat Ulasan