.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Hari Ibu Bapa

Selasa, 29 November 2011

Mama seorang kerani biasa yang terpaksa mengorbankan masanya sebagai suri yang sepatutnya berada di rumah untuk menjaga makan minum suami dan anak-anak. Abah seorang warden penjara berpangkat rendah, berikutan cuma hanya ada Sijil Am Pelajaran (tamat sekolah menengah).Nak kirakan memang hidup aku dan adik-adik agak sunyi dan kurang komunikasi dalam beberapa perkara.Tambahan lagi apabila aku mengambil keputusan untuk tinggal di asrama pada tingaktan empat membuatkan aku semakin jauh dan menjauhi dari keluarga aku sendiri.Pada zaman kanak-kanak perkara yang paling seronok apabila abah mendapat cuti yang agak lama dan membawa kami sekeluarga bercuti meskipun dalam bajet yang minimum. Itu sudah cukup memadai bagi kami tiga beradik.Perjalanan membuatkan aku cergas dan berkhayal perkara yang indah.

Sewaktu kecil, sejak umur aku lima atau enam tahun aku pernah tinggal berdua dengan adik lelaki aku tanpa pengawasan dan pada hari ini aku merasakan itu seolah terbiar dan menganggu psikologi aku saat ini.Tetapi aku faham mama dan abah berhempas pulas untuk membesarkan kami. Tapi aku berasa tidak diberikan perhatian yang khusus kerana aku autism. Mungkin sudah terlalu lewat untuk mengakui semua itu, tetapi aku pasrah. Merelka bukanlah seorang doktor atau ibu bapa zaman moden yang mengetahui akan perkara sedemikian. Malah aku berasa bangga dengan pengorbanan mereka kerana mereka aku mampu berdiri seperti mana aku sekarang meskipun dalam kekurangan sifat yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar.

Sejak aku disekolah rendah, tak banyak yang aku inginkan kerana hidup aku cuma ruang tamu dan menonton televisyen.Makan, tidur dan berehat semuanya berlaku disitu. Namun pada zaman sekolah rendah aku masih ada kawan-kawan untuk melepak dan bermain di kawasan kuarters aku. Aku suka bermain 'rounders' dan bolasepak pada ketika itu.Sekarang aku sudah tidak jumpa lagi kawan sepermainan aku masa itu. Meskipun ada aku sudah tidak bertegur dengan mereka kerana aku sudah terlalu lama beredar dari situ dan tinggal jauh dari keluarga demi mencari sesuatu yang aku tidak pernah rasa. Meskipun kawan lama, aku sudah tidak pandai bergaul dengan mereka kerana aku memang tidak tahu macam mana untuk berhubung dengan mereka lagi. Itu masalah aku paling besar.Aku mahu berkawan tetapi aku tidak yakin dan tidak tahu bagaimana lagi aku akan berpewatakan seperti manusai normal dan ramah. Aku terlalu memikirkan akan hal sedemikian rupa sehinggakan aku tertekan dan merasakan tidak berguna.

Aku tidak tahu dimana silapnya sehinggakan aku merasa begitu sepi dan sunyi sehinggalah hari dan saat ini.Aku juga merasakan adik-adik aku juga begitu.Tapi aku juga punya masalah sendiri manakan aku mampu untuk memberi keceriaan kembali kepada keluarga aku.Aku cuba mencari seorang perempuan yang boleh menyelami masalah aku tapi aku gagal dan kecewa.Aku merasakan seolah tuhan sudah tidak lagi peduli dengan semua perkara yang pernah aku alami.Kawan bukanlah orang yang boleh menolong aku disaat perlu. Mereka hadir semata-mata untuk berlibur dan mencari keseronokkan dan nyata aku bukanlah orang yang boleh beri semua itu, malah aku ketagihan semua itu.Di saat teman-teman belajar di universiti adalah rakan terakhir aku jumpa dan berhubung, namun mereka semua sudah ingin melangkah ke alam baru.Aku masih lagi memikirkan tentang hal sendiri yang sudah lapuk.Aku perlukan sebuah kehidupan dan sokongan.Sebab itu aku menulis.

