.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

PRU13 - KERAJAAN MERUBAH SEBUAH PERUBAHAN YANG DITENTUKAN RAKYAT

Isnin, 6 Mei 2013


Assalamualikum.


Berakhir sudah penantian PRU13 dengan secara rasminya Barisan Nasional yang terdiri daripada komponen UMNO, MCA, MIC dan parti-parti lain di Sabah dan Sarawak. Maka diharapkan akan senyaplah seketika laungan IniKalilah! , Ubah & Tukar.

Aku sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional Peringkat negeri Pahang kerana menunjukkan kesungguhan dan kesetiaan tidak berbelah bagi membela rakyat. Seperti yang diketahui, Pahang bukanlah negeri yang mewah dengan wang seperti Selangor. Meskipun mempunyai aset balak namun semua itu akan berkurang dan menipis. Jadi Sayangilah Pahang.

Pertama adalah sentimen perkauman. Datuk Seri Najib telah mengatakan Cina telah bersatu padu dengan DAP secara terang-terangan. Dalam masa yang sama pimpinan Pas yang terbukti hanya dipilih melalui majoriti orang Melayu yang beragama Islam tetapi kekal tidak berubah di takuk lama.
Manakala generasi muda mudah tertarik dengan PKR dengan ideologis pendidikan percuma dan harga kenderaan murah dan mampu milik. Maka negara yang kita sayangi sejak berzaman ini mengalami perpecahan teruk bagi rakyat yang memiliki IC biru tertera Bumiputera. Kalau disemenanjung Malaysia, Bumiputera lebih merujuk kepada Melayu dan lain-lain.

Ini bukanlah tulisan yang ingin menyemarakkan api perkauman. Tetapi lebih kepada peringatan. Bangsa Cina terkenal dengan kesungguha dan kerajinan berniaga. Mereka dinobatkan sebagai pemegang ekonomi bangsa di Malaysia. Mereka tidak racis tetapi golongan miskin mereka benar-benar rasa seperti dihimpit perkauman. Mereka tidak ada memiliki banyak tanah bagi industri pertanian, tapi ingat mereka memegang tanah di bandar-bandar besar berstatus komersil. Meskipun Melayu yang berada di kampung memiliki berpuluh ekar tanah yang bernilai ratusan ribu ringgit. Mereka Cuma perlukan sekangkang kera untuk menidakkan ekonomi yang lain. Bermula dari bawah tanah sehingga ke pencakar langit mereka mempunyai bahagian yang dipanggil majoriti untuk mereka kekalkan ‘survivor’ di bumi bukan Bumiputera bagi mereka.

Malangnya, bangsa Bumiputera hanya mendabik dada dengan berpaksikan kekayaan hasil bumi yang terpaksa dikongsi dengan jutaan yang lain. Akhirnya kita hanya merasa nikmat yang tak seberapa tetapi bermegah seolah seorang anak raja. Ini realiti apabila golongan Bumiputera yang berhijrah ke bandar dan memiliki sedikit kemewahan masih tidak mampu membantu ahli keluarga mereka sendiri yang masih menetap di kampung-kampung. Lebih buruk, mereka ini seolah mengambil kesempatan ke atas orang seagama untuk membenci sesama mereka yang mana tidak mampu keluar dari kepompong kemiskinan.

Ini yang seharusnya diubah, bukan dengan menukar kerajaan yang katanya korup tahap dewa-dewa. Bumi mana tidak basah ditimpa hujan, langit mana yang akan cerah sepanjang tahun. Orang Bumiputera yang baru ingin menjadi kaya akhirnya telah disangkal dan ditumbangkan oleh gerakan rakyat hanya semata tidak sehaluan dengan kepartian yang lain. Keuntungan atas angin ini (korup) dijadikan pelengkap kata-kata mereka yang merasa ditipu dan tersisih dari arus kekayaan. Ingatlah, pengorbanan yang besar perlukan sedikit imbuhan. Mereka yang bertungkus lumus menyiapkan bendera parti masing-masing pun tetap mengharapkan imbuhan cuma kadarnya tidak sama seperti orang yang dikatakan Penyangak Negara. Gaji seorang CEO takkan pernah sama banyak dengan gaji seorang pembantu tadbir. Bonus untuk seorang Bos tidak akan pernah selari dengan bonus diperoleh seorang pekerja biasa. Tapi jurang ini dikatakan punca negara kehilangan berbillion ringgit. Orang kaya akan tetap membeli goreng pisang dan keropok lekor dari seorang penjaja jalanan yang tidak memiliki kelulusan pelajaran yang tinggi. Mereka masih boleh memberi kepada golongan yang benar-benar susah dalam kehidupan seharian. Perkara ini boleh dilihat di negara India bilamana seorang pengemis yang diberikan makan akan menarik lebih ramai pengemis untuk meminta bantuan daripada seorang yang kaya. Akhirnya yang kaya akan terasa dihimpit dan lelah dengan pemberian ikhlas yang pertamanya tadi.

Di Malaysia, hanya golongan agama sahaja yang benar-benar tidak meminta belas ikhsan kerana mereka percaya kepada bantuan Allah lebih besar dari segunung emas. Tapi berapa ramai orang di Malaysia terkesan dengan keperibadian golongan ulamak ini. Orang yang susah dari segi kehidupan akan tidak berasa tenang dalam hati, melainkan mereka berpegang teguh pada tali Allah. Namun di Malaysia, golongan muda dan bekerjaya ini seolah meminta sedekah daripada kerajaan yang dikatakan kaya dan mampu memberikan kekayaan kepada setiap rakyatnya. Maka mereka menentang dengan kekerasan dan melupakann doa yang lebih hebat dari semua itu. ‘Hasbunallah Wanikmalwakil’. Cukupkanlah bagiku Allah, Engkaulah tempat sebaik-baik diserahkan semua urusan.

Kita bila susah kena percaya pada takdir, bukan melawannya. Kembali kepada ajaran agama bukan kembali ke jalan lama. Miskin yang bersedekah lebih Allah suka berbanding pengemis yang meminta sedekah. Susah nak faham tetapi itulah contoh pertama yang perlu orang Islam itu tonjolkan kepada bukan Islam di Malaysia ini. Bukan sama-sama bersatu hati merungut akan ketidaksamarata kesenangan yang diperoleh. Yang berjaya dan kaya itu semua akan dihisap kemana mereka belanjakan. Lebih baik Bumiputera Islam yang kaya di Malaysia ini kerana sudah pasti dia ada Islam dalam hati mereka walaupun kecil. Golongan bukan Islam yang kaya itu meskipun pemurah macam mana sekalipun tetap tidak ada keberkatan dalam harta mereka.

Oleh itu saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang Islam khususnya dan bukan Islam amnya supaya bersyukur dengan keadilan yang telah dilakukan. Bersabar dan bersyukur kerana golongan ini akan ditolong oleh Allah tanpa perlu mereka sedari akan pertolongan itu.

Barisan menang pilihanraya,
Rakyat sendiri memilih mereka,
Jangan dinafi usaha negara,
Bangsa Melayu sudah bersuara.

Sekian Terima Kasih.

0 comments:

Catat Ulasan