.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Dunia Yang Kejam

Jumaat, 22 Julai 2011

DUNIA YANG KEJAM

Bermula dari hari ini, semuanya telah terjawab mengapa dunia itu kejam. Manusia semakin hilang arah tuju, agama yang dipegang sudah dianggap longlai bagi manusia yang lemah, apalagi yang ingin dibahaskan. Namun tulisan ini akan terus berlalu seolah aku berutus dengan manusia dan tuhan. Mengimbau kembali kehidupan lampau dan hari ini, yang membezakannya hanya masa. Yang tidak diundang menjadi pemerhati, tetapi yang ditujukan itu mengendahkan semua ini. Cukuplah tuhan menyeksa dan menguji manusia yang lemah, mereka sudah pasti ke neraka dan mungkin ke syurga.

Semua orang beriman tahu yang dunia ini hampir ke penghujung. Bencana, penderitaan, peperangan, kematian, maksiat, semuanya berleluasa. Sudah sampai masanya syaitan melaungkan pekikan kejayaan dan manusia yang berlatarbelakang apa jua sekalipun akan tertewas. Teringat pesan rasulullah, “Umatku, Dirikanlah Solat”. Itu kata yang tak mungkin orang Islam yang beriman mahupun tidak akan terlupa, cuma bagaimana mereka menerima hidayah yang ingin Tuhan berikan. Teringat juga aku kepada kata-kata Dr. MAZA, bersyukurlah, sesungguhnya bersyukur itu makamnya lebih tinggi daripada sabar. Semua orang boleh menyatakan sabar. “Nasib aku sudah sebegini, bersabarlah mungkin tuhan nak uji aku”. Namun bukan mudah untuk mengungkapkan syukur. “Aku bersyukur dengan ujian yang telah menimpaku” katanya.

Ramai orang mungkin tersalah sangka, tetapi siapa lagi yang ingin membetulkan semua ini kalau tidak bermula dengan diri sendiri. Semua yang diusahakan terletak pada diri sendiri, dan doa dan tawakkal hanyalah panduan yang diajarkan supaya manusia itu mempunyai sebab mengapa semua yang dihajati itu mungkin  tidak kesampaian. Lihat sahaja rakyat Palestin, adakah mereka berdosa semuanya, adakah mereka golongan yang terlupa untuk bersyukur. Mungkin mereka telah bersyukur, cuma tuhan inginkan lebih dari itu. Mereka tidak mungkin tidak sembahyang atau berburuk sangka, tetapi hanya tuhan ingin mereka merasa betapa pedih dan kejamnya azab seksa neraka kelak. Bertahanlah dengan apa yang engkau ada. Apa yang kita ada sudah menjadi harapan kita, inikan pula mengharapkan sesuatu yang kita belum ada. Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahgikan nikmatnya.

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang tidak akan ada tangan yang boleh menghalang. Jika Allah menghalang kebahagian keapada seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan berikan keuntungan kepada mereka melalui jalan-jalan manusia tak sangka. Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan. Ketika kita sibuk bersedih atau ditimpa musibah dengan berkata “Habislah aku kali ini”, “Ya Allah tolonglah aku, tolonglah aku, aku susah Ya Allah”. Kata Allah iman mereka bertambah, mereka mengucap “Hasbunallah Wani’mal wakil”. Maka bulatkanlah hati kepada Allah dan serahkanlah segala urusan kepadanya. Semua ini pasti akan mendatangkan nikmat satu hari nanti. Sentiasa ingat dunia yang kejam itu, sebenarnya ujian yang dihimpunkan markahnya hingga suatu tempoh yang akan diberi tahu. Mungkin Tuhan itu ingin memberikan kebahagiaan  itu dikemudian hari, dihari yang kita sendiri tak sangka.

Aku menulis bukan kerana nama, aku bukan berkongsi rasa kecewa, tetapi aku merawatnya dengan rasa syukur yang sedikit bilangannya manusia di seluruh alam. Bagi engkaulah pujian, bagi engkaulah kesyukuran. Tidak mampu aku menghitung nikmat yang telah aku kecapi, tetapi apa sahaja yang telah aku syukurkan. Aku tidak bersifat penyampai seperti nabi, tetapi aku cuba sampaikan apa yang Tuhan telah turunkan kepada diri ini sendiri. Diharapkan semua orang disekelilingku juga sama malah lebih hebat dari itu. Dunia yang kejam itu tidak boleh berbuat apa-apa. Lihatlah kemenangan itu dari sisi Allah, kerana Allah memiliki semua yang ada dilangit dan bumi malah tidak terhitung segala hak kepunyaannya. Kita Cuma meminjam dunia, menyewa nyawa dan berkongsi rasa yang sama, tetapi belum tentu kita akan dibangunkan di tempat yang sama kita dijatuhkan.

0 comments:

Catat Ulasan