.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Orang Lawa

Selasa, 22 Februari 2011


                                              
Orang Lawa

Macam mana menjadi orang lawa dan macam mana pula menjadi orang yang meminati orang yang lawa. Lawa atau sama maksud dengan cantik atau ‘cun’ mempunyai nilai maksud yang positif dan baik. Ia merupakan penilaian seseorang mengenai orang lain berdasarkan fizikal (rupa paras) atau rohani (sifat/karekter) orang yang disukainya. Cantik atau ‘cun ‘ ini hanya istilah yang khas untuk golongan wanita sahaja yang diberikan oleh lelaki yang budiman. Lelaki dua alam atau ‘nyah’ yang telah berjaya ‘transform’kan diri mereka ke tahap yang ultra cantik tidak berhak mendapat jolokan ini.

Wanita yang cantik bermula dengan rupa paras yang menawan dan disahkan kecantikan mereka oleh lebih dari seorang lelaki yang menjadi panel juri. Menurut Islam orang yang mempunyai wajah yang  suci dan cantik adalah disebabkan kesuciannya jasadnya  itu bermula dengan hati yang baik. Hari ini orang berpandukan kepada teori ini, iaitu apabila hati mereka cantik wajah mereka juga suci. Pernah atau tidak kita terbalikkan teori itu dengan menyatakan orang yang cantik itu mempunyai jiwa yang murni dan tulus. Saya rasa itu semua gagal dibuktikan. Ramai wanita cantik diluar sana gagal mendapatkan pasangan hidup yang mampu bertahan lama disebabkan golongan lelaki yang telah mendapatkan wanita yang cantik ini merasa tertipu dengan kecantikan seorang wanita yang disangka suci dari luaran ini bukanlah sesuci dari segi dalaman mereka. Memanglah semua ini terjadi disebabkan oleh kemajuan teknik ‘make over’ dan kesedaran tentang rawatan kecantikan yang semakin memuncak dikalangan wanita hari ini. Maka semua ini bakal menimbulkan kesukaran kepada lelaki yang menilai wanita daripada paras cantik wanita yang mereka idamkan.
 
Golongan lelaki biasanya tidak dapat mengelak daripada memilih pasangan hidup berdasarkan panduan nafsu mereka. Kecantikan yang mereka nilai bukan sahaja dari segi rupa paras malahan juga bergantung kepada bentuk badan dan juga perwatakan seorang wanita itu. Kombinasi antara 3 faktor ini iaitu rupa paras, bentuk badan dan juga karekter seorang wanita itu menjadikan seorang lelaki tertarik dan ingin menjadikan calon isteri mereka. Namun wanita hari ini pula ada kalanya begitu ‘protective’ dan bersikap ‘defensive’ terhadap golongan lelaki. Selalunya golongan ini adalah golongan yang bergelar mahasiswa dan memegang segulung ijazah mahu pun Master. Mungkin saya salah dengan tanggapan rambang sebegini. Kalau dilihat di dalam ‘facebook’ ramai wanita yang “menjual diri” seolah-olah mereka ini tidak laku di pasaran lelaki. Mereka sebenarnya silap dengan menganggap internet sebagai medium mempercepat kaedah ‘marketing’ masa hadapan. Mungkin bagi sesetengah lelaki yang matang menganggap usaha sebegini berhasil di internet tetapi yang lagi separuh menganggap benda ini sesuatu yang menjengkelkan. Terpulanglah kepada pandangan masing-masing kerana setiap sesuatu itu ada baik buruknya.
 
Perempuan yang cantik biasanya lebih yakin pada diri dan dalam pergaulan kerana mereka mungkin ramai peminat dan ini menjadikan wanita cantik ini lebih berpengalaman dalam soal mengenali lelaki. Tetapi bagaimana pula lelaki yang tidak ‘handsome’ cuba mengorat seorang wanita yang cantik? Sekiranya lelaki itu pandai bermain kata sekali pun, pihak perempuan itu akan bersikap pessimis dan akan menyatakan lelaki itu cuba untuk mempermainkan perasaanya. Susah juga kalau jadi yang ramai peminat dan ada pelbagai pengalaman. Perempuan perlu memahami kenapa seseorang lelaki itu menyukai perempuan yang diminatinya. Meskipun ada usaha yang dilakukan oleh lelaki tersebut mengapa masih ada lelaki yang gagal mendapatkan cinta sejati mereka. Ini semua persoalan yang setiap orang ada tanggapan yang salah mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri alami tetapi tidak sendiri merasai tetapi cukup sekadar melihat berpandukan kepada pengalaman orang disekelilingnya.

Siapa lagi bertuah- Perempuan cantik atau Lelaki Handsome?Siapa lagi baik-lelaki soleh atau wanita solehah? Siapa lebih berharta-lelaki kaya atau wanita berharta?

Soalan yang tak perlu dijawab, tetapi difikirkan dalam-dalam mengapa ada pandangan sebegini. Manusia itu dicipta berpasang-pasangan dan mengapa kita sendiri tidak mampu mencari pasangan yang diidamkan oleh setiap insan. Saya sendiri mengaku memilih. Tetapi mengapa kita diberikan pilihan kalau satu pilihan pun kita tidak mampu buat dan dapatkan. Itu bukan namanya pilihan tetapi takdir yang dipilihkan. Dalam hal sebegini siapa yang punya hak untuk memilih-lelaki atau perempuan. Ingat takdir tidak selalunya indah, malahan musibah tidak selalunya berhenti, bila semua ini ingin berubah dan diri sendiri pula menemui mati.

Farith Zainaldin (22 February 2011)

0 comments:

Catat Ulasan