.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Orang Melayu Dan Perniagaan

Isnin, 24 Mei 2010

Kadang-kadang aku tertanya betul ke orang melayu ni pemalas atau takut dengan risiko/cabaran terutama sekali dalam hal kerja atau buat business. Orang kita ni selalu dikaitkan dengan kerja makan gaji (gov job). Kalau kerja sebagai promoter pulak mungkin ramai anak melayu yang menjadi jurujual tetapi bos mereka pula mesti bukan orang melayu or outsider. Tetapi orang bukan melayu juga dilihat sama banyak bilangannya yang jadi promoter. Mungkin juga employer tu dah bosan dengan kerja orang melayu kita yang selalu buat kerja sambil lewa, nak mengelat, dan jugak kerja separuh jalan pastu kalau dah bosan terus berhenti.

Kesian jugak dengan nasib kerajaan kita, mereka telah berusaha nak bangunkan lebih ramai usahawan bumiputera tapi x ramai yang berjaya sampai ke kemuncak. Kalau berjaya pun mereka masih tidak dikenali, sekadar kaya pada diri sendiri tetapi tak mampu untuk membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Orang melayu ni suka berniaga dengan modal yang paling rendah tapi untung nak banyak (Rm1k sebulan pun dah bangga). Untung x sebarapa sangat tapi semua benda nak harga standard, servis cincai. Ada satu kisah yang mana seorang penebar roti canai di kawasan Pantai Dalam ni, die memang la pandai buat roti canai tapi yang buatkan kedai die laku adalah disebabkan kuahnya yang sedap (manis pedas), memang menjilat jari la. Dulu setahu aku die ni ade lot kedai yang disewa untuk berniaga, kira ruang kedai yang proper tapi ntah camne die x nak berniaga kt situ malah die jual di tepi jalan raya betul2 depan lot kedai lama die dulu. Xtau la plak pasal pe die dah x berniaga kat kedai tu , mungkin disebabkan kos sewa yang mahal kot. Tetapi pelanggan kedai roti canai ni tadi still maintain, tambahan pulak hujung minggu saper yang lewat datang kedai die memang terpaksa cuba lagi esok hari la. Tapi yang membinggungkan aku adalah tapak kedai sumer free, air basuh pinggan ntah dari mana die cilok pastu cuma modal tepung nak wat roti dan kuah kari je. Mestilah untungkan kalu hari-hari tutup kedai bila stok roti canai dah abis. Pekerja cuma die ngan bini die pastu ade la macam minah indon ni die hired jadi pembantu dan kadang-kadang anak2 datang tolong. Kalau betul dah untung buatlah kedai roti canai yang proper pastu bleh hired staff ramai skit. Kalau wat jauh skit pun dari tempat sebelum ni orang mesti cari punya kedai kau sebab kuah roti canai ko sedap. Tapi mereka ni still lagi meniaga roti canai bawah pokok pastu kadang-kadang customer kena layan diri untuk makan kat situ. Aduyai, inilah perangai orang melayu biler nak meniaga. Mula-mula fikir meniaga nak untung. Start meniaga kecil-kecilan pastu bile dah ade demand, customer dah ramai dah x pandai nak handle. Dah terfikir takut rugi biler nak gaji lebih ramai pekerja dan bukak kedai baru. Sampai mati la keturunan orang melayu ni x kan maju. Habis sumer generasi kau dan biras ko jadi samer macam ko.

Patutla Dr.Mahathir buat sajak "Melayu Mudah Lupa". Melayu terlalu berfikiran sempit sehinggakan mereka terlupa yang mereka telah berfikiran sebegitu sempit sebelum ni. Mereka mengulangi sejarah melayu mundur setelah berabad lama dasar ekonomi baru diuar-uarkan.Kesian pada orang melayu, mereka tak pernah berada di tangga pertama dalam penguasaan ekonomi setelah 52 tahun menghalau penjajah secara diplomatik.Hanya pejuang (askar melayu dan Pemimpin UMNO)sahaja yang layak digelar pejuang kemerdekaan kerana mereka mampu meniupkan api kemarahan untuk menentang penjajah dengan hanya menggunakan tulisan dan teguran keras kepada British. Yang lain hanya tahu bertempik dan bersorak merdeka, merdeka, merdeka kemudian keesokan harinya mereka masih lagi menoreh getah di kebun-kebun British atau sekutunya (tuan tanah). Bayangkan ketika itu harga pasaran getah dunia begitu tinggi sehinggakan ada cikgu sekolah (penjawat awam) yang sanggup berhenti kerja. Ingatkan nak bukak ladang getah sendiri tapi sama-sama dengan orang kampung pergi menoreh kat kebun tuan tanah kedaun. Tingginya profession penoreh getah pada ketika itu. Ntah la berapa banyak sangat la gaji penoreh getah masa tu sampai yang dah keje pun boleh berhenti wat pegi menoreh.

Ingatlah perjuangan itu tak akan pernah selesai meskipun kita telah diselesaikan.
Kibarkan jalur gemilang di dalam hati yang penuh bangga dan bukan hanya di tiang yang tinggi.
Jangan pandang terlalu jauh tetapi berilah pandangan yang membawa kita boleh pergi lebih jauh.

0 comments:

Catat Ulasan