.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Pokok Duit

Jumaat, 25 November 2011


 Pokok Duit

 Gambar di atas adalah sebatang pokok yang mana daunnya adalah duit. Apa yang cuba diterbitkan di sini adalah duit umpama pokok yang sentiasa berbuah dan mempunyai daun untuk terus hidup. Dalam realiti sebenar hidup manusia, memang duit itu perlu dan penting. Duit boleh membeli kebahagian, kesenangan dan membuatkan manusia itu sentiasa bergerak dan mempunyai keinginan yang berterusan. Buktinya, manusia bekerja untuk mendapatkan sejumlah wang hasil yang setimpal dengan kerja yang telah mereka usahakan. Adakah orang di dunia ini tidak mahu akan duit? Orang buta berusaha untuk mendapatkan sejumlah wang yang setimpal bagi menyara kehidupan mereka. Ini mungkin pemikiran orang yang liberal, tetapi percaya atau tidak, orang ugama juga perlu akan duit untuk menyara anak isteri untuk dibagi makan. Maka tidak hairanlah mengapa manusia sentiasa dalam usaha untuk mengejar duit atau ‘wang’.

Pokok tadi hanyalah ilustrasi seorang pereka grafik yang kudus yang mana ingin menarik perhatian dalam membentuk simbol yang mana orang akan percaya akan cerita disebaliknya. Kalau difirkan logik akal, manakan ada sebatang pokok di dunia ini akan mengeluarkan duit sebagai ganti kepada daunnya. Duit itu tidak ada klorofil yang membantu pokok untuk mendapatkan makanan melalui pancaran matahari. Meskipun melalui teknologi kacukan sekalipun mungkin tidak akan mengeluarkan pokok duit. Mungkin yang ada dalam dunia ini, pokok duit-duit yang tumbuh melata di hutan Malaysia.

Sepanjang pengalaman penulis, duit boleh menjadi punca pergaduhan. Semutaa orang perlukan duit meskipun terpaksa meminjam dengan apa cara sekalipun. Apabila gagal untuk membayar balik hutang tadi maka akan timbulah perbalahan yang tidak disangka-sangka. Duit pencetus perbalahan, baru sebentar tadi kita dimomokkan dengan kenyataan bahawa duit membawa kebahagian kepada umat manusia. Sebenarnya masih relevan kenyataan itu cuma mungkin duit tidak mampu membawa bahagia sampai ke dalam kubur. Penulis juga pernah merasa bahawa ibu dan ayahnya juga berhempas pulas membesarkan anak-anak mereka dengan sejumlah wang yang tidak pernah cukup dalam kehidupan mereka. Ibu bapa juga merasakan anak umpama beban kepada mereka apabila sudah dewasa tapi masih belum mampu untuk berdikari. Yang dimaksudkan adalah pandai mencari duit, mereka tidak kisah setinggi mana anak itu belajar tetapi mampukah modal pelaburan mereka berkembang biak seperti pokok duit tadi. Jawapannya masih berada pada si anak tadi. Kalau kita melayari dari blog ke blog yang menceritakan hal peribadi, penulis mendapati bahawa ramai blogger menghiasi blog mereka dengan gambar-gambar percutian ke tempat percutian yang menarik dan disebalik gambar itu mereka sebenarnya menunjukkan bahawa mereka mempunyai sejumlah wang yang mampu mereka belanjakan kepada diri mereka sendiri untuk berhibur dan mendapatkan kepuasan seperti mana berlaku kepada ahli perniagaan yang selalu menunjukkan kemewahan dalam kehidupan seharian. Duit membezakan status manusia dan cara mereka berfikir. Penulis bukanlah dari keluarga yang senang tapi sederhana dan masih mampu bercuti dengan keluarga walaupun cuma di dalam negara.

Duit kalau dihitung maka mesti melibatkan angka, dan angka tidak akan pernah sampai ke penghujungnya. Angka tidak akan berhenti sekiranya dihitung sampailah hari akhirat. Tapi beringatlah mata wang yang dijadikan duit dalam sesebuah negara akan menokok atau menyusut nilainya. Pakar ekonomi negara akan meramal apa yang akan berlaku kepada duit yang negara itu belanjakan dan bagaimana mereka merancang pembangunan negara kepada seluruh rakyatnya. Ekonomi adalah subjek yang membincagkan bagaimana pokok duit tadi bercambah. Pada akhirnya mereka sentiasa mencari bagaimana caranya untuk menanam semula pokok ini untuk menyuburkan pembiakannya.

Jadi sebagai penutup kepada artikel ini, hidup ini adalah bagaimana manusia mencari duit dan belanjakannya. Pada penghujung manusia baru mereka sedar bahawa duit tidak  di bawa mati. Mereka perlu wariskan kepada mereka yang masih hidup. Hidup kerana duit tetapi mati bukanlah bersamanya.

0 comments:

Catat Ulasan