.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Ekonomi Dunia dan Malaysia

Khamis, 8 Disember 2011


December 8, 2011
Kebejatan Ekonomi


Akta Pemegang Pajak Gadai 1971 (Akta 81), merupakan akta yang terletak dibawah portfolio Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada mulanya, industri ini tertakluk kepada 13 buah enakmen/ordinan/kaedah yang ditadbir oleh kerajaan Negeri masing-masing. Kemudiannya pada 2 Januari 1973 barulah undang-undang ini dipinda dan disusun semula bagi menyeragamkan pentadbiran pajak gadai di Malaysia serta menjamin industri pajak gadai yang sihat disamping melindungi kepentingan pengguna.

Akibat daripada kelembapan ekonomi yang melanda sebahagian besar negara di Eropah termasuk Britain telah merencatkan perkembangan industri pelaburan stok. Pelabur akan lebih mengikut kepada corak pengaliran wang langsung daripada kekal untuk menyimpan harta kesayangan yang mempunyai nilai tersendiri. Keuntungan yang dicatat oleh kedai pajak di Ezcorp Inc. misalannya mencatatkan purata 46 peratus setahun untuk tempoh masa lima tahun.

Di negara kita Malaysia, kita boleh dikatakan beruntung kerana mempunyai kerajaan yang mampu mempertahankan kekukuhan matawang negara di tahap yang selamat. Meskipun pada zaman pemerintahan Perdana Menteri ke-5, beliau telah mengarahkan mata wang Malaysia diapungkan kerana nilai Ringgit pada ketika itu adalah melonjak naik dan bertumbuh dengan sangat pantas. Meskipun mendatangkan teguran keras daripada mantan Perdana Menteri yang sebelumnya, ternyata Ringgit dijangka meningkat pada masa kini. Tetapi keadaan itu tidaklah dijangka akan bertahan lama kerana Malaysia hanyalah negara pengguna dan kita lebih banyak mengimport daripada eksport.

Pemerintah terkini juga tidak terlepas daripada membuat pinjaman luar iaitu negara yang sedang pesat membangun, China. Seperti yang diketahui negara kuasa besar dunia juga membuat pinjaman jangka masa sederhana dengan  negara Republik itu. Ini membuktikan ekonomi dirantau ini mungkin akan berterusan naik dalam masa yang singkat. Matawang Yen Jepun yang jatuh sejak akhir-akhir ini akibat bencana gempa bumi membuatkan kesatuan Eropah yang menjalin kerjasama dengan negara tersebut mengalami nasib hampir serupa. Jepun yang sebelum ini merupakan antara kuasa ekonomi terbesar dunia kerana kerajinan dan kecanggihan perkembangan teknologi yang dibawa mereka. Kini semuanya seolah retak menanti belah apabila Jepun mengalami proses kejatuhan matawang yang teruk meskipun masih mampu untuk bertahan dalam satu tempoh masa yang tak menentu.
Masalah pengangguran dan kehilangan pekerjaan di Britain dan Amerika Syarikat begitu meruncing saat ini. Rakyat merana, tambahan lagi pergolakan yang tidak pernah berakhir di negara Asia Timur menjadikan harga bahan bakar dunia semakin melonjak disaat ekonomi meleset. Di Asia yang sudah menjadi pengikut kepada aliran matawang Amerika Syarikat turut terjejas kerana pelabur dari Amerika semakin terhad dan lebih banyak syarikat mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan penghasilan produk jualan bagi mengelakkan rugi besar.

Inilah kesempatan yang harus diambil oleh negara di benua Asia agar melancarkan perniagaan yang boleh membawa kepada keuntungan besar. Kesempatan ini membuatkan beberapa industri seperti cari gali minyak, perkapalan, telekomunikasi dan juga penganalisis matawang mengorak langkah setapak lagi bagi memacu ekonomi ke hadapan. Pada saat ini juga, pengguna digalakkan memajak harta mereka bagi mendapat wang tunai bagi melancarkan pengaliran tunai matawang. Institusi kewangan juga berusah a  menggalakkan pengguna agar membelanjakan wang mereka bagi meneruskan kelangsungan aliran wang untuk menjana perkembangan ekonomi. Faktor ketidakseimbangan kekayaan di negara Malaysia menyebabkan hanya golongan ataan sahaja yang merasai kemewahan ekonomi pada saat ini. Nilai murni yang dipaparkan oleh agama Islam tidak menjadi tunjang perniagaan yang dilakukan. Akibatnya berlakulah inflasi dan perkara ini mungkin akan berlarutan kepada tahap yang parah. Seperti yang dikatakan golongan kaya akan semaikn kaya kerana mereka masih sempat untuk melabur dalam masa sebegini kerana masih mempunyai wang untuk digunakan.

Apakah ekonomi sebegini menjadi contoh kealpaan rakyat di negara Malaysia untuk terus lena dengan kemewahan sementara ini. Ingatlah bahawa masih banyak tangan yang menghulur di bawah meminta untuk ditolong dan dibantu. Akhir kata daripada penulis, berniagalah dengan jujur dan amanah, jadikanlah agama sebagai panduan membantu rakan sebangsa dan seagama.

0 comments:

Catat Ulasan