.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Fobia Pada Cincin

Jumaat, 27 Ogos 2010

Melihat sebentuk cincin ikat rotan
Di jaris manis si dia
Aku jadi hilang punca
Meracau gila putus asa
Aku fobia

Terasa pedas tekak ini
Ditusuk bertubi lada hijau
Hati mula semakin risau
Dia atau kau

Garam ditelan pengubat pedas
Gula ditambah pemanis muka
Tapi harapan sudah punah
Tak berganti umpama mati

Sekali lagi bulan ini
Air mata bersemi lagi
Ujian tiba semasa suka
Lantas diri rasa terpukul
Dengan keras aku dizalimi

Muak aku benci semua
Namun tidak ada yang mahu mendengar
Malah yang ada menghindar
Takut kepada sang gila

Perlukah aku pasrah
Menelan pahit yang ada
Melukakan hempedu dengan bisa
Penawar yang ada cuma hina
Kembali menunggu suasana ceria

Pulanglah harapan
Pulangkan impian
Pulang kau kepada aku
Fobia Cinta

Kod Negeri Dalam MyKad

Selasa, 24 Ogos 2010


SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN
Johor
01, 21, 22, 23, 24


Kedah
02, 25, 26, 27


Kelantan
03, 28, 29


Melaka
04, 30


Negeri Sembilan
05, 31, 59


Pahang
06, 32, 33


Pulau Pinang
07, 34, 35


Perak
08, 36, 37, 38 , 39


Perlis
09, 40


Selangor
10, 41, 42, 43, 44


Terengganu
11, 45, 46


Sabah
12, 47, 48, 49


Sarawak
13, 50, 51, 52, 53


Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
14, 54, 55, 56, 57


Wilayah Persekutuan (Labuan)
15, 58


Wilayah Persekutuan (Putrajaya)
16


Negeri Tidak Diketahui
82
p/s : Baru aku tahu setiap negeri ada lebih dari satu kod, tp macam mana plak kes negeri tidak diketahui tu, takkan alien kot???

Dosa Termeterai

Isnin, 23 Ogos 2010



Dosa yang tak pernah padam
Mengintai dari ruang yang dalam
Membawa aku menyimpang songsang
Jauh dari syurga firdausi

Ku pendam rasa diam
Ku seru rasa suka
Ku sahut ajakan durjana
Memikirkan fenomena silam

Malam berganti bulan
Siang bersilih mentari
Jawapannya kekal terpampang
Di dada makalah alam

Haruskah aku terus dibuai
Cerita yang semakin cacamarba
Memintal tasbih iman
Menjadi perisai dan doa

Berapa masa yang aku ada
Selama mana aku kan berdosa
Menyimpan takdir semalam
Mengulangi peristiwa hitam

Aku lelah menanti ajal
Aku takut menemukan tuhan
Seram sejuk mengilai tubuhku
Menangkap terus tulang belikatku

Malu aku malu hina
Bangga aku bangga nista
Aku puas ingin mencuba
Tapi
Suratan aku bertintakan lautan
Masin selautan samudra.

Ramadhan, Permulaan dan Perpisahan Nyata

Sabtu, 21 Ogos 2010


Assalamualaikum, di pagi Sabtu yang hening ini di hari kesembilan bulan ramadhan aku bangun agak lewat. Sepatutnya aku keje arini tapi trainer aku ade hal jadi kami semua diberi cuti dan akan diganti pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Semalam aku dan rakan2 sekerja telah meraikan perpisahan  beberapa rakan yang akan memulakan kerja  baru di tempat lain. Mungkin tawaran yang mereka dapat lebih baik dan menjamin masa depan, tambahan lagi kerja dalam waktu “office hour” je. Bagi yang dah nak kahwin atau sudah berkahwin kerja waktu siang saje lebih praktikal dan memudahkan mereka dan anak-anak di waktu akan  datang.
Adat pertemuan mesti ada perpisahan, padahal aku kenal mereka semua baru seminggu tapi macam dah kenal lama je. Tapi boleh lah kalau nak tambahkan jaringan kawan kat facebook tu. Maner ade pekerjaan yang boleh ade kawan seramai kawan masa kite balajar dulu. Ni kira bersyukur la, yang penting rezeki masing2 kena jaga.
Harap aku masih mampu untuk mengekalkan hubungan keakraban ini selama yang mungkin. Harap korg semua jugak tak lupakan aku.Wasalam.

*p/s   Teringat kawan2 masa kecik dan sekolah rendah dulu. Macam maner la nk jumpe balik. Mase dulu mane kenal facebook lagi, email pun xde.

