.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Sakit Jatuh Bangun Bersama

Khamis, 21 Februari 2013

     Sedih untuk menulis tentang apa yang aku banggakan selama ini akhirnya menjadikan aku sentiasa berharap saban tahun. Sedih, sedih dan sedih menghantui aku dan mungkin juga ribuan malahan jutaan yang lain. Mungkin mereka diluar sana berkongsi suka duka ini bersama satu dan yang lain. Bukan mudah untuk menerima kekalahan demi kekalahan sedangkan dalam ruang waktu itu terasa seolah masih ada harapan baru yang akan menjadikan mimpi itu suatu kenyataan.
     Kejayaan yang terlalu besar dan gah suatu ketika dahulu menjadikan ia suatu sandaran dan impian menggunung di masa yang akan datang.Kejayaan yang ditempa itu bukan mudah untuk dikecapi dan bukan juga mudah untuk dilupakan. Lihatlah bagaimana kejayaan mereka itu mampu menghidupkan impian gemilang mereka-mereka yang lain. Ini barulah dipanggil sepasukan. Tetapi kegagalan yang diurung saban masa itu umpama kanser yang semakin parah. Tidak tertahan lagi dengan ubat penahan, tidak tertanggung lagi akan kesengsaraan. Seolah merasa jasad sahaja yang masih tinggal maka yang lain jauh meninggalkan diri. Itulah perasaan yang tidak tergambar.
     Melihat rakan yang lain bergembira dan menikmati keistimewaan demi keistimewaan yang menakjubkan. Terasa begitu hina dan terhina. Berusaha untuk berubah tetapi kesakitan yang semakin bertambah kian membenakkan otak yang tidak semakin pandai. Permainan yang begitu menghiburkan suatu ketika dahulu yang hanya mahu ditonton adalah kemenangan dan tidak pernah merasa kalah walau apa jua cabaran yang datang. Mungkin dari sudut keyakinan melalui sogokkan wang yang melimpah ruah tidak mampu menggantikan apa yang telah hilang. Kemegahan yang dikecapi dahulu seolah semakin sukar untuk diulang kembali.
     Sejarah sudah tercipta, jadi mengapa perlu mencipta lagi. Kenangan sudah terukir mengapa harus meneruskan ukiran. Kesenangan telah diperolehi dan haruskah berusaha untuk mengekalkannya lagi. Persoalan demi persoalan menimpa dan haruskah aku membiarkan sahaja soalan itu dijawab dalam pelbagai cara dan sudut pandang. Selagi hidup benda bernyawa selagi itu pejuangan harus diteruskan.
     Siapa yang harus dipersalahkan adalah tidak relevan kerana ia adalah impian sebuah pasukan dalam bilangan yang tidak sedikit. Yang meminati juga merupakan ahli pasukan yang tidak terkira nilainya. Jadi tidak hairan sekiranya suara yang ramai itu mula berbunyi senada dan seolah membentak keras dengan apa yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk masa, dimensi dan juga mental. Kejayaan lalu harus dibangunkan semula tetapi perlu pengurusan yang lebih mantap. Keahlian khusus perlu ditonjolkan dan ini mampu membina keyakinan individu secara spiritual dari luar dan dalam pernmainan. Gantunglah harapan setinggi bulan dan bintang, tetapi janganlah dilupakan apa yang telah membawa kita menuju kepadanya.
       Aku tujukan kisah ini kepada pasukan bola sepak kesayangan aku, Arsenal FC. Walau jatuh sakit dan rebah, bangun semula gagah, bujur lalu melintang patah. " KEEP THE FAITH"