.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

"Iqra"....Bacalah.

Jumaat, 27 April 2012


                Menulis adalah umpama doktor bagi aku.  Karya semasa aku menulis adalah terapi yang harus aku jalani. Meskipun terapi ini tidak serupa dengan yang lain namun ia tetap sebuah pertolongan yang diberikan khusus buat aku. Kenapa aku tidak boleh meminta lebih dari apa yang telah tetap buat aku. Kini hari-hari yang aku lalui terasa sunyi. Meskipun telah banyak kemajuan dalam diri tetapi aku masih terpaksa berdiri sendiri dalam kepinga-pingaan. Aku hilang keyakinan untuk bertemu dengan ramai orang apabila orang yang aku percaya  tidak boleh membawa aku keluar dari alam maya ini. Namun terasa sedih yang amat dalam apabila orang yang kau percaya bukanlah seperti yang disangkakan. Aku terbiar di saat aku benar-benar berada di altitude yang paling rendah dalam dunia ini.
                Aku sudah tidak pandai merayu. Aku juga tidak lagi mampu berharap kerana aku terasa sangat lemah. Usia sekarang terasa begitu tidak berdaya untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar dari ini. Sendiri aku di dalam kamar terlantar layu, di dalam rumah yang kekosongan yang telah sekian lama menjadi kosong. Aku tidak dapat mencari apa lagi cara untuk aku bangkit kerana setelah penat aku berjalan melihat dunia yang kembali hanyalah perasaan yang sama terhadap kau. Aku pernah melihat orang yang kecewa tetapi aku belum pernah merasa kejayaan dalam kekecewaan aku ini. Apakah bezanya dunia aku sekarang dengan alam di kubur nanti? Mungkin di sana aku akan melihat lebih ramai orang merintih berbanding orang yang bersuka ria.
                Aku tidak ada tempat mengadu selain Tuhan. Dan kerana Tuhan jugalah aku masih teruskan kehidupan sehingga ke saat ini. Namun terasa berat apabila Tuhan datang menurunkan musibah, menjadikan aku remuk, resah dan terkulai di medan tempur. Sewaktu aku terasa seolah sentiasa berada di samping kau, kau cuma inginkan seorang teman sebagai pengubat duka. Namun ku tahu dan ku simpan hasrat aku ketika itu kerana ingin bersama engkau sebagai kawan. Tapi lambat laun perasaan itu akan terus timbul dan saat itu kau sudah tidak lagi menganggap aku sebagai kawanmu. Malah aku terasa seolah musuh yang terbiar yang terlalu menyayangi kau. Apa salah aku sehingga aku terpaksa menerima nasib sebegini. Ibu dan ayah aku juga tidak mengerti kenapa aku masih kekal dalam sikap aku sekarang. Bukankah dunia ini luas dan rezeki ada di mana-mana sahaja?
                Itulah dinamakan nafsu, selagi ia belum ditenangkan maka ia akan sentiasa berlegar selagi aku bernyawa. Aku penat, cukup penat dengan pengharapan ini. Aku tidak mampu berjalan di saat aku tidak punyai kedua kaki untuk melangkah. Namun perkhabaran tentang kebahagiaan kau membuat aku terduduk diam. Kenapa harus aku terima keburukan ini. Aku sembunyikan kelemahan ini untuk ditutupi tapi kenapa ia kekal ingin keluar dari peraduan. Saban hari aku berdoa agar aku segera mati. Kunyalakan api rokok pelbagai rasa supaya aku segera pergi bersama kepulan asap itu. Tetapi semakin aku mahukan semakin ia menghindar dari aku. Apakah teori kehidupan ini hanya diterima pakai dalam planet yang aku menghuni sendiri. Di mana bantuan untuk aku? Ke mana harus aku tuju? Siapa yang harus aku bertanya? Bila aku akan mendapat semua jawapan itu?
                Aku masih mencari ayat-ayat yang boleh meringankan kesakitan aku. Tapi menuntut ilmu tanpa guru umpama menanam pucuk tanpa akar. Ilmu yang ada tidak mampu dijadikan benih untuk bercambah. Yang hadir buat masa ini hanyalah kelibat-kelibat yang aku tidak mahu lihat. Adakah hina sangat citarasa aku. Kenapalah cerita ini belum ketemu akan penghujungnya. Ia mungkin kerana aku tidak mahu riwayat ini dihabiskan begitu sahaja. Aku seolah manusia yang tidak waras terperuk di dalam rumah dan tidak ingin bertemu dengan siapa-siapa. Aku takut dan malu berhadapan dengan dunia yang gelap dan masa depan yang kelam. Aku sangat berharap di saat aku sudah tiada lagi, kau akan membaca cerita masa lalu aku ini. Mungkin tidak ada unsur komedi tetapi ini adalah kenyataan yang harus aku tuliskan. Tidak ada sedikit pun rekaan mengenai kehidupan melainkan ketetapan yang Tuhan telah putuskan buat diri aku. Bila sampai waktunya aku akan pergi dan tulisan ini akan kekal di dalam ini.
                Wahai teman, wahai sahabat maafkan aku jika aku sembunyikan diri sebegini. Namun aku juga tidak mahukan pengakhiran sebegini. Tidak ada takdir yang mampu diubah meskipun kita begitu berhajat mengubahnya. Rupanya apa yang aku takutkan sedari kecil adalah merasakan kehidupan ini begitu tidak berharga dan berguna untuk dikenangkan. Kenapa takdir aku diserahkan kepada aku sendiri dan mengapa takdir kau tidak bersama dengan takdir aku. Sedangkan aku telah pun ditakdirkan menyayangi kau sehingga akhir hayat aku. Wassalam.

