.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Gadis Bertudung Berkaca Mata II

Sabtu, 5 November 2011

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kau pernah hidup dalam jiwaku
Tapi kini sebagai luka dan nanah
Kau pernah menyinari hidupku
Tapi kini kelam tak berlampu

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Dahulu kau senyum kepadaku
Tapi kini kau hamburkan kata benci
Dahulu kau inspirasiku
Tapi kini kau kegagalanku

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kau selalu buat aku tertanya-tanya
Tapi kini kau pula bertanya
Kau ibarat mimpi indahku
Tapi kini mimpi itu sudah tak bermakna
Kau beredar meninggalkan aku
Tapi bersama dengan kenangan aku

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kau sentiasa molek pada mata
Tapi kini indah cuma pada nama
Kau merawat bosanku
Tapi kini aku membosankan
Kau pernah dianggap aku mengerti
Tapi rupanya aku silap

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Wajah ayumu membayangi hidupku
Tapi kini doaku adalah lupakanmu
Dahulu doa aku adalah engkau
Tapi Tuhan lemparkan kembali hajatku
Bertaburan aku mengutip semula
Apa yang pernah aku hajati

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Aku terfikir untuk menikahimu
Tapi semua berubah seolah sumpah
Aku cinta benar padamu
Tapi Tuhan menemplakku

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Apakah Tuhan tidak merancang semua ini
Apakah Tuhan tidak suka semua ini
Apakah Tuhan juga benci aku
Apakah Tuhan masih sayang aku
Mungkin ya tapi pada waktu lain

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Tanpa kau sedar kita seolah sama
Mencari sesuatu yang kian pudar
Tetapi kau lebih dahulu sedar
Bahawa mimpi semalam melalaikan
Aku masih tertidur lena
Dan masih anggap kau ada

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Tanpa kau mengetahui
Namamu serupa dengan wan ku
Tanpa aku duga lahirmu
Tidak jauh berbeda dengan ayah dan ibu
Kita berkongsi bulan tetapi bukan matahari
Kita berkongsi rasa tetapi bukan kesusahan
Kita berkongsi sedih tetapi bukan hiba

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kau nampak mudah melangkah
Aku tak mampu mengejarmu
Tapi kau juga tak mahu menoleh
Aku tahu kau setia
Pada budi yang terhulur
Oleh kasihmu di dunia

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Aku tidak tahu lagi hendak ke mana
Aku tidak betah lagi membalas kata
Kau buatkan aku tersungkur rebah
Jatuh ke dalam lembah neraka
Cuma nabi dan rasul jadi percaya
Tuhan yang Esa jadi penawar hiba

Gadis Bertudung Berkaca Mata
Kini alam kita berbeza
Aku harap kau suka
Dengan apa yang kau gembira
Kerana tawamu buatku ceria
Senyummu buatku berbunga
Dan sikapmu kekal menggoda jiwa




***maaflah sekiranya puisi ini tidak bersambung lagi
     kerana Gadis Bertudung Berkaca Mata itu bukan lagi hak aku
     dia cuma kenangan lalu yang terlalu lama berpusara
     dalam hati, jiwa dan raga.

0 comments:

Catat Ulasan