.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Final Piala FA

Ahad, 26 April 2009



Perlawanan yang dikatakan paling hebat dalam sejarah bola sepak di Malaysia, apabila dua penyokong Red Giant dan Red Warrior memenuhi segenap ruang stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan dibanjiri oleh seramai lebih 80000 penyokong kedua-dua pasukan, nyata tahap keselamatan diletakkan seratus peratus ke atas pihak polis yang berkawal di seluruh pelusuk stadium. Namun pujian harus diberikan kepada semua penyokong Kelantan yang menunjukkan sikap yang profesional apabila mereka hanya mula bersorak girang apabila pemain mereka Nor farhan menjaringkan gol awal setelah bermula sepak mula masa tambahan.

Memang diakui 90 minit perlawanan yang disajikan dengan persembahan yang menghambarkan oleh kedua-dua pasukan. Tetapi sepanjang perlawanan ini dikuasai oleh Kelantan yang banyak menyerang dan mengawal bola dengan baik. Selangor yang tampak keletihan pada separuh masa kedua nyata masih mampu memberi tentangan hebat ke gawang Kelantan melalui Safie Sali dan Amri Yahya.

Ketika perlawanan diheret ke waktu tambahan, Kelantan berjaya membolosi gawang Selangor menerusi Nor Farhan dan sekali gus bergempita penyokong Kelantan melaungkan semangat mereka. Stadium Bukit Jalil tergamam seketika bersama penyokong Selangor yang dikatakan lebih aggresif sebelum itu yang menyanyikan lagu kebanggan mereka diselangi lontaran mercun yang mengganggu kelancaran pihak berkuasa dalam membendung kemasukan mercun ke stadium. Namun kekecawaan itu tidak lama apabila tujuh minit berselang kapten Selangor. Amri berjaya menanduk bola ke gawang Kelantan dan menaikkan semula semangat penyokong Selangor. Sekali lagi penyokong Selangor yang sudah biasa dengan perlawanan akhir membuktikan bahawa mereka bukanlah mudah untuk ditewaskan.

Masa tambahan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1. Pemenang ditentukan melalui sepakan penalti. Ternyata Kelantan tidak mampu menyerap tekanan sorakan penonton apabila sepakan pertama mereka gagal dilengkapkan oleh IndraPutra. Selapas itu Kelantan sekali lagi gagal membolosi gawang Hamsani apabila bola tersasar jauh dari gawang. Pelengkap kemenangan Selangor disudahkan dengan mudah oleh Safie Sali. Selangor menang dengan kelebihan 4-1.

Arshavin Pilihan Tepat Buat Arsenal

Rabu, 22 April 2009


Awal pagi tadi, pertemuan sengit antara dua kelab gergasi England berentap iaitu Liverpool vs Arsenal. Perlawanan kali ini membawa skuad bimbingan Wenger ke Anfield bagi bertemu dengan anak buah Rafael Benitez untuk pertemuan kali kedua bagi musim ini. Meskipun perlawanan pertama yang lalu Arsenal mampu mengikat Liverpool di Emirates, namun peristiwa sama tetap berulang namun kali ini membawa kenangan manis buat Wenger dan anak buah kerana jaringan yang dihasilkan agak besar namun gol yang bolos juga sama. Wenger yang mempertaruhkan penyerang Rusia mereka, Andrei Arhavin nyata tidak menghampakan.

Penyerang yang di bawa dari kelab Zenit St. Pettersburgh itu nyata menjadi tumpuan utama kelab lain apabila membolosi gawang Riena sebanyak empat kali. Arshavin yang baru sahaja dibeli dalam perpindahan pertengan saingan yang lalu menjadi pilihan tepat kerana beliau mampu menunjukkan bahawa diri beliau adalah antara pemain berstatus bintang dalam kancah bola sepak dunia. Meskipun Rusia tidak tersenarai di dalam skuad Piala Dunia yang lalu namun, kehadiran Arshavin membuktikan bahawa negara itu sekarang sedang menghampiri senarai 20 negara terbaik dalam bola sepak.

Arshavin yang beraksi cemerlang pagi tadi nyata berada dalam kelas yang tersendiri apabila menjaringkan empat gol dan tiga daripanya mungkin boleh dikategorikan sebagai gol yang menarik sepanjang musim EPL pada kali ini. Dalam waktu yang sama, Arsenal yang sekarang kehilangan dua piala musim ini hanya memburu satu-satunya peluang piala yang tinggal iaitu UEFA Champion League. Namun Arsenal tidak dijangka melalui jalan mudah apabila ditemukan dengan juara bertaham Manchester United pada pusingan separuh akhir nanti. Diharapkan skuad kendalian Arsen Wenger ini ditagih oleh peminat bagi muncul sebagai finalis Liga Juara-juara sebagai pengubat kepada persembahan yang kurang baik dalam persaingan Liga Inggeris kali ini.

Arsenal Keep The Faith

PNB cemerlang - Najib

Selasa, 21 April 2009


Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
JOHOR BAHRU 20 April - Keupayaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menggembleng dana bernilai lebih RM87 bilion mencerminkan kejayaan cemerlang yang dicapai dalam tempoh 28 tahun sejak pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan itu membuktikan PNB berjaya membina satu jenama sendiri dalam industri unit amanah dengan meraih sokongan padu masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera.

Menurut beliau, pelancaran ASN itu merupakan permulaan perjalanan masyarakat bumiputera untuk mencapai kebebasan kewangan dalam kehidupan.

Najib berkata, ketika itu masyarakat bumiputera adalah miskin tetapi memberi sokongan padu kepada ASN sehingga dengan wang pelaburan awal hanya RM10 telah menjadikan PNB cukup teguh untuk menguasai syarikat-syarikat strategik negara.

