.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Sedikit Coretan

Ahad, 25 Mac 2012

Gatal Nak Menulis



            Selalunya bila aku post kat sini, itu tandanya aku ingin meluahkan isi hati aku ataupun aku ingin berkongsi sedikit pendapat tentang apa yang telah aku fikirkan dan sempat untuk menulis.Aku menulis dek kerana merasa bosan atau sedih.Jarang aku menceritakan perkara yang gembira dalam ni kerana kegembiraan itu bagi aku tak perlu dikongsi-kongsi kerana ia akan secara sendiri menular ke dalam persekitaran aku.Namun aku acapkali untuk berkongsi kisah duka yang mana ia tidak baik untuk aku simpan lama-lama kerana ia kelak akan memakan diri aku.

            Banyak blog atau penulis blog yang aku amati begitu minat dalam penulisan tetapi mereka bukanlah tergolong dalam kategori penulis yang berhemah cuma medium blogging ini memberi ruang kepada semua orang secara sama rata menyuarakan pendapat masing-masing.Penulis yang tidak terkenal tidak perlu risau akan kehadiran penggodam untuk mengumpil masuk kedalam laman peribadi mereka malah mereka lebih bebas untuk bersuara tanpa siapa perasan akan kehadirannya.Dari isu politik, hiburan, gadget, dan macam-macam lagi minat setiap orang yang tidak dapat kita sekat melainkan mereka menceroboh hak sempadan kebebasan berblogging.

            Kita hari ini sebenarnya bertuah kerana hampir setiap orang memiliki komputer peribadi dan mempunyai akses internet dengan mudah.Kalau zaman dahulu mungkin orang yang terpilih dalam pertandingan menulis sahaja yang akan dipilih untuk menjadi penulis dalam ruangan iklan atau akhbar bagi menyuarakan kebebasan mereka.Istilah mata pena lebih tajam dari pedang masih lagi berasas namun ia lebih bersifat keterlaluan dan tidak membidas secara membina.Itu semua adalah konsep, yang diri kita sendiri yang patut cermin-cerminkan.Sebenarnya apa yang kita tulis kita nak orang lain baca dan menilai atau memberikan nasihat atau paling tidak menunjukkan bahawa setiap artikel atau tajuk yang ditulis itu dibaca dan dianalisa oleh orang yang pernah membacanya.

            Seperti juga buku-buku novel atau autobiografi yang kini sudah semakin mudah untuk didapatkan di toko-toko buku.Cuma yang tinggal siapa yang akan menjadi pembaca bertuah untuk menyelami pengalaman si penulis yang rata-rata tidak terkenal seperti artis mahupun ahli politik.Orang yang terperangkap dalam diri mereka sendiri lebih memilih bidang penulisan kerana ia merasakan itu adalah sebuah kebebasan yang ada untuk mereka.Kebebasan itu terlalu luas untuk diterangkan tetapi cukuplah kita melihat salah satu cabang bebas itu.Kerana kebebasana itu boleh dirasa bukan hanya dilihat dan dipandang sahaja.

            Minat tidak selalunya menjadi hobi atau kerjaya kepada seseorang malah ia kadangkala menjadi bidaah/ikutan yang cuba diwujudkan oleh penulis untuk mencari kelainan daripada orang yang berhampiran dengan mereka.Seorang autism begitu inginkan kelainan.Mungkin mereka inginkan diri mereka tersenarai dalam golongan orang kelainan upaya.

            Aku ingin menyentuh sedikit tentang perihal orang normal pada hari ini.Mereka sebenarnya orang yang hanya mengikut apa sahaja bentuk perubahan tanpa memikir panjang tentang kebaikan atau keburukan.Bukan maksud aku orang istimewa ini baik namun fitrah manusia itu sudah begitu.Semakin ramai orang berlumba-lumba menjadi manusia normal dengan ingin mencari kesenangan dunia dan kemewahan harta.Mereka belajar tinggi-tinggi sehingga mencengkam segulung ijazah dan master/PhD.Mereka inginkan kerja mudah yang menawarkan gaji lumayan dan mereka berlumba membeli kenderaan dan rumah agam yang lebih besar dari sebuah rumah ibadat.Mereka inginkan percutian ke luar negara, inginkan seorang isteri yang secantik model dan pelakon malah mereka inginkan diri mereka sentiasa berbeza dari segi penampilan atau gaya hidup sesama mereka.Itu bagi aku adalah manusia normal yang hidup atas norma-norma kehidupan.Tidak ada apa yang salah tentang halauan sedemikian.

            Namun bagi golongan berlatarbelakangkan agama mungkin akan mencantas gaya hidup sedemikian.Tetapi itukan rezeki yang tidak dipohon untuk dijadikan sedemikian akhirnya.Tidak ada apa yang betul dalam pilihan manusia dalam dunia ini.Mereka Cuma pandai menjadikan setiap pilihan hidup mereka sebagai satu kayu penegak menuju kejayaan dan kebahagiaan meskipun bersifat sementara.Tidakkah orang luar biasa itu memilih jalan yang sebaliknya,malah mereka turut juga bersikap dasar melihat kebelakang meskipun Perdana Menteri yang lalu telah mensasarkan Wawasan 2020 atau apa jua bentuk kemajuan.Itu fitrah alam,ada yang di atas dan ada juga di bawah.Masing-masing punya pendapat sendiri.Maka jadilah penulis juga untuk tahu bagaimana rasanya menjadi manusia normal atau abnormal.Hidangkan idea bukan kata-kata penambah rasa.Sajikan menu pelbagai cerita bukan pelbagai dalih dan dusta.Tidak ada siapa yang lahir berlari, dan merangkak selepas memecut.Semua itu dalam genggaman dan pengetahuan tuhan.

0 comments:

Catat Ulasan