Malaikat tidak akan meninggalkan pesanan ringkas jika dia ingin membantu, malaikat juga tidak beritahu jika sebenarnya mereka tidak ada lagi disisiku.Hidup aku seolah seperti penyair yang bergerak.Aku berlagu sepi dan sedih setiap kali aku berhenti dari perjalanan seharian aku.Semua orang tidak faham akan hal itu, dan aku juga lagi tidak tahu bagaimana lagi aku ingin menyedarkan mereka bahawa ada orang seperti aku ini berkongsi hidup dengan orang yang sempurna.Keinginan aku hampir tidak ada beza dengan manusia lain tetapi usaha dan keupayaan aku jauh ketinggalan zaman.Akhirnya aku kembali kepada ibu bapa yang semakin tua dan tidak daya lagi.Mereka sudah ingin masuk ke alam baru dan aku terpaksa belajar menghadapi hidup yang lebih sukar setelah mereka sudah akan pergi nanti.Bila pun kiamat aku harus menunggu dan menyesal dengan apa yang aku alami.Tidak mungkin tuhan akan membantu aku untuk berfikir waras lagi kerana tuhan telah pun hadiahkan akal yang sama untuk setiap orang.Sampailah sudah masa manjemput aku untuk berundur. Tidak ada guna lagi siang atau malam.

Pokok Duit

Jumaat, 25 November 2011


 Pokok Duit

 Gambar di atas adalah sebatang pokok yang mana daunnya adalah duit. Apa yang cuba diterbitkan di sini adalah duit umpama pokok yang sentiasa berbuah dan mempunyai daun untuk terus hidup. Dalam realiti sebenar hidup manusia, memang duit itu perlu dan penting. Duit boleh membeli kebahagian, kesenangan dan membuatkan manusia itu sentiasa bergerak dan mempunyai keinginan yang berterusan. Buktinya, manusia bekerja untuk mendapatkan sejumlah wang hasil yang setimpal dengan kerja yang telah mereka usahakan. Adakah orang di dunia ini tidak mahu akan duit? Orang buta berusaha untuk mendapatkan sejumlah wang yang setimpal bagi menyara kehidupan mereka. Ini mungkin pemikiran orang yang liberal, tetapi percaya atau tidak, orang ugama juga perlu akan duit untuk menyara anak isteri untuk dibagi makan. Maka tidak hairanlah mengapa manusia sentiasa dalam usaha untuk mengejar duit atau ‘wang’.

Pokok tadi hanyalah ilustrasi seorang pereka grafik yang kudus yang mana ingin menarik perhatian dalam membentuk simbol yang mana orang akan percaya akan cerita disebaliknya. Kalau difirkan logik akal, manakan ada sebatang pokok di dunia ini akan mengeluarkan duit sebagai ganti kepada daunnya. Duit itu tidak ada klorofil yang membantu pokok untuk mendapatkan makanan melalui pancaran matahari. Meskipun melalui teknologi kacukan sekalipun mungkin tidak akan mengeluarkan pokok duit. Mungkin yang ada dalam dunia ini, pokok duit-duit yang tumbuh melata di hutan Malaysia.

Sepanjang pengalaman penulis, duit boleh menjadi punca pergaduhan. Semutaa orang perlukan duit meskipun terpaksa meminjam dengan apa cara sekalipun. Apabila gagal untuk membayar balik hutang tadi maka akan timbulah perbalahan yang tidak disangka-sangka. Duit pencetus perbalahan, baru sebentar tadi kita dimomokkan dengan kenyataan bahawa duit membawa kebahagian kepada umat manusia. Sebenarnya masih relevan kenyataan itu cuma mungkin duit tidak mampu membawa bahagia sampai ke dalam kubur. Penulis juga pernah merasa bahawa ibu dan ayahnya juga berhempas pulas membesarkan anak-anak mereka dengan sejumlah wang yang tidak pernah cukup dalam kehidupan mereka. Ibu bapa juga merasakan anak umpama beban kepada mereka apabila sudah dewasa tapi masih belum mampu untuk berdikari. Yang dimaksudkan adalah pandai mencari duit, mereka tidak kisah setinggi mana anak itu belajar tetapi mampukah modal pelaburan mereka berkembang biak seperti pokok duit tadi. Jawapannya masih berada pada si anak tadi. Kalau kita melayari dari blog ke blog yang menceritakan hal peribadi, penulis mendapati bahawa ramai blogger menghiasi blog mereka dengan gambar-gambar percutian ke tempat percutian yang menarik dan disebalik gambar itu mereka sebenarnya menunjukkan bahawa mereka mempunyai sejumlah wang yang mampu mereka belanjakan kepada diri mereka sendiri untuk berhibur dan mendapatkan kepuasan seperti mana berlaku kepada ahli perniagaan yang selalu menunjukkan kemewahan dalam kehidupan seharian. Duit membezakan status manusia dan cara mereka berfikir. Penulis bukanlah dari keluarga yang senang tapi sederhana dan masih mampu bercuti dengan keluarga walaupun cuma di dalam negara.

