.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam (5)

Jumaat, 11 Mac 2011


        Menulis, sememangnya menulis adalah aktiviti yang berlaku spontan dalam hidup aku. Otak kurniaan tuhan ini tidak pernah berhenti berfikir dan berjalan. Bayangkan setiap malam aku terpaksa berfikir macam-macam, baik atau buruk sehinggakan aku insomnia bila tiba waktu malam. Meskipun  setelah dua jam terbaring dan mata tertutup di bawah kegelapan malam, aku masih belum mampu memisahkan jasad dan roh untuk mengecapi nikmat tidur yang enak. Sejak daripada itu aku akan bangun kembali dari tidur dan mencapai kertas dan pen lantas terus menconteng kertas itu. Lama kelamaan aku mula menulis perasaan aku di dalam kertas sama ada dalam bentuk cerita mahu pun bait puisi yang tidak berbentuk formal. Aku sentiasa merasakan menulis adalah satu medium yang boleh menghubungkan aku dengan dunia luar dan dapat membuangkan sikap malu aku bila berhadapan dengan orang ramai. Aku tidak pernah berniat menjadi seorang penulis kerana aku menulis adalah berdasarkan kepada apa yang aku rasa dan alami sendiri dan kadangkala aku hanya menghentam tanpa usul periksa kepada sesuatu pernyataan yang aku rasakan boleh dibidas dari sudut pandangan yang lain.

                Zaman  semakin moden dan aku diperkenalkan kepada internet dan komputer. Aku mula mengenali komputer sejak abah membelikan komputer untuk kegunaan di rumah pada tahun 2003. Pada ketika itu aku hanya tahu menggunakan aplikasi yang mudah dan hanya tahu bermain game Microsoft yang sudah tersedia dalam computer tersebut. Aku memang buta computer pada waktu tu. Ketika menulis dalam Word aku tak pernah tahu apabila menekan butang shift+huruf huruf itu akan jadi ‘capital letter’ dan aku akan sentiasa menekan ‘caps lock’ untuk berbuat sedemikian. Aku memang sentiasa ketinggalan dalam mengharungi kemajuan sains dan teknologi. Memandangkan aku minat mempelajari computer aku merupakan mentor dalam rumah ketika itu dan mengajar kepada abah aku yang pada ketika itu tak pernah sentuh computer sepanjang hayatnya berbanding mamaku yang sememangnya menghadap computer setiap hari dalam urusan pejabat. Teknologi memang bergerak pantas, tetapi faktor ekonomi keluarga yang tidak menentu pada zaman aku bersekolah memang banyak mengajar aku untuk menerima semua kepesatan teknologi ini dengan agak lembab dan dilakukan bersendirian. Hidup ini sememangnya merupakan proses pembelajaran aku secara berterusan dan tanpa bantuan siapa-siapa aku menghadapi kesukaran untuk melakukan proses ini dengan perasaan yang yakin disamping berada dalam keadaan serba tidak tahu.

                Jadi tulisan ini sebenarnya ingin aku jadikan sejarah hidup aku yang mungkin ada insan yang berminat untuk dijadikan sebuah cerita yang penuh pengajaran dan warna-warni kehidupan. Ini bukanlah diari dan bukanlah buku catatan harian tetapi merupakan sebuah sejarah yang pernah aku tempuhi sehingga sekarang. Mungkin ada dikalangan doktor atau kaunselor yang sudi membantu aku mencari identiti aku yang sebenar dan hidup normal seperti orang lain. Aku merasakan hidup ini kosong tanpa siapa-siapa disisi. Aku juga merasakan tiada siapa yang berani menghulurkan bantuan kerana aku tidak suka berada dalam komuniti yang ramai dan sering kali berada dalam keadaan sendirian. Tetapi bersyukurlah, sesungguhnya bersyukur itu lebih tinggi makamnya daripada bersabar. LIhatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya. Susah untuk mempositifkan minda setiap 24jam sehari, tapi itulah gunanya agama yang menjadi pelengkap kepada diri ini, bersyukurlah mungkin ini sebuah cerita besar dalam hidup aku yang tuhan sendiri telah karangkan untuk aku baca dikemudian hari.

Bersambung...

0 comments:

Catat Ulasan