.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Rajagobal tak puas hati prestasi B-23

Ahad, 14 Jun 2009



Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my

PEMAIN Malaysia Mohd Zaquan Adha (kiri) dikawal ketat pemain Indonesia, Rachmat Latif pada perlawanan persahabatan skuad B-23 negara bertemu Indonesia di Stadium Kuala Lumpur, petang semalam. Gambar kecil, Rajagopal

Walaupun berjaya melakar kemenangan ke atas Indonesia

LONGGARNYA rentak aksi masih ketara, namun skuad bawah 23 tahun negara tetap berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas barisan Indonesia pada pertemuan persahabatan di Stadium Cheras, petang semalam.

Jurulatih, K Rajagobal, mengakui betapa masih banyak ruang perlu diperbaiki sebelum mampu menjelmakan barisan mantap buat mengejar sasaran pada temasya Sukan Sea di Laos, Disember nanti.

"Kemenangan ini bagus untuk moral pasukan, tetapi kami perlu terus bekerja keras. Masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan. Namun saya puas hati kerana aksi keras hari ini adalah seperti yang diharapkan," katanya.

Skuad negara bermula baik untuk mendominasi perlawanan, namun selepas Mohd Zaquan Adha menyaksikan rembatannya menggegar jaring pada minit ke-41, sedikit kemerosotan ketara apabila Indonesia berjaya mengancam pada majoriti babak kedua.

"Ketika ini, saya masih dalam proses mencuba beberapa pemain. Teras pasukan sudah pun ada, cuma masih ada beberapa posisi perlu dimantapkan. Saya harap dapat menamakan senarai akhir pemain dua bulan sebelum ke Laos," katanya.

Antara pemain muda yang diberi peluang beraksi semalam termasuk Mohd Azmi Muslim, K Gurusamy dan Mohd Fandi Othman yang bergandingan dengan Aidil Zakuan, Bunyamin Umar serta Khyril Muhymeen.

0 comments:

Catat Ulasan