.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam 6

Khamis, 16 Ogos 2012

          Cerita tentang dia kini bersambung lagi. Kini sudah menjengah ke tahun 2012. Nasib dia sudah sedikit berubah berbanding pada nasibnya tahun lampau. Dia akhirnya bangkit dari kegagalan dari masa lalu. Sudah sampai masanya untuk dia terus mengorak langkah kehadapan dan melupakan kepahitan dan kedukaan yang telah bersarang sepanjang tahun 2011. Cerita ini bersambung di saat bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, yang mana umat Islam seluruhnya sedang berusaha menambah nilai ibadah di bulan ini. Sekali lagi bulan ramadhan memberikan dia ruang yang luas untuk memuhasabah dirinya.
          Empat hari sebelum syawal menjelang, lagu raya kian rancak berkumandang di setiap corong radio. Setelah waktu Zohor dia berangkat dari ibu kota Kuala Lumpur menuju ke Pantai Timur di mana tempat kelahirannya. Ini adalah saat paling seronok buat dia kerana dia begitu minat berkelana kerana perjalanan yang jauh membuatkan otak dia boleh menerawang jauh ke mana sahaja dia mahu fikirkan. Meluncur laju dia bersama kereta barunya menyelusuri Lebuhraya Pantai Timur. Dia bersama sepupunya menuju ke destinasi yang sama, Kuantan. Dia sudah terlupa bilakah kali terakhir dia bersama keluarga makan bersama disaat berbuka. Kali ini dia berjaya melakukannya setelah sekian lama.
          Kepulangan dia kali ini bukan bersahaja. Dia telah disapa oleh kawan sekolahnya untuk turut sama menyertai majlis Iftar bagi mengeratkan kembali hubungan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia sudah berjanji dan sukar untuk dimungkiri lagi.Teringat dizaman kecilnya dahulu, bulan puasa adalah bulan yang paling seronok pergi masjid untuk bertarawikh dan menghabiskan moreh. Saat itu sudah berlalu dengan jayanya dari hidup dia hari ini. Setiap kali bulan ramadhan pasti ada sahaja peristiwa untuk dikenangkan dan menjadi terkesan pada hidup dia. Pada tahun lepas, betul-betul pada dua hari sebelum menjelang hari raya dia mendengar berita kekalahan pasukan bola kesayangannya, Arsenal teruk dibelasah oleh Manchester United 2-8. Akibatnya dia menerima ucapan salam hari raya yang berbaur unsur yang agak mengecewakan. Itu adalah raya pertama dia menerima kekalahan sebesar itu. Pada tahun lalu juga dia berkesempatan membonceng motosikalnya pulang berhari raya di kampung. Itu juga merupakan sebuah kenangan yang cukup indah buat diri dia sepanjang hayatnya. Dua bulan yang istimewa dalam kalendar Islam ini begitu membawa seribu satu cerita dalam diri dia sehinggakan seolah-olah dia menanti-nanti bulan ini disetiap tahun bagi berkongsikan cerita yang baru saban tahun. Cuma bezanya, dalam realiti cerita ini tidaklah begitu menarik dan seronok tetapi cukuplah sekadar menghiburkan bulan Ramadhan dan Syawal ini.

0 comments:

Catat Ulasan