.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam (1)

Sabtu, 12 Februari 2011


Petang itu, selepas Asar aku berdoa sambil menitiskan air mata. Terkenang kembali peristiwa dua bulan lepas. Setiap hari aku berdoa dan mengharap tetapi apa yang ditunjukkan oleh tuhan adalah jalan yang paling hina pernah aku terima. Petang itu juga, aku berdoa agar semua penyiksaan ini ada nilai bayarannya. Terus aku mengahadap komputer ribaku untuk meneruskan apa yang aku rasa untuk dijadikan bukti dalam bentuk sebuah penulisan. Jam menunjukkan hampir pukul tujuh malam tetapi di luar masih lagi cerah umpama baru pukul enam.
Kehidupan sebagai kanak-kanak dan remaja aku banyak berbeza. Dahulu setiap petang, sesudah azan Asar aku akan mengayuh basikal bertenggek di taman permainan bersebelahan dengan Tasik Sendayan untuk menikmati suasana petang sambil menunggu rakan-rakan yang lain untuk bermain. Permainan yang selalu menjadi pilihan adalah kejar-kejar. Di taman yang tak berapa nak luas itu terdapat buaian, gelongsor, palang bergayut dan kawasan rumputnya seperti padang golf sesuai untuk “landing” bila terjatuh. Zaman itu berlalu pantas, sehinggakan teman-teman sepermainan aku itu sudah tiada lagi. Malah aku tidak pernah tahu ke mana mereka pergi dan apa khabar mereka sekarang. Meskipun kalau ditakdirkan berjumpa pun, mustahil kami dapat mengecam antara satu sama lain. Sebabnya, dah lama aku tak berjumpa dan kali terakhir masing-masing masih lagi berwajah remaja dan tidak matang. Sekarang mungkin semua sudah berubah dan perangai mereka mungkin sudah tidak selincah zaman muda mereka.
Melangkah ke alam remaja atau sekolah menengah. Hidup aku bertambah rumit. Sekolah aku agak jauh dari sekolah kawan-kawan sekolah rendah aku dan aku bersendirian menaiki bas setiap pagi. Teringat lagi ketika aku mula-mula masuk ke sekolah menengah aku itu, aku cuma ada kawan ‘senior’ yang tiga tahun lebih tua dari aku. Ketika aku berada di tingkatan satu mereka sudah pun berada di tingkatan 4. Tapi nasib baik mereka agak baik dengan aku. Tapi biasa la mereka tidak berapa layan sangat budak hingusan macam aku ni. Tapi lama kelamaan aku jadi rapat dengan mereka. Sebabnya, setiap kali balik dari sekolah, bas yang akan menjemput kami adalah yang paling akhir sekali akan mengambil kami bertiga pada waktu itu. Bas tu selalu lambat sebab kena tukar ‘driver’ tu yang melambatkan perjalanan pulang. Tapi bila sudah menaiki bas untuk pulang, ada lagi kawan-kawan dari sekolah lain yang sudah menaiki bas tersebut dan suasana dalam bas itu menjadi riuh rendah dan ia menjadi pengubat kebosanan kami yang dah sejam setengah menunggu bas untuk tiba dan lagi setengah jam untuk sampai ke rumah masing-masing.
Itu semua keseronokan ketika aku masih ditingkatan satu. Semua kawan-kawan aku adalah mereka yang lebih tua walaupun setahun lebih tua daripada aku. Masuk tingkatan dua aku semakin berkurang kawan apabila menunggu bas kerana ‘member’ aku ni dah masuk tingkatan 5 dan dia menaiki motosikal ke sekolah kerana sudah bosan dengan rutin harian menunggu bas dan pulang dalam keadaan yang penat. Aku mula cari kawan lain dan sebelum bas aku sampai sudah menjadi kebiasaan untuk aku melepak di Cyber CafĂ© untuk menghabiskan masa. Pada waktu itu CC yang selalu aku pergi adalah “Screenz”. Aku jarang bermain atau berinternet maklumlah tak pandai sangat mende-mende macam ni. Game yang hanya aku tahu main dari dulu sampai sekarang adalah Fifa. Aku dibesarkan dengan semua version Fifa yang ada kat dunia ni, walaupun pada waktu itu game yang seronok adalah Counter Strike. Aku pernah cuba untuk bermain game tersebut tetapi selepas 5 minit aku akan pening kepala sebab mouse dekat CC tu sensitive sangat dan gambarnya menjadi pusing-pusing dengan cepat. Itu antara permainan yang paling aku benci sejak zaman sekolah, sampai sekarang aku tak pernah pandai main game tu.

Bersambung…

0 comments:

Catat Ulasan