Khamis, 24 Julai 2014
Ancaman Rasis Kembali
Menular
Sambil
aku berfikir selepas sahaja bersahur dan solat Subuh, teringat akan beberapa
rakan di facebook yang sejak kebelakangan ini menunjukkan status berbaur rasis.
Sudah tentu kawan aku adalah bangsa Melayu. Kejadian ini sedikit melonjak naik
rentetan daripada kes “CDM 25” Kiki Kamaruddin yang melempiaskan kemarahan dia
terhadap “Uncle Sim”. Ada desas desus menyatakan Uncle Sim terlebih dahulu
melemparkan kata-kata berbunyi rasis.
Semua itu aku cuma lihat melalui catatan status terkini secara rambang di
facebook.
Tambahan
lagi, baru-baru ini pesawat MAS MH17 baru sahaja ditembak jatuh oleh puak
pemisah dari Ukraine-Rusia. Ada rakan yang acapkali menyatakan dia seringkali
terdengar perbualan yang menyalahkan jututerbang MAS itu (Lelaki Melayu) mengikut
laluan yang salah semasa kejadian itu berlangsung. Sekali lagi isu rasis
dibangkitkan kerana kebanyakan juruterbang Malaysia Airline adalah Melayu. Lalu
aku mula terfikir sejak beberapa hari lalu untuk menulis artikel ini.
Sebenarnya
isu perkauman tidak pernah padam di Malaysia. Tiada siapa yang benar dalam
menyelesaikan masalah lapok ini. Tepuk dada dan tanyalah selera. Pada pandangan
aku, orang yang bercakap itu berada dalam situasi yang salah, masa yang salah,
tempat yang salah dan orang yang salah. Bias adalah perkataan yang sesuai untuk
digunakan kerana tiada siapa yang boleh memihak kepada kedua-dua masalah rasis
ini.
Kesimpulannya
adalah jangan terlalu cepat menilai apa yang didengar dan jangan pula terlalu
cepat untuk menuduh seseorang yang lain itu dengan fitnah ringkas. Kalau orang
Melayu itu Islam yang benar maka pertimbangan yang digariskan oleh Agama Islam
itu lebih tinggi makomnya.