.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Krisis Tenaga Alternatif

Isnin, 21 Mac 2011


Tenaga Alternatif

Sepanjang kehilangan aku kepada capaiaan internet sejak seminggu ini bukanlah disebabkan oleh kerana gangguan kabel yang berpengkalan di negara Jepun terjejas akibat gegaran gempa bumi yang melanda negara matahari tersebut. Sebaliknya aku tiada waktu yang terluang untuk menulis dan tidak dapat berkarya dalam waktu yang sibuk dan terhad. Sejak dua minggu kebelakangan ini aku berulang-alik dari Kuantan dan Kuala Lumpur bagi menghadiri beberapa temuduga walaupun aku tahu tawaran kerja yang akan aku hadiri ini tidak akan mampu aku lakukan kerana sikap dan pengalaman kerja aku sebelum ini. Tapi aku mengambil ini sebagai pengalaman untuk menghadiri temuduga dan mencari keyakinan diri.

Pada entry kali ini aku bukanlah sekali lagi menulis tentang diri tetapi lebih kepada kajian yang telah aku lakukan sepanjang aku tidak menulis di dalam blog. Aku menyukakan ilmu terutama fizik yang lebih bersifat kegunaan untuk manusia dan masyarakat. Dalam masa yang sama aku turut mengkaji mengenai masalah yang aku hadapi dalam menghadapi kehidupan seharian iaitu Asperger Syndrome (Autism). Dua perkara yang memenuhkan otak pemikiran aku sejak beberapa hari ni. Tak mengapa aku masih mampu bersyukur kerana aku masih ada agama dan Tuhan yang mana agama yang aku anuti ini bersifat syumul dan lengkap, oleh demikian aku masih lagi mampu mewaraskan pemikiran ini berbanding terus hanyut dalam permasalahan hidup aku yang aku sendiri tidak pasti bagaimana untuk menyelesaikannya.

Berbalik kepada tajuk tenaga alternatif, aku tertarik dengan penghasilan tenaga elektrik yang mampu memberi kemudahan harian kepada manusia diseluruh dunia. Bayangkan sekiranya manusia tiada sumber elektrik sudah tentu manusia tidak dapat menjalankan kehidupan dengan tenang malah mungkin juga ibadah ummat manusia itu akan sedikit emosi dan terganggu. Aku cuba mencari alternative sendiri mencari maksud sebenar apa yang telah aku pelajari di Universiti dalam bentuk visual yang lebih memudahkan aku untuk faham dan pencarian ini dipermudahkan lagi dengan adanya internet yang stabil. Baru aku fahami bahawa semua tenaga eletrik itu hanya dijana dengan wujudnya turbin dan pemutaran turbin itu hanya dilakukan oleh tenaga luar (tenaga kinetic) yang memutarkan turbin tanpa henti dan mengalirkan kuasa elektrik yang mana digunakan oleh kita seharian.

Sebenarnya masih banyak lagi apa yang aku kaji iaitu bagaimana janakuasa nuklear menjadi pilihan paling banyak negara di dunia ini untuk digunakan sebagai kaedah menjana tenaga. Kebanyakan negara ini merupakan pengguna sumber kuasa terbesar dunia berikutan perkembangan pesat dalam sektor ekonomi berlandaskan industri perkilangan. Lihat sahaja bagaimana negara kecil yang begitu pesat dengan pembangunan pelbagai peralatan elektronik seperti Jepun begitu bergantung harap kepada tenaga nuclear kerana mereka tidak ada ada sumber semulajadi yang kekal untuk menjana elektrik secara kekal dan dalam kuantiti yang besar buat satu jangka masa yang panjang.

Telah dibincangkan tenaga nuklear adalah tenaga alternatif yang paling selamat dan boleh bertahan lama sehingga akhir hayat iaitu selagi sistem keselamatannya dapat dikawal. Tenaga nuklear hampir sama dengan sifat penjana yang lain iaitu memanaskan air untuk dijadikan stim untuk menolak turbin bagi menjana tenaga elektrik dan stim tadi disejukkan untuk dikitarsemula menjadi air untuk diguna semula dalam proses tersebut. Kaedah ini masih lagi dikatakan paling ‘sustainable’ kerana ia tidak melibatkan pencemaran, dan pembebasan karbon dioksida yang sangat sedikit. Namun kaedah ini menjadi kecaman hebat penduduk di seluruh dunia kerana sekiranya reactor ini terdedah ianya akan membebaskan radiasi yang mana kesannya juga mengakibatkan kerosakan kekal  disekitar radius sinaran radiasi ini. Oleh sebab demikian negara kita, Malaysia masih belum berani untuk menceburi bidang ini meskipun negara ini terlindung daripada lingkaran gunung berapi dan gempa bumi. Namun langkah awal perlu diambil kerana bekalan minyak di Malaysia hanya akan bertahan sehingga tahun 2027 sekiranya penggunaan di negara ini tidak meningkat secara mendadak. Solar masih lagi menjadi bahan perbincangan utama kerana faktor kos penghasilannya yang terlalu mahal dan tenaga matahari adalah sangat terhad. Bagi masa sekarang perubahan musim di negara ini juga sudah tidak menentu mengakibatkan Malaysia tidak akan disinari pancaran matahari dalam masa yang lama sepanjang tahun. Diharapkan krisis tenaga ini akan mampu diselesaikan dengan segera disamping pengekalan alam sekitar ini dapat dipertahankan sehingga ke akhir zaman.

0 comments:

Catat Ulasan