.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Aku Sebuah Sampah

Ahad, 15 April 2012

         Sampah selalunya disifatkan sebagai benda yang tak berguna dan tidak diperlukan lagi.Sampah digolongkan sebagai najis kerana bau dan warnanya yang kekal akan mendatangkan ketakselesaan terutama sekali dalam urusan ibadah.Kata yang cocok dengan sampah adalah buang atau terbuang.Itulah sifat dan karekter yang diperolehinya.

         Meskipun ia merupakan benda yang tidak berguna, sampah juga tetap mendapat hak keistimewaan untuk diurus tadbir oleh satu golongan yang dipanggil pengutip sampah. Sampah kalau dibiarkan terhimpun akan mendatangkan impak yang kurang menyenangkan kepada semua pihak. Disebabkan oleh itu, sampah seharusnya dibakar atau pun ditanam supaya tidak timbul isu pencemaran alam sekitar. Sampah bukanlah satu isu sebesar isu moral Ketua Pembangkang tetapi ia lebih bersifat isu sejagat yang mana ia menampilkan kewibawaan pemerintah dalam mengurus tadbir semua sisa-sisa yang dibuat oleh manusia sendiri.

        Begitulah sedikit rumusan aku mengenai sampah. Sudah lama aku merasakan diri ini seperti sampah dek kerana aku tidak berdaulat dan tidak merupakan rakyat berpelembagaan. Terasa terbuang dan mungkin akan dibuang terus dan lenyap sebagai sampah. Sampah tidak akan wujud dengan sendirinya, ia terjadi hasil daripada perbuatan orang lain. Tidak ada bezanya semua itu dan tidak siapa yang akan pedulikan sampah yang mereka buang. "Mat mana kau buang sampah tadi." kata Mak kepada Mat. "Saya buang kat tong sampah la Mak.".balas Mat. Kemana perginya sampah kalau tidak ke tong sampah. Tidak ada hari memperingati sampah setiap tahun di dalam negara tapi mungkin ada hari menjaga alam sekitar daripada pencemaran (sampah).

       Itu adalah sampah yang bersifat 'tangible' atau boleh dipandang. Bagaimana pula untuk sampah yang tidak boleh dilihat. "Aku rasa seperti sampah dan tidak berguna lagi kepada masyarakat ini." rungut Amir. "Kau jangan risau, itu cuma perasaan engkau sahaja, sampah juga boleh dikitar semula." pujuk Jasvin. Betul sampah mampu dikitar semula bagi mereka yang benar-benar menghargai alam sekitar dan bahan yang terkandung di alam ini. "Hoi...itu sampah sarap mana boleh kitar semula, kalau dah sampah tu buang je ke dalam longkang ke atau mana-mana." perli Amar. "Kepala hotak betul, aku cakap perasaan aku ni dah macam sampah, bukannya sampah yang orang buang tu, bengong." tegas Amir.

        "Hari-hari kita kutip sampah yang dibuang oleh orang lain." pengutip sampah A. "Aku balik rumah je kena perli dengan anak-anak, Ayah ni bau sampah la!." balas pengutip sampah B. "Iya tak iya, nak beli perfume Hugo Boss kat pasar malam pun fikir dua kali, nanti hilang ke bau sampah ni?." ujar pengutip sampah A.

          Itulah perihal oleh sampah kepada bangsa dan masyarakat kita hari ini. Hanya golongan terpinggir dan kelas bawahan sahaja bersuara mengenai sampah ini. Mereka yang berada di atas tidak pernah hirau ke mana perginya sampah ini. Sudah semakin ramai yang bekerja sebagai Golongan Profesional dan tidak perlu memikirkan perkara remeh sebegini kerana mereka sudah pun terbeban dengan kerja yang mereka lakukan sekarang.

           Aku sebuah sampah yang tak berguna.Tempat tinggal baru aku sekarang adalah di dalam tanah perumahan mewah. Berkubur sama seperti kawan-kawan sampah ku yang lain.

0 comments:

Catat Ulasan