.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Cerpen 5

Selasa, 31 Januari 2012

Tidak pernah terfikir oleh dia untuk menjadi seorang penyampai radio apatah lagi deejay di kenduri kahwin atau pasaraya besar.Tapi kini dia sendiri mengetahui apa yang sebenarnya penting dalam perusahaan sebuah stesen radio di dunia.Bagaimana mereka mampu untuk mendapatkan keuntungan berjuta-juta setahun hanya melalui iklan beberapa saat di dalam siaran mereka, samalah seperti iklan di televisyen namun di radio cuma suara yang kedengaran dan ia perlu sentiasa diulang tayang agar orang ramai sudah terbiasa dengan iklan tersebut.Di MediaMonitors dia belajar sebuah lagi pengalaman baru iaitu menganalisa iklan yang disiarkan di dalam stesen radio di seluruh pelusuk Amerika Syarikat.Bukan calang-calang siaran radio yang dia analisakan ia merupakan siaran yang berkumandang di negara yang teramai dengan manusia dan kuasa besar dunia.

Hari terasa semakin sukar di tempat baru namun dia perlu banyak belajar dan berusaha untuk mencari sesuatu yang dia sendiri belum tahu akan apa kesudahannya.Biarlah ini menjadi sebuah lagi pengalaman hidup yang belum tentu orang lain dapat rasakan disaat dia bakal menyambut ulang tahun usia yang ke jubli perak.Kini kehidupannya cumalah mencari sesuatu yang secocok dengan jiwa bukanlah mencari apa yang perlu untuk jiwanya.Dia masih belum matang tentang dunia ini kerana ia terlalu lapang dan meluas sehinggakan kita tidak akan mampu untuk sampai ke hujung dunia dalam masa setahun tanpa mengambil tahu apa yang tersembunyi di dalam setiap sudut alam ini secara mendalam.

Kehidupan seperti keluang yang hanya aktif di awal malam dan kembali pulang di saat makhluk lain sedang mula untuk melelapkan mata menunggu mentari esok hari.Sempat dia mengimpikan orang yang dia sayang namun dia terasa sedih kerana tidak mampu memberikan hatinya gembira lagi.Inilah sebuah harga kehidupan yang tidak dapat dinilai oleh sesiapun melainkan dengan ihsan kuasa Yang Maha Kuasa.Mata semakin kuyu namun dia masih mahu melayan kepekatan malam yang hening ini.Biarlah dia merasakan betapa sunyinya malam meskipun ia dikongsi bersama puluhan ribu manusia yang lain.Sambil mendengar siaran radio dari shoutcast radio dia masih mampu mengheret kepenatan dia agar sedikit leka.

Baru-baru ini dia ada mendapat pesanan ringkas daripada mama di kampung yang menyatakan ada saudara dia yang mengirim undangan untuk ke walimahnya.Namun apakan daya, Kuantan itu terasa sungguh jauh untuk diharungi hanya untuk merasa sepinggan nasi kenduri.Namun sebuah harapan dan doa dia taburkan kepada pengantin baru itu agar mereka bahagia dan kekal ke akhir hayat.Entah bila pula akan  tiba giliran dia.Selagi belum ditakdirkan masakan semua itu akan berlaku lebih awal kerana setiap jodoh itu adalah dibawah perkiraan tuhan.Tiada yang dapat merancang betapa bahagianya manusia itu setelah mendirikan rumahtangga namun kesempatan itu bukanlah suatu jaminan yang telah dihadiahkan tuhan kepada mereka yang berkenaan.

Sayu apabila dia mendapat perkhabaran sedemikian, apatah lagi saudara itu sendiri yang ingin benar dia hadir ke hari bahagia beliau.Biarlah semua itu menjadi kenangan saudari tanpa kehadiran dia di majlis tersebut.Masih banyak hari kalau ingin dihitung dan masih sempat lagi kalu ingin dikirakan, tiada yang mustahil dalam hal yang sedemikian.Simpanlah rasa gentar itu dan lahirkanlah rasa kasih yang telah diberikan tuhan itu.Semoga ke anak cucu akan berkekalannya bahagia itu.

0 comments:

Catat Ulasan