Duit kalau dihitung maka mesti melibatkan angka, dan angka tidak akan pernah sampai ke penghujungnya. Angka tidak akan berhenti sekiranya dihitung sampailah hari akhirat. Tapi beringatlah mata wang yang dijadikan duit dalam sesebuah negara akan menokok atau menyusut nilainya. Pakar ekonomi negara akan meramal apa yang akan berlaku kepada duit yang negara itu belanjakan dan bagaimana mereka merancang pembangunan negara kepada seluruh rakyatnya. Ekonomi adalah subjek yang membincagkan bagaimana pokok duit tadi bercambah. Pada akhirnya mereka sentiasa mencari bagaimana caranya untuk menanam semula pokok ini untuk menyuburkan pembiakannya.

Jadi sebagai penutup kepada artikel ini, hidup ini adalah bagaimana manusia mencari duit dan belanjakannya. Pada penghujung manusia baru mereka sedar bahawa duit tidak  di bawa mati. Mereka perlu wariskan kepada mereka yang masih hidup. Hidup kerana duit tetapi mati bukanlah bersamanya.

Pantun Rasa

Khamis, 17 November 2011

Berlari-lari mencari angin
Bertukar arah mencari surutnya
Bilakah alam akan dingin
Dengan nafsu dan semua isinya

Berlari-lari ke sana ke mari
Mencari hala tuju kemana
Kupanjat gunung mencari mentari
Kuhiliri sungai jernih warnanya

Daun kaduk sepohon rumbia
Mengkuang panas tebu manisnya
Ku haruk seluruh pelusuk dunia
Mencari entah mana perginya

Diam ubi banyak isinya
Diam keladi terasa miangnya
Ku biarkan dia pergi buat selamanya
Supaya aku tidak bermuram durja

Manisnya epal kerana isinya
Pahitnya peria kerana kulit
Buang keruh ambil jernihnya
Biarkan akal terasa sulit

Sayang selasih hamba padanya
Rindu tunas pada akarnya
Sayang orang berpada-pada
Sayang tuhan tiada usianya

Bulan terang sepanjang malam
Mentari redup tanda nak hujan
Bukan sayang hanya semalam
Tapi cinta orang kempunan

Berliku-liku sungai Pahang
Terhenti seketika di sangkar Patin
Beribu batu cubaan mendatang
Kenapa disitu mahu bermaustatin


Jam sudah pukul dua
Lelap mata belumnya tiba
Ingat aku pada dirinya
Tuhan penguasa alam semesta.

Mencari Sesuatu Yang Hilang Sejak Dahulu

Isnin, 14 November 2011

1. Berdasarkan tajuk, jelas sesuatu yang subjektif ditulis dan ramai akan mempunyai pelbagai anggapan yang berbeza.

2. Sebenarnya tidak ramai yang boleh faham apa yang difikirkan oleh orang macam aku, malah doktor sendiri tidak ada penjelasan yang kukuh untuk mentafsir sesuatu masalah yang berpunca daripada fikiran.

3. Itu dari segi pandangan moden, manakala dari sudut pandangan orang yang mengamalkan Ruqyah yang diizinkan dan tak bertentangan mereka akan berpendapat ini merupakan sebuah ketaknormalan disebabkan oleh gangguan yang tidak boleh dijelaskan oleh teknologi moden pada hari ini.

4. Berbalik kepada pendekatan moden, semua ini berlaku akibat kurangnya dorongan atau kasih sayang daripada orang yang sepatutnya, tambahan lagi diri sendiri sebenarnya perlu keluar mencari apa yang hilang itu.

5. Baiklah aku tidak akan menerangkan apa yang akan diusulkan daripada perawat Islamiyah kerana aku tidak pasti mereka ini benar atau tidak.

6. Apa yang aku fikirkan adalah kenapa aku merasa rendah diri dan malu sedangkan semua orang mempunyainya dan ia sebenarnya normal dari pandangan semua orang.

7. Apabila rasa rendah diri menguasai diri dan tidak terkawal, maka diri ini akan dikawal sepenuhnya dari akal yang memerintah yang tuhan anugerahkan kepada setiap manusia.

8. Bila terasa malu dan rendah diri, maka secara automatik diri akan menghindar daripada khalayak ramai kerana sudah pasti malu tadi telah meracuni minda aku.