Hari Ini & Saat Itu

Selasa, 24 April 2012


                Sebagai manusia kita tidak akan pernah terlepas daripada seksa sengsara dunia. Akan datang dari mana arah sahaja dugaan dan ujian yang akan melemahkan semangat kita semua. Rasulullah adalah rujukan terbaik umat Islam seluruh dunia tidak kira dia hidup di cerok mana sekalipun. Tapi sejauh mana kita benar-benar mampu mencontohi rasul kesayangan kita. Kita tidak mampu untuk melihat hatta wajah Baginda ini kan pula ingin mendirikan ajaran dan sunnah Baginda. Kesusahan itu memang pahit dan terpaksa ditelan jua akhirnya.
                Apakah kita menyemak kembali kesilapan diri kita ini adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Insan kalau tidak ditimpa bencana hatta sekecil musibah apakah dia mampu bangkit dari kekalahan yang dia sangka kalah itu. Kita takkan pernah tahu akan pengakhiran hidup ini melainkan setelah kita telah yakin dan pasti mati di sisi Allah s.w.t. Di saat kita sendiri, hanya keyakinan diri adalah penyumbang utama untuk memupuk kembali rasa kasih dan sayang kepada Tuhan pencipta kita.
                Semakin kita merasa kita sudah dewasa dan tidak perlu untuk bergantung harap kepada ibu dan ayah sebenarnya kita terlalu memerlukan mereka seperti mana mereka memerlukan kita di saat mereka juga sendiri. Apakah kita mengingati mereka selalu di ketika susah dan senang disepanjang perjalanan kehidupan kita ini. Mungkin kita kadang-kadang terlupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka seperti doa kita semasa kita masih muda remaja.
                Tapi perasaan sebegitu terlalu tinggi dan jauh buat diri aku sedari kecil lagi. Tangisan sewaktu kecil aku tidak kedengaran lagi di sisi mereka kerana aku jauh dari pandangan mereka. Namun hati aku terlalu dekat buat mereka meskipun kami jarang bertemu dan berbual mesra. Mungkin keluarga aku terlalu unik untuk dipertontonkan kepada umum namun itu hakikat yang perlu kalian tahu. Kadang terfikir aku tentang bagaimana aku ingin membina mahligai yang baru sedangkan mahligai yang aku diami kini terlalu sunyi dengan bunyi-bunyi kehidupan. Semoga aku akan mendapat petunjuk dengan segera dan beroleh kejayaan.

                Aku tidak minta lahir ke dunia
                Malah aku tidak minta hina sebegini
                Apa yang aku harap cuma yakin dan percaya
                Dari segenap sudut insan yang hampir padaku

                Ingin aku meminta lebih dari sekadar doa
                Namun dipalitkan kembali doa tanpa redha
                Apa mungkin dunia sudah tepu
                Dengan segenap doa dan pengharapan manusia

                Fikiran terus melayang tanpa henti
                Seolah tidak ada lagi ruang bersembunyi
                Tapi kenapa masih kelihatan manusia yang
                Masih mampu tersenyum riang
                Meslipun dia sudah cukup suci dari dosa


Selamat Hari Lahir

Isnin, 16 April 2012

Your Birthday Is Special

Today is your birthday and it is really very special,
Nothing at all can spoil this wonderful occasion. 
On your special day for you, I promise to make it grand,
No matter what you do, you'll always find me holding your hand. 
I'll be standing by you just the way I am today, forever, 
Even after your birthday goes by, we'll always stay together.
I wish you a grand birthday. 


























Aku Sebuah Sampah

Ahad, 15 April 2012

         Sampah selalunya disifatkan sebagai benda yang tak berguna dan tidak diperlukan lagi.Sampah digolongkan sebagai najis kerana bau dan warnanya yang kekal akan mendatangkan ketakselesaan terutama sekali dalam urusan ibadah.Kata yang cocok dengan sampah adalah buang atau terbuang.Itulah sifat dan karekter yang diperolehinya.

