.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Dunia Terus Berjalan

Selasa, 20 September 2016

Dunia,

Berjalan seolah tiada penghujung
Bila terasa lelah lantas berhenti
Dan terus lagi berjalan
Dan berjalan

Apa yang kau lihat hanyalah dunia
Keindahan dan keburukan di dalamnya
Siapalah mengerti maksud yang terpendam
Berlarilah pula ke sana ke mari

Hari demi hari waktu beredar
Demi meneruskan sisa yang terbuang
Jauh dalam hati mati yang membeku
Rahmat yang turun sebagai hujan kian menghilang

Terasa seolah dunia datang kepada diri ini
Namun ia tidak kekal kerana sifat asalnya begitu
Dijadikan tuhan untuk dinikmati bukan di rai
Itulah kau dunia

Sampai bila aku terus berjalan sendiri
Entah tiada siapa peduli
Mereka cuma meneka dalam kesamaran
Dalam kesangsian dan beribu alasan

Engkau hadir walau hanya untuk seketika
Di saat aku berdoa pada pencipta cinta
Terasa ingin kembali di saat mula aku memulakannya
Merasakan detik aku berdebar malu tanpa kata

Itulah dongeng cinta
Terasa putus dan memutuskan
Di beri harapan yang terasa amat palsu
Tanpa sentiasa di rasa benar tanpa tipu

Kisah dua jiwa hanyalah angan pencerita
Umpama kisah Romeo dan Juliet
Yang menjadi impian setiap pasangan bahagia
Namun ia adalah mainan dunia

Mungkin bukan untuk aku merasa cinta
Di dalam waktu yang senja
Mungkin bukan terus untuk mencinta
Walau malam berganti siangnya

Namun kali ini tiada lagi rayuan dan harapan
Bila jawapan telah muncul depan mata
Engkau hanyalah kertas
Yang hanya terbakar bila terkena apinya

Selagi ada pepohon yang memayungi hutan belantara
Itulah sumber kertas itu
Tidak akan padam dari dunia kerana itu fitrahnya
Tumbuh dan memberi penghidupan kepada kehidupan

Sekali lagi dunia itu pudar
Umpama hari hujan akan datang
Mungkin bah akan turut bersama kali ini
Membanjiri hati beku yang tadi luka berdarah












Selamat Hari Bahagia

Jumaat, 20 Mei 2016

Aku tak pasti tapi apa yang aku dengar kau sudah selamat bernikah. Selamat pengantin baru. Sory la kalau aku wish kat sini sahaja. Mana lagi tempat untuk aku wish lagikan.
Selama bertahun aku hilang tanpa khabar akhirnya inilah jawapan istikhorah dan hajat.Mungkin bukan jodoh. Sejak awal lagi kau cuma anggap aku kawan sahaja.Patutnya aku tak terjebak dalam perasaan ini tapi apakan daya nafsu memegang iman.Macam mana aku masih kuat rasa suka meskipun aku tak pernah dengar atau lihat kau lagi.

Buat apa lagi berdoa kalau takdir itu sudah ditentukan.Merayu pun tak pernah ada makna.Beginilah nasib orang bodoh yang tak tahu erti move on.

Tak sangka orang yang pernah bersekolah bersama dan kemudian bertemu tanpa sengaja di zaman friendster dan seolah berkawan kemudian aku syok sendiri walaupun banyak kali cuba untuk meluahkan rasa hati.

Kau tau tak mula-mula aku memang tak ada niat nak jatuh hati atau menyimpan rasa tapi entah mana silapnya aku boleh juga simpan rasa ini.Cuma yang paling terkilan kau tiba-tiba seolah membenci aku tanpa ada sebarang penjelasan.

Yela memang kau tak suka pun cuma aku yang terhegeh-hegeh.Tak sangka hidup ni singkat sahaja merasai semua itu.Best tak rasa bahagia?.Aku tak pernah seumur hidup merasa perasaan itu."Inilahlah nasibku"(nico).