9. Bila tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak mendapat perhatian dari orang yang terdekat kerana diri sendiri tidak menyatakan yang sebetulnya apakah masalah yang sebenar.

10. Secara relevennya bagaimanakah orang yang telah dikawal oleh minda mereka sendiri untuk melawan segala yang bersarang di dalam kepala ini.

11. Maka timbullah rasa takut kepada berhadapan dengan kenyataan yang harus diterima, dan bertambah parah lagi datang pula masalah yang lain yang menyerabutkan lagi segala yang belum selesai.

12. Alternatif yang paling mudah bagi yang mempunyai agama adalah dengan berserah diri kepada tuhannya, namun jawapan yang mereka tunggukan bukanlah datang serta merta dan bukanlah boleh dirungkai tanpa sebarang usaha kerana tuhan sebenarnya telah menghadiahkan akal yang sama kepada sekalian manusia yang hidup untuk berfikir secara rasional.

 Ertinya: Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang boleh menolak kejahatan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, setiap nikmat itu adalah dari Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali bagi Allah.

13. Maka kisah ini kembali kepada akal dan dalam tidak sedar lama kelamaan ia mengaitkan emosi dan mampu mengembang-biakkan lagi permasalahan sebelum ini tadi.

14. Akal yang telah dikonkong tadi, ingin dibersihkan dan ingin diprogramkan semula untuk menerima sesuatu yang pada asal tadi telah rosak teracun supaya boleh mengadaptasi sesuatu yang lebih baik dan baru.

15. Semua kembali kepada diri sendiri sama ada kamu mampu lakukan atau tidak, sekiranya kamu masih mampu mengawal otak dan ingin mengusai akal itu semula kamu adalah jawapannya.

16. Doktor atau pawang bukan alternatif untuk berubat dan dengan sedikit petunjuk dari tuhan setelah kamu berusaha dan tawakkal maka mungkin kamu akan pulih dan sihat.

17. Otak dan akal bukanlah sesuatu yang boleh dipadamkan memorinya seumpama RAM komputer, malah memori yang tersumbunyi itu mungkin akan dicapai pada masa akan datang walaupun proses pembersihan telah dilakukan.

18. Aku semakin keliru dan sebenarnya semua penyelesaian itu tidak merupakan penyelesaian yang aku mahukan tetapi cuma 'Positive thinking' yang aku lakukan untuk mengurangkan kesakitan dan kejutan dalam hidup ini.

19. Kembali kepada agama, bukan senang doa untuk diterima tambahan lagi bagi yang sudah terlalu banyak mengumpul saham akhirat, oleh demikian tidak akan ada penyelesaian ia lebih ampuh melainkan bertaubat dengan sungguh-sungguh.

20. Akhir kata, bertaubat dengan apa jua cara sekali pun, jika bernasib baik akan diterima jika tidak maka bersabar dan bersyukurlah menanti hidayah-NYA.

Gadis Bertudung Berkaca Mata II

Sabtu, 5 November 2011

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kau pernah hidup dalam jiwaku
Tapi kini sebagai luka dan nanah
Kau pernah menyinari hidupku
Tapi kini kelam tak berlampu

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Dahulu kau senyum kepadaku
Tapi kini kau hamburkan kata benci
Dahulu kau inspirasiku
Tapi kini kau kegagalanku

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kau selalu buat aku tertanya-tanya
Tapi kini kau pula bertanya
Kau ibarat mimpi indahku
Tapi kini mimpi itu sudah tak bermakna
Kau beredar meninggalkan aku
Tapi bersama dengan kenangan aku

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kau sentiasa molek pada mata
Tapi kini indah cuma pada nama
Kau merawat bosanku
Tapi kini aku membosankan
Kau pernah dianggap aku mengerti
Tapi rupanya aku silap

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Wajah ayumu membayangi hidupku
Tapi kini doaku adalah lupakanmu
Dahulu doa aku adalah engkau
Tapi Tuhan lemparkan kembali hajatku
Bertaburan aku mengutip semula
Apa yang pernah aku hajati

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Aku terfikir untuk menikahimu
Tapi semua berubah seolah sumpah
Aku cinta benar padamu
Tapi Tuhan menemplakku

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Apakah Tuhan tidak merancang semua ini
Apakah Tuhan tidak suka semua ini
Apakah Tuhan juga benci aku
Apakah Tuhan masih sayang aku
Mungkin ya tapi pada waktu lain

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Tanpa kau sedar kita seolah sama
Mencari sesuatu yang kian pudar
Tetapi kau lebih dahulu sedar
Bahawa mimpi semalam melalaikan
Aku masih tertidur lena
Dan masih anggap kau ada

