.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Puisi Yang Dilupakan

Khamis, 25 November 2010


Puisi Yang Dilupakan

Mungkin aku pernah menyatakan itu kepada kau
Mungkin kau lupa

Aku seringkali teringat akan hal itu
Mungkin kau lupa,

Kau tahu tapi tak memahami,
Mungkin kau lupa

Aku anggap kau terlupakan suatu ketika dahulu
Aku pernah berkata jujur
Membebaskan rasa suka kepada kau
Mungkin kau lupa

Aku rasa amat bersalah kerana mudah percaya
Kepada kejujuran palsu yang aku sendiri dustakan

Mungkin kau lupa
Bait-bait kata-kataku yang membenarkan rasaku terhadapmu
Ketika sewaktu aku rasa remuk gelisah
Dilambung gelora tsunami yang mengejut
Sehinggakan aku terapung dilaut lepas
Tanpa sebarang persediaan mahu pun bekalan

Aku memilih kau antara berpuluh juta
Tapi aku cuma rasakan yang aku sia-sia
Menanti sesuatu yang aku tak mampu capai
Menantikan seseorang yang tak pernah memberikan jawapan
Aku tidak pernah lupa itu

Kau mungkin boleh ketawa dihadapan ku
Kau boleh mencari teman bermain yang baru
Kau mampu melupakan rasa benci kau kepadaku
Tapi aku sedang tenat dalam khayalan ku

Kalau kau masih ingat
Aku bercerita yang aku tak pandai bermain kata
Secara bersemuka dan langsung
Malah aku tutupi kelemahan itu dalam puisi ini
Puisi yang bersuara dari penjuru kiri hatiku

Kalau kau ingin tahu aku juga pernah meneteskan air mata
Merapatkan tangan bermohon pertolongan
Dan berhajat dalam setiap sujudku
Sehinggakan aku terlena dan terbaring kaku

Apakah salah tuhan tidak menolongku
Atau mungkin aku belum cukup usahanya
Atau aku terlalu manja dalam kegigihanku
Mungkin juga aku terlupa atau terlepas pandang
Bahawa kau dalam diam cuba menyisihkan ku

Aku terasa amat bersalah pada kau
Tapi aku juga tak sanggup kehilangan kau
Aku seringkali berundur di saat aku getir berperang
Kerana aku terasa amat sakit
Dan kesakitan itu kau tak pernah peduli
Kerana kau akan menyalahkan aku
Dan mempersoalkan mengapa berperang demi kau
Yang tidak menyukai aku

Mungkin kau lupa
Yang aku menulis rasa dalam ayat puisi
Kau dan yang lain akan senantiasa
Menganggap aku ini lelaki psikotik
Yang terlalu memaksa dalam perhubungan
Sedangkan kau tidak benar-benar mendengar apa
Yang pernah aku luahkan

Ini mungkin puisi yang pernah aku tulis
Kepada insan yang pernah aku suka
Aku tahu kau mungkin masih belum faham
Mengapa aku memilih kau
Sedangkan masih banyak lagi insan
Yang lebih layak daripada kau

Itulah yang dikatakan kesetiaan
Yang tak pernah mengenal erti
Putus asa dan tak luput dari ingatanku

Ini mungkin puisi peringatan
Masa yang semakin jauh pergi
Akan membuatkan kau lalai
Inilah puisi yang dilupakan.

0 comments:

Catat Ulasan