.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Rasis Tidak Baik Untuk Kesihatan

Khamis, 24 Julai 2014

Ancaman Rasis Kembali Menular
                Sambil aku berfikir selepas sahaja bersahur dan solat Subuh, teringat akan beberapa rakan di facebook yang sejak kebelakangan ini menunjukkan status berbaur rasis. Sudah tentu kawan aku adalah bangsa Melayu. Kejadian ini sedikit melonjak naik rentetan daripada kes “CDM 25” Kiki Kamaruddin yang melempiaskan kemarahan dia terhadap “Uncle Sim”. Ada desas desus menyatakan Uncle Sim terlebih dahulu melemparkan kata-kata berbunyi  rasis. Semua itu aku cuma lihat melalui catatan status terkini secara rambang di facebook.
                Tambahan lagi, baru-baru ini pesawat MAS MH17 baru sahaja ditembak jatuh oleh puak pemisah dari Ukraine-Rusia. Ada rakan yang acapkali menyatakan dia seringkali terdengar perbualan yang menyalahkan jututerbang MAS itu (Lelaki Melayu) mengikut laluan yang salah semasa kejadian itu berlangsung. Sekali lagi isu rasis dibangkitkan kerana kebanyakan juruterbang Malaysia Airline adalah Melayu. Lalu aku mula terfikir sejak beberapa hari lalu untuk menulis artikel ini.
                Sebenarnya isu perkauman tidak pernah padam di Malaysia. Tiada siapa yang benar dalam menyelesaikan masalah lapok ini. Tepuk dada dan tanyalah selera. Pada pandangan aku, orang yang bercakap itu berada dalam situasi yang salah, masa yang salah, tempat yang salah dan orang yang salah. Bias adalah perkataan yang sesuai untuk digunakan kerana tiada siapa yang boleh memihak kepada kedua-dua masalah rasis ini.

                Kesimpulannya adalah jangan terlalu cepat menilai apa yang didengar dan jangan pula terlalu cepat untuk menuduh seseorang yang lain itu dengan fitnah ringkas. Kalau orang Melayu itu Islam yang benar maka pertimbangan yang digariskan oleh Agama Islam itu lebih tinggi makomnya.

1 comments:

syahir berkata...

maaf saya nak betulkan.
Tiada bukti sahih yg boleh dihadapkan, mengatakan puak pemisah ukraine yg menembak jatuh pesawat MH017 (9M-MRE). Ada 2 sebab besar untuk tentera Ukraine (dipihak amerika) yg menggunakan Air to Air Missile dan bukan Surface to Air Missile (SAM) seperti yg digemburkan. Tak bnyak SAM yg mampu mencapai 10km keatas. Kecuali dengan teknologi dan kepakaran tentera. Pemberontak Ukraine amatlah kurang kepakaran lebih2 lagi bila dengan teknologi baharu. Sebab pertama; bubble economy amerika amat memerlukan sumber minyak Russia dan ini adalah caranya utk menghalalkan mereka masuk ke Russia seperti mereka masuk ke Iraq dan negara 2 lain. Kedua; Amerika adalah penyokong adalah tulang belakang Zionist laknatullah. Jadi tidak hairan lah dengan setakat menembak jatuh hampir 300 nyawa orang di udara. Jangan terpedaya dengan permainan mereka.

Catat Ulasan