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Tanpa kau mengetahui
Namamu serupa dengan wan ku
Tanpa aku duga lahirmu
Tidak jauh berbeda dengan ayah dan ibu
Kita berkongsi bulan tetapi bukan matahari
Kita berkongsi rasa tetapi bukan kesusahan
Kita berkongsi sedih tetapi bukan hiba

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kau nampak mudah melangkah
Aku tak mampu mengejarmu
Tapi kau juga tak mahu menoleh
Aku tahu kau setia
Pada budi yang terhulur
Oleh kasihmu di dunia

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Aku tidak tahu lagi hendak ke mana
Aku tidak betah lagi membalas kata
Kau buatkan aku tersungkur rebah
Jatuh ke dalam lembah neraka
Cuma nabi dan rasul jadi percaya
Tuhan yang Esa jadi penawar hiba

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kini alam kita berbeza
Aku harap kau suka
Dengan apa yang kau gembira
Kerana tawamu buatku ceria
Senyummu buatku berbunga
Dan sikapmu kekal menggoda jiwa




***maaflah sekiranya puisi ini tidak bersambung lagi
     kerana Gadis Bertudung Berkaca Mata itu bukan lagi hak aku
     dia cuma kenangan lalu yang terlalu lama berpusara
     dalam hati, jiwa dan raga.

Dunia Cuma Sementara

Jumaat, 4 November 2011

Dunia ini cumalah persinggahan yang sementara.Sama ada kita suka atau tidak, kena juga laluinya.Tersimpan segala bentuk nikmat jika kita pandai menggunakan masa hidup ini ke jalan yang diredhai Allah dan rasulnya.Setiap yang dikatakan musibah itu sebenarnya ada hikmah.Itulah yang selalu diperkatakan oleh orang yang beriman.Semakin kuat kamu ingin dekat kepada tuhan, semakin kamu menggelabah dengan ujian yang diberikannya.Lihat sahaja bagaimana rasulullah itu diuji kanan dan kiri.Itulah sebab mengapa nabi Muhammad itu kekasihnya.Baginda terlalu sabar untuk dibandingkan dengan ujian yang baginda lalui.

Kenapa kita yang lahir pada zaman moden ini begitu lemah untuk tabah dan sabar dengan ujian yang diturunkan kepada mereka.Sedangkan masih ramai lagi orang yang lebih susah daripada apa yang kita sangka susah pada kita sendiri. Dari kecil kita diajar tunduk dan patuh kepada Allah yang satu dan kita disuruh untuk melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Soalnya terserah kepada diri sendiri. Di dunia ini begitu banyak dugaan sehingga tidak mampu kita untuk menghalang, tetapi jadikan kekesalan masa lalu sebagai panduan untuk memandu kita di masa akan datang. Mati cuma sekali, itu yang selalu aku katakan pada diri sendiri.

Rasa gembira, sedih, muram, kecewa, geli hati, semua itu asam garam kehidupan manusia. Seolah laut dan pantai yang tidak mungkin kita mampu pisahkan. Pandanglah sesuatu kebaikan dan keburukan itu dari sudut yang dipandang berjaya dari sisi Tuhanmu. Kita tidak akan pernah rasa cukup dengan apa yang diberikan kepada kita, tetapi pernahkah kita menyatakan syukur sangat-sangat kepada yang memberi rezeki kepada kita? Jangan lalai dengan tipu daya syaitan. Tuhan pernah membantumu dahulu disaat engkau belum kenal apa itu dunia, maka ambillah kembali jalan yang mula-mula kamu tempuhi bagi merasakan kembali bagaimana tuhan itu ingin membantu diri kamu. Tuhan apabila sayang kepada hambanya dia tidak akan tunjuk dengan sesuatu yang manusia panggil kegembiraan di dunia tetapi sebaliknya. Sedih itu adalah ketawa besar di hari pangadilan nanti. Janganlah menangis, sesungguhnya Allah sentiasa dengan orang yang sentiasa mengingatinya.

Kita tidak boleh mengagak kehidupan hari esok. Allah lebih maha tahu dan kita kena yakin dan percaya kepadanya.Yakinlah dengan sebenar benar yakin. Wallahualam.