Janganlah kau risau pasal aku lagi sebab dah tak ada apa lagi yang boleh diharapkan sampai saat ini.Semuanya mimpi yang kelam.

Best tau ade perasaan suka tu cuma kalau lagi best kalau orang yang dihajati tu benar-benar jadi milik kita.Mungkin ini pengajaran paling baik dalam sejarah hidup aku.Ramai je orang kat luar sana merasa perkara macam ni.

Boringlah aku lepasni tak ada apa lagi boleh dihajati dalam solat.Cuma berusaha jadi insan bertakwa dan tidak lagi merasakan apa yang pahit itu lagi.

Susah dah nak ada pengalaman macam ni.Umur pun dah 29 tapi masih tak tahu apa itu cinta.Kalau gambar nikah kau dah keluar nanti mau menitik air mata ni turun.Hahaha.

Betul juga apa yang kau pinta, takkan nak berharap sampai mati kat orang yang kita suka tapi tak suka kat kita.Siapa nak bagi aku rasa keluar bersama layan gig bunkface kat sunway pyramid pastu boring-boring bleh call sekali sekala,boleh pergi makan sama-sama pastu boleh jumpe di hari konvokesyen. Memang tu semua ihsan tuhan buat aku.

Sekurangnya masa muda aku yang berlalu tu ade la juga pengisian dari tak ada langsung walaupun cuma kawan.Mesti kau ingat aku gilakan. Ya aku telah gilakan kau sebelum ini.Sekarang dah pulih,dah aman tak rasa apa-apa lagi.Lama tu simpan rasa senyap-senyap,siap kena block kat facebook lagi.Kewl beb!

Payah juga hidup sorang kat Kuala Lumpur ni, tapi aku adelah kekuatan sikit untuk lalui semua ni sebelum aku plan nak berehat.

Setahun gak aku deactivate account facebook and after activate dah tak ade post apa pun dah melainkan kalau member tagged gambar je.Paling bangsat pun like je la apa orang post.Thanks facebook, you make my life.Opps lupa kau tak perasaan aku kat facebook sebab kau tak nak tahu apa yang aku buat.Annoying la konon kan.

Tapi best part kawan rapat kau kat facebook bleh muncul kat timeline aku.Selalu kalau aku tak pernah search kawan kau aku takkan nampak timeline diorng.Sebabnya sangat obeusss.Haha.Apa la ko cakap kat kawan kau pasal aku.Hopefully yang positif je la kan.By the way i am not GAY, cuma cinta aku terlalu mendalam kat seseorang yang aku suka sampai aku rasa macam nak gila.

Bagi aku kahwin adalah hasil dari ekspresi suka(cinta).So kalau aku tak jumpa mende tu jangan cakap aku GAY okay.Allah tak zalim cuma nak kita kuat memohon agar ditunjukkan jalan kehidupan yan betul.

Rasa ni bukan boleh bawa mati pun.Aku rasa kau pun tau.Kau pun pernah cerita pengalaman kau bercinta zaman sekolah.Cuma zaman pasca graduan kau aku tak tahu.Nak tanye kau best tak jatuh cinta?Silly question.Budak hingus kat ofis aku ni pun dah ade awek pun nak cari lain lagi.Pelik gak aku ngan cinta ni.

Aku walau tak pernah dengar pasal kau ade gak riki-riki kat google kot2 terjumpa pasal kau.Ternyata kau lebih hebat dari aku dalam bersembunyi.Tapi part keje kau tu aku tau la gak sikit2 mana ko pernah keje lepas kau blah dari Law Firm dulu.Google kan ado!

Untunglah laki kau.Dapat isteri solehah,jaga adab,hormat orang tua dan macam2 lagi."Aku juga yang melopong"(ali mamak).

