.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Sibuk Dan Keletihan

Rabu, 21 Disember 2011

Pada waktu begini mata masih belum mahu lelap, jadi aku ambil kesempatan untuk menulis beberapa rutin yang aku buat untuk beberapa hari kebelakangan ini. Hari ini masuk hari ke-enam aku memulakan kerja sebagai sukarelawan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.Kerja enam hari seminggu dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan disambung pula dengan mengajar tuisyen pada sebelah malam begitu menjadikan aku begitu penat dan letih. Tapi aku rasa selesa dengan keadaan sekarang, sekurangnya aku masih ada sesuatu untuk dilakukan pada setiap hari sebagai rutin bagi mengisi masa senggang aku. Meskipun gaji yang aku dapat bukanlah banyak sangat berbanding kerja lama aku tetapi cukuplah untuk aku memulakan hidup baru.

Aku membawa hati dan perasaan yang duka hampir setahun dengan pelbagai masalah dan kekecewaan bercampur-campur dengan perasaan sedih dan tertekan untuk hampir satu tahun.Aku tidak mahu lagi menoleh  kebelakang dengan apa yang telah terjadi kepada masa lampau aku.Semua takdir telah tetap buat aku dan ia sukar untuk diubah lagi.Pengalaman demi pengalaman yang aku kutip dari setiap inci dan detik perjalanan masa hidup aku sekarang begitu menyedihkan.Tapi kehidupan mestilah diteruskan bagi mencari kejayaan diri sendiri.

Aku begitu berharap usaha dan penat lelah yang aku lakukan menjadikan Tuhan lebih mengerti akan keperluan hidup aku sekarang. Memang susah untuk mencari apa yang dihajati terkabul dalam sekelip mata namun hidup yang aku lalui sekarang membuatkan aku pasrah dan redha dengan rezeki yang Tuhan berikan kepada aku dan keluarga aku.Biarkan terpaksa membanting tulang empat kerat yang sudah semakin longlai ini namun aku harap aku masih mampu untuk bertahan dan setia menanti keputusan daripada Tuhan ke atas segala doa dan usaha aku.

Setiap malam aku bersengkang mata untuk melelapkan diri setelah penat melayan karenah pelajar di pusat tuisyen dan setelah penat melayan pengunjung di pusat sains di siang hari. Pengalaman aku bertemu dengan ramai lagi pilihan dalam hidup ini membuatkan aku masih punyai haluan dan matlamat untuk terus berjuang hingga ke titis darah yang terakhir.Ramai yang aku lihat cantik dan menawan meskipun mereka masih muda namun cukuplah buat hati ku terubat seketika setelah setahun mencari sesuatu yang hilang.Patah tidak semestinya berganti, hilang tak tentunya berganti namun Tuhan itu Maha Adil, maka berserahlah diri bulat-bulat kepadanya.Aku doakan semua yang aku kasihi berada dalam keadaan gembira dan ceria meskipun aku tidak dapat lagi melihat kamu semua.Jauh dalam sudut hati aku rindu dan kangen pada kalian semua.Tapi biarlah Tuhan itu menghukum sikap ego dan panas baran aku ini.Semuanya setimpal dengan apa yang telah dianugerahkan kepada aku.ALLHAMDULILLAH.

0 comments:

Catat Ulasan