.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Arshavin Pilihan Tepat Buat Arsenal

Rabu, 22 April 2009


Awal pagi tadi, pertemuan sengit antara dua kelab gergasi England berentap iaitu Liverpool vs Arsenal. Perlawanan kali ini membawa skuad bimbingan Wenger ke Anfield bagi bertemu dengan anak buah Rafael Benitez untuk pertemuan kali kedua bagi musim ini. Meskipun perlawanan pertama yang lalu Arsenal mampu mengikat Liverpool di Emirates, namun peristiwa sama tetap berulang namun kali ini membawa kenangan manis buat Wenger dan anak buah kerana jaringan yang dihasilkan agak besar namun gol yang bolos juga sama. Wenger yang mempertaruhkan penyerang Rusia mereka, Andrei Arhavin nyata tidak menghampakan.

Penyerang yang di bawa dari kelab Zenit St. Pettersburgh itu nyata menjadi tumpuan utama kelab lain apabila membolosi gawang Riena sebanyak empat kali. Arshavin yang baru sahaja dibeli dalam perpindahan pertengan saingan yang lalu menjadi pilihan tepat kerana beliau mampu menunjukkan bahawa diri beliau adalah antara pemain berstatus bintang dalam kancah bola sepak dunia. Meskipun Rusia tidak tersenarai di dalam skuad Piala Dunia yang lalu namun, kehadiran Arshavin membuktikan bahawa negara itu sekarang sedang menghampiri senarai 20 negara terbaik dalam bola sepak.

Arshavin yang beraksi cemerlang pagi tadi nyata berada dalam kelas yang tersendiri apabila menjaringkan empat gol dan tiga daripanya mungkin boleh dikategorikan sebagai gol yang menarik sepanjang musim EPL pada kali ini. Dalam waktu yang sama, Arsenal yang sekarang kehilangan dua piala musim ini hanya memburu satu-satunya peluang piala yang tinggal iaitu UEFA Champion League. Namun Arsenal tidak dijangka melalui jalan mudah apabila ditemukan dengan juara bertaham Manchester United pada pusingan separuh akhir nanti. Diharapkan skuad kendalian Arsen Wenger ini ditagih oleh peminat bagi muncul sebagai finalis Liga Juara-juara sebagai pengubat kepada persembahan yang kurang baik dalam persaingan Liga Inggeris kali ini.

Arsenal Keep The Faith

0 comments:

Catat Ulasan