.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Nik Aziz Bukan Degil Tetapi 'Istiqamah'

Isnin, 22 Jun 2009


Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberikan kenyataan yang lebih berhemah dan ‘lembut’ dalam isu yang melibatkan Umno yang mana Pas dialu-alukan untuk menyertai ‘ Kerajaan Perpaduan’. Dalam perkara yang ditimbulkan beberapa hari lalu Tuan Guru Nik Aziz telah menyatakan keengganan beliau untuk bersama-sama Umno dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan disebabkan keputusan muktamar Pas yang telah berlangsung sebelum ini telah memutuskan supaya kekal menjalinkan kerjasama erat dengan Pakatan Rakyat bagi menjaga hati pengundi masing-masing.

Sebelum ini dikatakan bahawa Naib Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah menyatakan persetujuan beliau untuk bergabung dengan Umno tetapi kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak melibatkan keseluruhan dari pihak Pas. Berikutan daripada itu, Tuan Guru Nik Aziz meminta Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bachok sekiranya beliau masih kekal dengan keputusannya itu. Tetapi semua ini masih lagi di dalam perbincangan dalaman parti Pas dan tiada sesiapa yang layak menghukum sesiapa melainkan ahli jawatankuasa Pas sendiri.

Namun hal yang timbul ini dikatakan dimulakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan cuba memerangkap Pas dalam kemelut yang membabitkan isu perpaduan orang melayu ini. Sehubungan dengan itu, Pas meminta Umno meminta maaf terlebih dahulu kepada mereka kerana perkara ini melibatkan kemarahan parti Pakatan Rakyat yang lain. Sekiranya ingin mengadakan Kerajaan Perpaduan Umno harus turut membuat rundingan bersama PKR dan DAP bagi membincangkan kesamarataan kuasa.

Adakah semua ini mustahil dari kacamata pemimpin lain dan juga pengundi kedua-dua belah pihak? Adakah perjuangan selama ini sia-sia jika tiada lagi pembangkang? Tun Mahathir juga turut menegur pimpinan baru Dato’ Seri Najib supaya tidak memberikan apa-apa jawatan kepada ahli Umno yang telah pun dikenakan tindakan disiplin akibat rasuah dalam pemerintahan. Ini kerana ia boleh menimbulkan isu tidak puas hati pelbagai pihak. Diharapkan ahli Umno yang lain turut prihatin dan memberikan dorongan yang mambina kepada Perdana Menteri yang baru supaya tidak terpengaruh dengan dakyah politik sendiri dan mementingkan Perjuangan dan mengetepikan politik peribadi. Jagalah hati rakyat yang telah sama-sama menyokong perpaduan bangsa demi berjuang untuk agama dan bangsa tetapi bukan demi politik tersendiri. ‘UMNO Perlukan Pejuang Setia Yang Berani Mati’.

Oleh: farith zainaldin

0 comments:

Catat Ulasan