Okay lah.Thanks for the sweet memories for me.Semoga berbahagia ke anak cucu.Just remember my name for sure you akan ingat kat i.


UIA tempat pertama ku mencari
Gadis tudung berkacamata sendiri
Terima kasih pujaanku SITI
Bahagialah kau sampai mati.

Teka teki

Khamis, 5 Mei 2016

Hidup penuh dengan teka teki
Siapa mampu menghurai mimpi
Yang pasti bukan ngeri
Takut sekali

Alam maya ini tempat sendiri
Walau ramai serikandi
Namun tak sama sang puteri
Yang sudah dileret hati

Kini mula mengerti
Mengapa jawapannya begini
Kerna persiapan tak jadi
Maka jadilah macam ni

Aku tak lagi peduli
Masa pun sudah pergi
Tak bererti
Berlalu jauh hari ni

Rasa ini ku pendam sampai mati
Biarlah ia berlayar mati
Kelautan tanpa henti
Kapal tanpa menteri

Semua sudah senyum lagi
Kini kau puas hati
Terlupa masih ada aku di sini
Kau sebuah realiti
Dan akulah fantasi

Doa itu sudah pasti
Yang aku ini bukan suami
Kepada seorang isteri
Kerna aku misteri

Pulanglah kau wahai serikandi
Aku mengalah lagi
Tempat aku bukan di sini
Alam tanpa matahari
Kini aku berjalan lagi
Menuju sebuah destinasi
Yang aku belum pasti

Sebelum kau utus undangan terakhir kali
Aku harap aku sempat mati
Dalam senyuman sendiri
Bersama keluarga yang ku cintai

Terlalu lama aku menyepi
Mengharap ada sinar pagi
Namun rupanya terasa sepi
Bila malam belum pergi
Bulan menghalang mentari

Biar apa orang lain perhati
Tidak penting lagi
Kau pun sudah tak menanti
Sesuatu yang kau tak ingini

Harapan kini
Bukan lagi penyeri
Kerna kau telah buang jauh aku ini
Ke dalam tong sampah basi

Merintih tak berhenti
Menangis tanpa bunyi
Menulis tanpa hati

Masa depan ku adalah sendiri
Kerna doa ku telah mati
Bersama jiwa yang aku sakiti
Seolah manusia tanpa gigi
Bercakap tapi tak berbunyi

Kau mungkin belum pernah ke sini
Lihatlah sejarah aku ini
Sepi tanpa penyeri
Terluka dari luar sampai ke isi
Perit menunggu mati

Janganlah di pandang orang sebegini
Aku bukan malaikat rezeki
Memakbul apa yang dihajati
Sekadar pandangan ilusi

Cukup sampai sini
Jangan pernah bertanya kenapa aku begini
Kerna jawapannya adalah kau ....

Selamat Hari Lahir

Ahad, 17 April 2016

Semalam adalah hari lahirmu
Aku takkan pernah lupa
Kenapa aku tidak lagi boleh
Untuk melihatmu

Apa bencinya kau pada aku
Sampai aku tersangkut dalam
Perasaan yang aku minta
Tanpa kau aku sendiri

Aku tidak Gila mencintai orang yang aku suka
Kerana tuhan kau Dan aku sama
Usia semakin menua
Aku belum tahu kau berpunya
Tapi bagaimana ingin aku ke sana

Itulah perempuan
Melihat kesalahan orang lain terlalu besarnya
Walhal dosa sendiri tak tertanggung
Masih sok pintar dan lebih memilih

Kalau telah memilih kenapa bersyukur
Kenapa bumi kau tidak bermatahari
Atau kau lebih gila dari arjuna dan laila
Aku sungguh tak mengerti

Kenapa kau suka aku pergi
Sedangkan kau tidak rela
Kenapa kau perempuan berego batu
Sedangkan aku terputus nafas ingin kembali

Kenapa tuhan temukan aku dengan kau
Hanya untuk senyum dan menangis kemudiannya
Ramai yang menyalah anggap sedangkan
Mereka tak mengerti walau sepatah

