.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Cerpen 3

Khamis, 19 Januari 2012

Sambil bermalas-malas di atas katil akhirnya dia terlelap,mungkin kepenatan yang amat sangat.Selang beberapa jam dia bingkas bangun dan jam menunjukkan jam 2 pagi.Dia bangun dan terus solat bagi tidak mensia-siakan waktu pagi yang jarang ditemui setelah tidur.Jiwanya terasa tenang tetapi dia perlu kekal sedih bagi meraih simpati tuhannya.Sedih itu ubat bagi hati yang keras dan air mata itu membawa bersama kepenatan serta kesusahan yang ada dalam dirinya.Sebelum ini,dia sering berdoa agar apa yang dihajati selama ini kekal dalam senarai tuhan.Tapi biarlah masa yang jadi penentu semoga dia sentiasa mendapat rahmat dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Angan-angan tidak pernah pudar dari pemikirannya,malahan itu adalah sumber kekuatan yang tiada sesiapa yang mampu berikan di saat dia benar-benar ingin merasakan semua itu.Doa buat ibu bapanya di kampung serta adik-adik yang sedang meningkat dewasa tidak pernah lekang dari pemikirannya juga meskipun mengelamun entah sampai ke mana.Adiknya perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini membuatkan dia rasa bersalah kerana tidak dapat membantu adiknya di saat untuk belajar mencari kehidupan.Sudah menjadi resmi keluarga mereka untuk mencari sendiri apa yang harus dilakukan sendiri bagi meneruskan kehidupan yang tidak menentu dan dalam serba kekurangan dari segi moral dan fizikal.Adiknya mungkin belum mengerti mengapa si abang berada jauh dari pandangan mata,kerana si abang tidak mahu adiknya melihat kegagalan abangnya yang bersusah payah untuk mencari rezeki di ibukota.

Sesuap nasi dan berlaukkan telur bersama kuah kicap dari botol kicap manis sering menjadi juadah utama dia ketika saat memerlukan tenaga.Namun itu sudah cukup buatnya untuk kembali bertenaga kemudian setelah seharian menghabiskan tenaga yang semakin menipis.Dia jarang mendapat merasa juadah yang disediakan oleh si ibu dek kerana ibunya yang sering membeli lauk dari kedai kerana kesuntukan masa untuk memasak setelah sibuk bekerja dan membantu sang ayah dalam menyara keluarga.Itulah nasib tiga beradik ini semenjak kecil dan sudah sebati dalam kehidupan mereka untuk tidak mengharapkan bantuan sedemikian melainkan kewangan kerana itu sahaja yang menjadi keperluan dalam menghadapi kehidupan di zaman ini.Susah senang tidak dikongsi dalam waktu yang sama,tetapi semua itu akan datang sendiri menjadi darah daging mereka sekeluarga.Apa yang mereka impikan adalah sekadar kebahagian sementara nyawa masih dikandung badan.

Adik lelaki dia yang bekerja sebagai orang suruhan hanya mampu meminta sedikit wang dari abang kerana gaji yang diperolehinya hanya sempat dimamah sebelum tengah bulan.Sebenarnya tuhan telah menguji mereka semua dalam pelbagai arah supaya mereka beringat akan mengapa mereka harus merasakan semua itu sedari kecil lagi.Itulah didikan secara tidak langsung dari sang pencipta alam semesta.Air mata mengalir lagi,cerita ini begitu mendatangkan kesan kepada si penulis yang terasa berat untuk menyatakan langkah seterunya buat dia.Apakah mungkin dia juga menangis sama seperti semua,dalam kesepian hidup dan ranjau yang tidak berkesudahan ini.Apa mungkin sempat dia mencari sesuatu untuk dibalas buat kedua orang tuanya di kampung halaman.Ada sesetengah orang mempertikai kehidupan mereka lebih beruntung daripada orang susah yang lain.Namun orang tidak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga besar dia yang begitu menyayat hati sehinggakan seolah jika seluruh dunia melihatnya mungkin akan turut sama mengalirkan air mata darah yang tidak akan henti-henti.

Dia sering merasakan tidak bersemangat dalam mengharungi hidup ini lagi,tetapi dia harus cekal menghadapi semua seperti yang dikehendaki takdir buat mereka.Selang beberapa lama lagi, ibu dan ayah akan bersara dan mereka tiga beradik tidak akan dapat merasa apa itu kesenangan melainkan terus berusaha sedari sekarang bagi menampung baki kehidupan yang tinggal.Cukuplah hanya mereka sekeluarga merasakan terpisah dan merasakan kekurangan dari segi kasih sayang namun, apa yang tidak ditunjukkan di depan mata bukanlah bererti semua itu hanyalah ujian dari tuhan yang ingin mereka tahu apa yang patut dirasakan.Di sini mereka bermula dan di sini juga akan menamatkannya.

0 comments:

Catat Ulasan