Bulan Ramadhan Dan Permulaan Liga Inggeris

Sabtu, 14 Ogos 2010

Minggu ini akan bermula sepak bola bagi Liga Perdana Inggeris bagi musim 2010/11. Musim ini dimulakan dengan pelbagai perlawanan penting akan disaksikan seperti Chelsea menentang MU manakala Arsenal akan bertemu Liverpool. Dalam perlawanan lain pula kuasa baru bola sepak Inggeris Manchester City akan bertemu Spurs.

Diharapkan pasukan kesayangan aku Arsenal mampu memberikan persembahan yang baik setelah masih belum mampu untuk merampas kembali Juara Liga dari pendahulu Chelsea mahupun MU. Fabregas yang kembali untuk kekal menyarung jersi Gunners pasti mahukan sebarang kejuaraan sebelum kembali ke kem Barcelona kelab yang menjadi impian beliau sejak kecil lagi. Wenger juga semakin menghampiri penghujung kariernya tetapi pasti mahu melengkapkan persaraan beliau dengan sekurang-kurangnya satu lagi piala. Wenger yang telah berkhidmat selama lebih 13 tahun dan telah membawa pulang 11 piala ke Arsenal. Sejak Stadium baru Emirates digunakan belum ada sebarang kilauan piala yang menghiasi keindahan stadium baru ini. Penyokong Arsenal sudah menunjukkan rasa tidak sabar dengan penantian ini tapi masih lagi mampu mempertimbangkan kewibawaan Pengurus berbangsa Perancis itu.

Diaharapkan pada bulan ramadhan yang mulia ini akan ada pengharapan baru yang akan terjadi setelah hanya beberapa pemain muka baru yang tampil ke Emirates dengan masalah kekal di posisi no 1 penjaga gawang dan pertahanan yang berpengalaman. Selamat Menyambut Ramadhan.

Pengalaman Baru Di Alam Pekerjaan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Bermula dengan "interview" di syarikat VADS berhad. Kini aku telah pun dipilih untuk menjadi junior customer service untuk TM Internet Services (STREAMYX). Aku akan memulakan Latihan Mengenal Produk Streamyx pada minggu hadapan dan akan berkampung di bangunan TM (Menara Rebung) untuk lebih kurang sebulan lebih sebelum mampu diserapkan ke Senior CS. Cabaran yang aku hadapi adalah bekerja dalam masa seluruh umat islam di Malaysia sedang menjalani ibadah puasa dan waktu kerja aku selepas ini adalah bermula pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 12 malam. Memang mencabar dan paling menyedihkan lagi apabila mendapat tahu bahawa aku berkemungkinan tidak akan dapat beraya di kampung pada tahun ini.



Adat pendatang baru apabila cuti dibekukan pada musim perayaan dan hanya sekiranya Trainer aku selepas ini bercuti pada Hari Raya Pertama maka kami semua akan merasa Raya tahun ni. Tapi kebarangkaliannya sangat tipis dan hampir tiada langsung.

Buat masa ni aku masih belum mampu untuk mencapai keselesaan kewangan dan masih terpaksa meminta bantuan kewangan daripada Ibu Bapa. Memang malu tapi apakan daya hidup ini bukanlah percuma dan duit tu tak mengalir semudah air. Doakan aku mampu lakukan apa jua kerja yang aku hadapi selepas ini agar aku akan merasai lebih dewasa dengan berdikari.
Sekian.

Hari Bersejarah Aku

Khamis, 5 Ogos 2010

Semalam adalah hari Konvokesyen aku di Universiti Malaya. Dah empat tahun aku belajar kat situ. Jadi semua kembali kepada asal bila aku telah konvo dan hidup mesti diteruskan. Aku mesti kerja untuk terus membayar hutang piutang yang telah aku genggam bersama segulung ijazah. Hidup ini memang sesuatu yang bukan percuma untuk dinikmati.Siapa yang pandai membawa diri selepas ini adalah orang yang ada matlamat diri yang jelas. Memang itu pun yang diharapkan oleh ibu dan ayah.

Minggu depan aku telah mulakan alam pekerjaanku sebagai Cutomer Service untuk Streamyx. Tak tau lagi macam mana aku boleh teruskan kerja sebegini. Tak tahu sama ada aku boleh bertahan kerja ni. tapi yang pasti aku kena cari duit. Aku tak boleh lagi malas macam dulu.Hmm what a simple word 'malas', simple and bad word. Life must go on.