Kau tak pernah mencari
Sedangkan aku tak putus memohon dikurnia tuhan

Sekarang bukan lagi masa lalu
Masing-masing merasa kuat
Lebih dari badang dan gergasi
Dunia tidak lagi bersaksi

Kau sentiasa puas dengan apa yang kau mahu
Tanpa memikirkan ada yang memerlukan kau
Teruslah mengejar mimpi mu
Aku tidak mahu menjadi penjaga dikala kau sudah sadar
Kerna mimpi itu ku tahu bukan lagi aku

Katakanlah pada aku walau hanya sekali.

Happy Birthday

Khamis, 16 April 2015


Sekolah Cuti Hari Ni

Rabu, 25 Mac 2015

Puisi yang tidak ingin difahami
Bukan pula untuk memberi fahaman
Tidak minta dibaca
Berulang kali sebelum tidur

Bukan pula sebuah doa
Kerna doa di dengar hanya kepada pencipta
Sekadar coretan malas
Tanpa usaha yang jitu

Hilang arah, punca dan halatuju
Bukan sebuah teori sains
Bukan pula eksperimentasi gagal
Bukan buat guru

Sudah tahun keempat
Entah tahun ke berapa
Akan aku menulis begini
Tanpa rima yang riang

Gagal hanya tahu setelah bersusah payah
Tapi sekadar tidak cemerlang
Dalam subjek yang tiada guru pengganti
Setelah cuti semester yang panjang

Buat ibu dan ayah
Aku terasa malu untuk berhadapan
Memulangkan buku laporan merah berdarah
Tertumpah pekatan sirap
Hingga tidak kelihatan tulisannya

Apa yang tertulis itu tidak pernah silap
Tapi cukuplah tahu dari riak muka
Yang kusam tidak terurus
Yang merah terasa malu
Yang biru terasa sakit yang tertahan

Gagal bukan untuk selamanya
Cuma tidak mendapat peluang mengulanginya
Tapi ini sebuah ujian lisan bukan penulisan
Tiada markah untuk tulisan indah
Tiada markah untuk hati yang kosong

Termangu memikirkan hari esok
Akan ada lagi ujian ini
Tetapi tidak sanggup terhutang masa
Dengan si pencatat masa

Biarlah loceng pulang ditunggu
Walau masa itu belum tiba
Sekadar menikmati bekalan sendiri
Bekalan yang tidak pernah kenyang

Waktu silih berganti
Guru tetap tidak ada untuk ujian esok
Tidak ada nota ringkas yang berjela
Tidak ada meja kerusi untuk belajar

Di setiap penjuru kelas terpampang sebuah wajah
Lagi dihindar, lagi jelas menjelma
Ditutup mata tetap menerpa
Biarlah selagi masa berdetik
Jantung kekal tergantung di sini

Tiada kata boleh diungkap
Meski dalam naluri begitu banyak pertanyaan
Siapa yang ingin menjawab
Terasa belajar tanpa siapa disisi

Itulah indahnya dunia aku
Sunyi tanpa bunyian
Dihalang dari melihat
Tetapi tidak ditegah untuk memikirkan
Atau terus terbayang-bayang

Semalam terasa baru sahaja berlalu
Masa lalu juga masih terasa semalam
Belajar menjadi bagus
Mencari keyakinan dalam diri
Untuk berhadapan rintangan

Perintang itu boleh laras
Tidak diketahui siapa mengubahnya
Diri sendiri atau yang lain
Akan sentiasa ia ada disana

Loceng masih belum berbunyi
Tetapi aku kekal menunggu dengan sabar
Masa tidak pernah berjanji untuk terhenti
Matahari juga tahu bila waktu ia pergi

Biarlah malam itu sebagai penenang
Meski ada sedikit cahaya rembulan
Terpancar dari celahan dahan melintang
Aku tertunggu loceng itu