         Meskipun ia merupakan benda yang tidak berguna, sampah juga tetap mendapat hak keistimewaan untuk diurus tadbir oleh satu golongan yang dipanggil pengutip sampah. Sampah kalau dibiarkan terhimpun akan mendatangkan impak yang kurang menyenangkan kepada semua pihak. Disebabkan oleh itu, sampah seharusnya dibakar atau pun ditanam supaya tidak timbul isu pencemaran alam sekitar. Sampah bukanlah satu isu sebesar isu moral Ketua Pembangkang tetapi ia lebih bersifat isu sejagat yang mana ia menampilkan kewibawaan pemerintah dalam mengurus tadbir semua sisa-sisa yang dibuat oleh manusia sendiri.

        Begitulah sedikit rumusan aku mengenai sampah. Sudah lama aku merasakan diri ini seperti sampah dek kerana aku tidak berdaulat dan tidak merupakan rakyat berpelembagaan. Terasa terbuang dan mungkin akan dibuang terus dan lenyap sebagai sampah. Sampah tidak akan wujud dengan sendirinya, ia terjadi hasil daripada perbuatan orang lain. Tidak ada bezanya semua itu dan tidak siapa yang akan pedulikan sampah yang mereka buang. "Mat mana kau buang sampah tadi." kata Mak kepada Mat. "Saya buang kat tong sampah la Mak.".balas Mat. Kemana perginya sampah kalau tidak ke tong sampah. Tidak ada hari memperingati sampah setiap tahun di dalam negara tapi mungkin ada hari menjaga alam sekitar daripada pencemaran (sampah).

       Itu adalah sampah yang bersifat 'tangible' atau boleh dipandang. Bagaimana pula untuk sampah yang tidak boleh dilihat. "Aku rasa seperti sampah dan tidak berguna lagi kepada masyarakat ini." rungut Amir. "Kau jangan risau, itu cuma perasaan engkau sahaja, sampah juga boleh dikitar semula." pujuk Jasvin. Betul sampah mampu dikitar semula bagi mereka yang benar-benar menghargai alam sekitar dan bahan yang terkandung di alam ini. "Hoi...itu sampah sarap mana boleh kitar semula, kalau dah sampah tu buang je ke dalam longkang ke atau mana-mana." perli Amar. "Kepala hotak betul, aku cakap perasaan aku ni dah macam sampah, bukannya sampah yang orang buang tu, bengong." tegas Amir.

        "Hari-hari kita kutip sampah yang dibuang oleh orang lain." pengutip sampah A. "Aku balik rumah je kena perli dengan anak-anak, Ayah ni bau sampah la!." balas pengutip sampah B. "Iya tak iya, nak beli perfume Hugo Boss kat pasar malam pun fikir dua kali, nanti hilang ke bau sampah ni?." ujar pengutip sampah A.

          Itulah perihal oleh sampah kepada bangsa dan masyarakat kita hari ini. Hanya golongan terpinggir dan kelas bawahan sahaja bersuara mengenai sampah ini. Mereka yang berada di atas tidak pernah hirau ke mana perginya sampah ini. Sudah semakin ramai yang bekerja sebagai Golongan Profesional dan tidak perlu memikirkan perkara remeh sebegini kerana mereka sudah pun terbeban dengan kerja yang mereka lakukan sekarang.

           Aku sebuah sampah yang tak berguna.Tempat tinggal baru aku sekarang adalah di dalam tanah perumahan mewah. Berkubur sama seperti kawan-kawan sampah ku yang lain.

Bunga April

Isnin, 9 April 2012

Kau takkan percaya yang aku menulis ni dalam bulan April seperti selalu.Apa yang bermain di fikiran ku sekarang adalah sentiasa memikirkan tentang Dia.Walau sejauh mana aku cuba lupakan tetapi ia merupakan sesuatu yang mustahil.Aku yang mermulakan semua ini dan kini aku akan menerima akibat dari semua ini.Perasaan yang lampau tidak akan pernah pergi kerana aku sentiasa menyimpan semua itu di tempat yang teristimewa dalam hidup aku.

Hati tidak pernah menipu dan hati tidak pernah pandai menipu.Ia fakta dan ia semua sama sama ada bagi seorang lelaki atau perempuan.Lagu kosong nyanyian Najwa Latif semakin rancak menjadi siulan ramai dan aku juga sudah terpengaruh dengan semua itu.Iringan lagu itu menyentap seketika sanubari ini.Terasa kecil dan mudah terluka.Siapa peduli yang seorang lelaki mempunyai perasaan sedemikian rupa.Aku istimewa dalam kehidupan ini dan aku kekal sebagainya.

Kalau diberikan peluang dan kesempatan ingin aku berdoa pada tuhan agar Dia menjadi hadiah terbaik pada aku sebagai Bunga April.Namun aku tahu semua itu mimpi, mimpi yang takkan berakhir selagi aku masih belum sadar dari lamunan ini.Terpaksa aku bersyukur dalam keterpaksaan ini menanti sebuah kehidupan yang aku tidak punyai.Lagu jiwang sentiasa hadir pada saat yang betul dan aku terpaksa melayan perasaan itu sendiri.Sambil aku berkata pada diri bilakah musim Bunga April ini akan berakhir.

Dia Bunga April Ku.