.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Neraka Sial

Sabtu, 25 Disember 2010


Ini Destinasi Ku

Kekalkanlah aku di neraka,
Supaya aku mampu menahan kesakitan untuk jutaan tahun lagi
Izinkanlah aku mati di barisan hadapan pendusta
Supaya aku merasa semua itu berulang kali
Ini sebuah permintaan
Permintaan yang aku agungkan

Kau berikan aku kelemahan untuk melenyapkan kelebihan
Kau berikan aku kesengsaraan agar aku biasa dengan kepedihan ini nanti
Terima kasih atas segala kurniaan kau
Aku tak mampu berputik atas sebarang rasa dan kata
Ini lah kehidupan yang orang tak pernah lalui
Ketakutan dalam kemarahan yang membara
Kesedihan

Rasa yang tak pernah lenyap dalam kitab hidup ini
Terpaksa aku memendam cita-cita demi sebuah mimpi
Mimpi ngeri yang tak pernah aku alami dalam tidur
Ia senantiasa menjadi rutin harian hidupku
Bila aku berjalan aku akan mengingati kesakitan ini
Berulang kali umpama dibakar api neraka
Yang senantiasa bertambah kepedihannya
Inilah neraka awalan ku

Tiada perlu lagi aku meminta
Tiada lagi aku perlu menanti
Semua terhidang di depan jasad mati ku
Aku hanya mampu merasa tanpa perlu sedikit pun melihat
Aku adalah manusia kejam yang mungkar
Tidak pernah bersyukur atas segala yang aku dapat
Meskipun aku hanya mampu melihat dunia ini berserakan
Dengan kezaliman

Aku tak mampu mengubah diri ini
Apatah lagi mengubah nasib dunia ini
Kekejaman adalah darah aku
Aku tak mewarisi dari sesiapa
Melainkan kejadian aku ditakdirkan sebegini
Cukuplah atas semua hikmah yang indah ini
Cukuplah atas kehidupan ini yang sial
Cukuplah aku menulis semua doa ini
Agar aku tidak lagi merasa dikasihi walaupun aku layak
Mati

0 comments:

Catat Ulasan