''Dua puluh lapan tahun lalu saya difahamkan terdapat hanya 840,000 pemegang akaun yang melabur dalam 540 juta unit amanah.

''Dengan mengambil kira pengagihan pendapatan yang dibayar melebihi RM65 bilion, saya kira PNB telah banyak membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat negara ini,'' katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Padang Plaza Angsana di sini hari ini.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor. Turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Beliau berkata, sewaktu krisis mata wang pada tahun 1998, menyaksikan pengeluaran hampir RM1 bilion setiap bulan dari skim-skim unit amanah PNB termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Bagaimanapun, keadaan itu semakin baik dan kini PNB menikmati aliran bersih dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sebanyak RM5 bilion selepas menikmati aliran tunai lebih RM10 bilion pada tahun lalu.

Tambah beliau, kelahiran ASN dan unit-unit amanahnya telah mengubah paradigma masyarakat mengenai pelaburan unit amanah ke satu tahap yang tidak pernah terduga.

''Ini adalah suatu pencapaian yang sangat dibanggakan terutama di tengah-tengah ekonomi global yang tidak menentu ini,'' tambah beliau.

ARSENAL-UNTOUCHABLE

Khamis, 16 April 2009


Pada awal pagi td saya pergi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak UEFA Champion League di kedai mamak di kawasan Petaling Jaya, Seksyen 14. Seperti biasa di dalam kedai yang saya pergi menonton itu dipenuhi dengan penyokong pasukan pilihan masing-masing. Kebanyakan penonton di kedai itu terdiri daripada pelajar UM dan juga segelinitir masyarakat di sekitar Seksyen 14. Saya merupakan peminat setia kepada pasukan gergasi EPL "The Gunners" yang penyokongnya tidak ramai di Kuala Lumpur malah mungkin di seluruh Malaysia ni. Jika nak dibandingkan dengan penyokong MU yang memang boleh dikatakan paling ramai peminatnya di seluruh dunia.

Meskipun saya sampai awal di kedai mamak tu,namun hanya satu saluran tv khas untuk peminat arsenal manakala lima tv yang lain dibuka untuk penyokong MU.Tambahan lagi audio (sounds) bagi peminat arsenal diperlahan manakala hanya pengulas sukan MU vs POrto FC sahaja yang kedengaran.

Tetapi itu pun dah kira bersyukur ada kedai mamak yang mampu buka dua saluran dalam satu masa. Kalau nak cari di tempat lain memang susah beb. Setelah wisel sepak mula ditiup pasukan MU berjaya menghangatkan suasana di kedai tu dengan jaringan sulung dari ikon mereka CR. Meremang bulu dengar sorokan mereka, ramai betul peminat MU tp tak lupa juga ada juga yang mengharapkan PortoFC mengalah MU itu. Kira-kira perlawanan hampir sampai separuh pertama Arsenal mula berjaya menghasilkan gol sulung daripada pemain mudanya TheoWalcot. Selepas separuh masa bersambung, kem Arsenal semakin hangat dengan gol jaringan Adebayor diikuti sepakan penalti daripada RVP. Kali ini tenyata arsenal semakin panas dengan satu kad merah dihadiahkan kepada pemain Villareal.

Arsenal sekarang sudah benar-benar bersedia dan berada di landasan yang betul bagi menempuhi pasukan senegara MU pada sesi separuh akhir nanti yang dijangkakan paling menarik. "Arsenal Keep The Faith"

We're proud to say the name...When we sing the song we win the game.
Arsenal Untouchable

Yang Berlalu

Rabu, 15 April 2009

Assalamualaikum, sudah lamah saya tidak menghantar sebarang 'post' ke dalam blog ini. Blog ini sudah saya anggapkan sebagai sebuah diari peribadi yang boleh ditatap di mana-mana saja saya berada sekiranya terdapat akses internet. Banyak perkara yang telah berlalu begitu saja tanpa sempat saya kongsikan sebagai tanda saya gembira. Perkara yang telah dilewati baru-baru ini adalah seperti ABPBH yang diungguli oleh Raja Lawak Astro, Ahmad Nabil. Keputusan pilihanraya kecil di tiga kawasan Dun Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air juga sudah dikatahui umum akan keputusannya iaitu hanya kawasan Dun Batang Air sahaja yang mampu dikekalkan kerusinya oleh pihak kerajaan Barisan Nasional. Dalam masa yang sama juga Dato' Seri Najib yang baru sahaja mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-Lima telah cuba meyakinkan kepada rakyat bahawa dia adalah penyambung warisan oleh allahyarham bapanya Tun Abdul Razak. Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri Najib dan sekeluarga.

Masih lagi dalam suasana politik, penyerahan kuasa Datuk Seri Abdullah telah mendatangkan keyakinan baru oleh semua lapisan masyarakat sehinggakan Tun Mahathir mengotakan janjinya untuk menyertai semula UMNO dan menyokong kembali Barisan Nasional. Ekonomi negara juga turut mengalami pemulihan yang semakin baik berikutan kestabilan politik dalam negara semakin meyakinkan dan berkembang maju di bawah lembayung pimpinan baru.

Dalam bidang lain pula, kes pembunuhan wanita Monggolia, Atlantuya Sharibuu telah sampai di penghujung perbicaraannya setelah hanya seorang suspek yang dibebaskan iaitu Razak Baginda manakala Koperal Sirul dan KPT Azilah yang dikenakan hukuman gantung sampai mati akibat tuduhan membunuh. Pelik tapi apa motif pembunuhan dan siapa dalangnya, semuanya hanya Allah yang maha mengetahuinya. Kita hanya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa orang-orang yang sentiasa mengingatinya dan memberikan ganjaran syurga kepada mereka yang soleh dan solehah.

Sekian, terima kasih.

~red~