.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Selamat Hari Raya

Jumaat, 17 Ogos 2012


Kenapa aku tidak lagi mengaktifkan akaun Facebook aku? Mungkin ramai yang tak berapa tahu yang aku dah setahun tidak aktifkan akaun facebook itu. Aku masih belum delete akaun itu dan harapnya disepanjang aku tidak aktif ini ia akan terus kekal sebagai tidak aktif  dan tidak akan terpadam secara sendiri. Apabila menjelang hari raya sebegini ramai akan mengirimkan salam melalui atas talian dan yang paling baik adalah melalui Facebook. Aku tidak dapat melakukan itu kerana aku anggap aku sudah tidak ada akaun facebook lagi.

Bagi aku facebook membawa terlalu banyak erti dalam hidup aku. Di situ aku boleh mencari kenalan lama aku sejak dari sekolah rendah lagi melalui carian nama penuh. Tidak seperti ‘social network ‘ yang sebelum ini yang mana ramai orang lebih gemar menggunakan nama samaran untuk dipaparkan kepada teman lain dan sebagai akibatnya ia agak menyukarkan orang lain untuk mencari orang yang pernah dikenali sebelum ini. Facebook juga membawa kepada kegilaan kepada game online dan chatting instantly. Bak kata orang facebook terlalu canggih untuk perhubungan hari ini. Ia medium pengerat silaturrahim.

Facebook tidak dicipta untuk orang seperti aku. Punyai kawan yang pernah dikenali tetapi jarang sekali berhubung dan tidak pula bertegur sapa. Cukup sekadar add friends di fb dan kemudian kekal sebagai kawan untuk selamanya. So aku ambil keputusan untuk tidak meneruskan niat aku untuk terus kekal dalam pegangan akaun facebook untuk mungkin selamanya. Sebenarnya ada lagi cerita tersembunyi tentang kenapa aku tidak membuka kembali akaun facebook itu. Ia merupakan sumpahan yang terlalu ngeri sepanjang hidup aku. Facebook membuatkan aku merasa diri ini umpama sampah yang boleh dibuang dan tidak perlu dipandang. Facebook benar-benar mengganggu emosi aku saat itu dan untuk tidak terus berpanjangan begitu aku nekad tinggalkan facebook. Tinggalkan facebook bermakna aku meninggalkan semua rakan-rakan aku tidak kira kenalan jauh atau dekat. Biarlah aku adil untuk meninggalkan semua berbanding meninggalkan hanya seorang dua yang aku tak mungkin lihat lagi.

Di sini aku hanya mengharapkan teman-teman yang masih ada no kontek aku untuk terus menyimpan no itu kerana aku akan terus kekal memakai no itu sampai bila-bila. Tapi seperti juga facebook, aku terus berdiam diri tanpa mengucap sebarang kata kerana aku tidak pernah punya apa-apa untuk dibicarakan. Aku suka berjumpa teman tetapi tidak tahu kenapa. Pelik itu tapi sebenarnya ia benar. Aku sendiri mengharap satu hari nanti aku akan ada akaun facebook semula. Tetapi buat masa sekarang ini hati aku terlalu remuk dan susah untuk di kawal, jadi biarlah aku terjun dengan kehidupan aku yang penuh sengsara dan kelam ini. Cuma apa yang aku harapkan kepada semua kawan-kawan aku bahawa aku tidak ada niat untuk membuang kawan tetapi dek kerana ego dan masalah peribadi aku terpaksa berkelakuan begini.
Sempena Menjelang Syawal ini, aku mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas apa jua dosa yang secara langsung atau tidak langsung yang pernah aku lakukan. Manusia lemah tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Yang kuat juga pernah menemukan kesalahan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

0 comments:

Catat Ulasan