Raya Haji

Khamis, 3 November 2011

Raya Haji dah nak dekat,ni ntah kali ke berape raye dah selama hidup ni.Tapi ape yang best tentang raye ni adelah balik kampung.Maklumlah bukan senang nak dapat balik kampung.Biler dah dewasa sumer dah makin berubah,teringat zaman kecik-kecik dulu.Tapi bagi aku raye same je, perjalanan pulang tu yang best sebenarnya.Family aku tak besar so meriahnya tu bukanlah besar juga.Tapi family mak aku terlalu besar, aku plak sampai tak kenal saper dah.So bile time raye main salam je lah ngan mana yang hulur tangan.

Aku tak pernah beraye umah member2, ntah saper la member yang beraye ngan aku.Member sumer kat Kuantan, maner pernah aku beraye kat Kuantan. Kuantan merupakan bandar kelahiran dan persinggahan saja. Sekarang bandar tu cume bandar mati bagi aku, cume kenangan.Kalo kat Kuantan aku tak panggil beraye, aku panggil melepak je ngan member kat situ.Maner aku pernah datang umah saper-saper makan kuih raye, kalo ade yang ajak pun segan la plak nak join.

Raye ke tak sama ja.Balik umah duk dalam bilik sorang2 pasang muzik kuat-kuat sambil guna headphone.Tu jela keje yang aku tau.Bosan tul hidup  ni.Rasa cam nak beli tiket kapal terbang pastu keliling dunia.Dah penat baru rasa nak balik umah.Amacam kalo time raye tu aku wat camni, mau tak mengamuk mak ngan abah.Apa boleh buat dah hidup aku camni.Takde mende yang begitu penting dalam hidup aku. Aku gagal untuk menceriakan hidup aku sendiri yang telah berkurun lamanya.Tak apalah aku harap hidup aku ni singkat, aku tak perlu tempuh semua yang gembira itu untuk satu jangka masa yang panjang.Cukuplah apa yang ada sekarang.Syukur itu lebih tinggi nilainya dari Sabar.

Ingin Berikthiar

Selasa, 1 November 2011

Beberapa hari yang begitu kurang enak, terasa sentap dan kecewa. Tetapi kenapa mesti dalam saat begini. Mungkin ini suratan yang tertulis.Yakin dan percaya bahawa tuhan itu tidak sezalim manusia dan jin.Banyakkan berdoa dan terus berdoa mengharapkan yang terbaik dari tuhan yang MAHA AGONG.Yang patah akan tumbuh, hilang lagikan berganti, tetapi yang rindu makin dirindui.Susah nak merubat luka yang parah macam ni, tapi ini bukan kali pertama, semuanya untuk bekalan aku dihari tua yang akan datang.

Sejak akhir-akhir ini, aku begitu kuat untuk berikhtiar mencari penyelesaian kepada masalah dalam diri yang melanda sejak berabad ini.Mungkin aku akan jumpa sebuah penawar bagi permasalahan ini.Dalam tidak sedar aku melayari dari blog ke blog bagi mencari rawatan yang sesuai kepada kecelaruan ini.Nah! ternampak sebuah laman web yang menarik hati dan aku layarinya untuk sepanjang hari.Mungkin inilah yang aku cari untuk merawat segalanya secara holistik.Namun buat masa sekarang kos merupakan halangan utama untuk rehat dan rawat.Aku cuba mencari teman dan rakan yang berpengetahuan dalam hal sebegini, tapi masih belum ada masa terluang untuk aku penuhi.Mungkin dalam masa terdekat ini aku akan bertemu kepada nasihat dan cadangan daripada mereka yang lebih arif dalam hal yang sebegini.

Rawatan Perubatan Islamiyah adalah yang aku maksudkan.Rawatan yang mungkin dapat membongkar misteri dalam hidup aku selama ini.Meskipun begitu aku telah pun mendapatkan rawatan kaunseling dan nasihat dari doktor perubatan moden.Mungkin masih terlalu awal untuk mengetahui tentang masalah sebenar yang melanda diri aku. Jangan putus harap sesungguhnya tiada penyakit yang tiada penawar melainkan mati.Ini merupakan langkah kedua aku untuk berikhtiar bagi meneruskan kehidupan yang semakin menemui jalan buntu dan pedih.Lepas satu persatu masalah yang datang melanda, memperingatkan aku supaya lebih dekat kepada tuhan dan sentiasa berharap kepadanya.Bukan salah sesiapa dalam hal sebegini cuma mungkin perjalanan menuju tuhan itu agak sedikit sukar kerana kita diuji dari pelbagai sudut yang diduga mahupun tidak.Ingatlah sentiasa bahawa Allah sentiasa bersama-sama orang yang beriman.