.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

"Iqra"....Bacalah.

Jumaat, 27 April 2012


                Menulis adalah umpama doktor bagi aku.  Karya semasa aku menulis adalah terapi yang harus aku jalani. Meskipun terapi ini tidak serupa dengan yang lain namun ia tetap sebuah pertolongan yang diberikan khusus buat aku. Kenapa aku tidak boleh meminta lebih dari apa yang telah tetap buat aku. Kini hari-hari yang aku lalui terasa sunyi. Meskipun telah banyak kemajuan dalam diri tetapi aku masih terpaksa berdiri sendiri dalam kepinga-pingaan. Aku hilang keyakinan untuk bertemu dengan ramai orang apabila orang yang aku percaya  tidak boleh membawa aku keluar dari alam maya ini. Namun terasa sedih yang amat dalam apabila orang yang kau percaya bukanlah seperti yang disangkakan. Aku terbiar di saat aku benar-benar berada di altitude yang paling rendah dalam dunia ini.
                Aku sudah tidak pandai merayu. Aku juga tidak lagi mampu berharap kerana aku terasa sangat lemah. Usia sekarang terasa begitu tidak berdaya untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar dari ini. Sendiri aku di dalam kamar terlantar layu, di dalam rumah yang kekosongan yang telah sekian lama menjadi kosong. Aku tidak dapat mencari apa lagi cara untuk aku bangkit kerana setelah penat aku berjalan melihat dunia yang kembali hanyalah perasaan yang sama terhadap kau. Aku pernah melihat orang yang kecewa tetapi aku belum pernah merasa kejayaan dalam kekecewaan aku ini. Apakah bezanya dunia aku sekarang dengan alam di kubur nanti? Mungkin di sana aku akan melihat lebih ramai orang merintih berbanding orang yang bersuka ria.
                Aku tidak ada tempat mengadu selain Tuhan. Dan kerana Tuhan jugalah aku masih teruskan kehidupan sehingga ke saat ini. Namun terasa berat apabila Tuhan datang menurunkan musibah, menjadikan aku remuk, resah dan terkulai di medan tempur. Sewaktu aku terasa seolah sentiasa berada di samping kau, kau cuma inginkan seorang teman sebagai pengubat duka. Namun ku tahu dan ku simpan hasrat aku ketika itu kerana ingin bersama engkau sebagai kawan. Tapi lambat laun perasaan itu akan terus timbul dan saat itu kau sudah tidak lagi menganggap aku sebagai kawanmu. Malah aku terasa seolah musuh yang terbiar yang terlalu menyayangi kau. Apa salah aku sehingga aku terpaksa menerima nasib sebegini. Ibu dan ayah aku juga tidak mengerti kenapa aku masih kekal dalam sikap aku sekarang. Bukankah dunia ini luas dan rezeki ada di mana-mana sahaja?
                Itulah dinamakan nafsu, selagi ia belum ditenangkan maka ia akan sentiasa berlegar selagi aku bernyawa. Aku penat, cukup penat dengan pengharapan ini. Aku tidak mampu berjalan di saat aku tidak punyai kedua kaki untuk melangkah. Namun perkhabaran tentang kebahagiaan kau membuat aku terduduk diam. Kenapa harus aku terima keburukan ini. Aku sembunyikan kelemahan ini untuk ditutupi tapi kenapa ia kekal ingin keluar dari peraduan. Saban hari aku berdoa agar aku segera mati. Kunyalakan api rokok pelbagai rasa supaya aku segera pergi bersama kepulan asap itu. Tetapi semakin aku mahukan semakin ia menghindar dari aku. Apakah teori kehidupan ini hanya diterima pakai dalam planet yang aku menghuni sendiri. Di mana bantuan untuk aku? Ke mana harus aku tuju? Siapa yang harus aku bertanya? Bila aku akan mendapat semua jawapan itu?
                Aku masih mencari ayat-ayat yang boleh meringankan kesakitan aku. Tapi menuntut ilmu tanpa guru umpama menanam pucuk tanpa akar. Ilmu yang ada tidak mampu dijadikan benih untuk bercambah. Yang hadir buat masa ini hanyalah kelibat-kelibat yang aku tidak mahu lihat. Adakah hina sangat citarasa aku. Kenapalah cerita ini belum ketemu akan penghujungnya. Ia mungkin kerana aku tidak mahu riwayat ini dihabiskan begitu sahaja. Aku seolah manusia yang tidak waras terperuk di dalam rumah dan tidak ingin bertemu dengan siapa-siapa. Aku takut dan malu berhadapan dengan dunia yang gelap dan masa depan yang kelam. Aku sangat berharap di saat aku sudah tiada lagi, kau akan membaca cerita masa lalu aku ini. Mungkin tidak ada unsur komedi tetapi ini adalah kenyataan yang harus aku tuliskan. Tidak ada sedikit pun rekaan mengenai kehidupan melainkan ketetapan yang Tuhan telah putuskan buat diri aku. Bila sampai waktunya aku akan pergi dan tulisan ini akan kekal di dalam ini.
                Wahai teman, wahai sahabat maafkan aku jika aku sembunyikan diri sebegini. Namun aku juga tidak mahukan pengakhiran sebegini. Tidak ada takdir yang mampu diubah meskipun kita begitu berhajat mengubahnya. Rupanya apa yang aku takutkan sedari kecil adalah merasakan kehidupan ini begitu tidak berharga dan berguna untuk dikenangkan. Kenapa takdir aku diserahkan kepada aku sendiri dan mengapa takdir kau tidak bersama dengan takdir aku. Sedangkan aku telah pun ditakdirkan menyayangi kau sehingga akhir hayat aku. Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan