Isnin, 19 Julai 2010
Akibat Kurang Tidur
Lambat tidur atau susah mengantuk di waktu malam, selepas jam 12.30 malam. Tidur lambat maksudnya bangun pun lambat. Mungkin tak mengapa bagi yang masih belum bekerja seperti aku ni. Bangun pukul berapa pun tak kisah. Tapi perangai ni mungkin berlarutan sehingga bila sudah masuk ke alam pekerjaan. Tabiat buruk ini mungkin menjejaskan aktiviti harian di waktu siang. Kurang tidur juga selain membawa kepada mengantuk dan sakit kepala, ia juga memungkinkan seseorang itu mudah untuk berasa marah kerana peredaran oksigen dalam darah tak mencukupi dan oksigen yang sedia ada ingin digunakan secara serentak pada ketika itu.
Semua perkara itu telah aku alami sejak dahulu lagi. Tapi tabiat sukar tidur malam ini juga mempunyai kaitan dengan gangguan makhluk halus. Mungkin tidak relevan lagi kalau dikatakan masalah ini berkaitan dengan gangguan makhluk, namun melalui pembacaan yang rawak, masih ditemukan jawapan yang sama bagi persoalan sebegini. Kalau begitu, maka kaedah rawatan sukar tidur malam ini mestilah diperhalusi dengan menggunakan ayat-ayat suci al-quran dan wirid doa. Itulah juga apa yang aku tonton di astro Oasis dalam rancangan Syifa’.
Memang sukar kalau nak mengamalkan sesuatu perkara yang jarang-jarang dilakukan tambahan lagi dengan hati yang telah diselaputi kegelapan ini. Tapi usaha itu tetap akan dilakukan cuma waktu dan ketikanya sahaja yang tak pasti.
0 comments:
Catat Ulasan