Janganlah siang muncul lagi
Selagi tiada kata pemutus
Antara aku dan pencipta
Tercari aku suluhan lampu sebagai
Teman sementara

Janganlah dibaca lagi nota yang tiada tulisan
Tidak ada makna untuk difahami
Tiada rujukan untuk dipandu
Cukuplah menikmati masa itu
Tiada siapa akan melarang

Kalaulah doa aku termakbul tadi
Mungkin sekarang aku sudah tersenyum
Biarlah mungkin bukan rezeki aku
Yang duduk tersimpul malu
Tidak senyum tidak ketawa
Air mata sedikit tersesar
Bila kesakitan kembali\

Melanglah longlai aku pergi
Menuju kepada tempat tanpa navigasi
Sesat atau tidak, tidak penting lagi
Aku telah lalui jalan itu sebentar tadi
Kini aku ingin ke jalan yang lain
Jalan yang terpaksa aku pilih
Tidak pernah dilalui oleh orang lain
Beza, memang berbeza
Jalan tanpa tepian
Tiada pula penghuni
Cukup penat aku akan berhenti
Dan teruskan perjalanan lagi.
Lagi
Lagi
Dan lagi...













Penulis:
red_ayee
Masa:
9:14PM
Tarikh:
25/03/2015
Tempat:
Heritage C.


Terkilan Dengan Pemikiran Satu Hala

Jumaat, 26 Disember 2014

Dalam beberapa hari ini, negara Malaysia terutama negeri yang ditimpa bencana bah terburuk pada tahun ini dirundum kesedihan dan kedukaan. Namun sikap prihatin rakyat pelbagai bangsa ini disulami rasa belas dan ehsan sesama manusia dalam melakukan pelbagai misi kemanusiaan secara sukarela mahupun individu. Pelbagai pihak mahupun badan kerajaan, individu mangsa, keluarga mangsa dan badan bukan kerajaan serta semestinya pasukan penyelamat bertungkus lumus memberikan bantuan dengan kadar yang mereka mampu dan usahakan.

Kejadian banjir di kawasan pantai timur di penghujung tahun adalah biasa cuma yang membezakannya antara tahun sebelumnya adalah bilangan manusia yang menghadapinya. Bagi sesetengah negeri di pantai timur ada negeri yang menerima bencana bah yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad dan ada pula yang mengalami bencana sedikit teruk dari tahun sebelumnya. Di Kelantan dilaporkan mangsa banjir meningkat melebihi 100,000 orang diikuti Terengganu dan Pahang. Namun ia turut membabitkan beberapa negeri di pantai barat dan utara secara serentak memandangkan cuaca sudah lagi tidak mengira masa dan ketika.

Yang menjadi persoalan hangat di laman sesawang dan media sosial lebih berbentuk keluhan kepada pemimpin yang paling ramai dibenci oleh rakyat marhaen di Malaysia dan pakatan Kerajaan yang senantiasa menjadi bahan ejekan dan cemuhan rakyat ini. Sepatutnya media sosial digunakan untuk mempercepatkan pertolongan dalam bentuk maklumat dan pengumpulan dana serta bantuan berbentuk kebendaan kepada mangsa banjir ini. Namun yang berlaku adalah sebaliknya, malah mereka yang tertentu dihentam secara nalar yang difikirkan oleh individu yang sememangnya ada perasaan kurang senang itu.

Meskipun ada kerajaan yang zalim di atas muka bumi ini namun bagi sebuah negara Islam masih belum ada kerajaan yang terlalu kejam dan menidakkan hak rakyat yang sepatutnya. Pemikiran golongan satu hala ini perlu dikikis kerana ia akan menemplak mereka yang tidak bersangkut paut dengan kebencian yang tidak boleh diterima oleh sesetengah golongan di negara kita ini. Apa yang sepatut dilakukan sekarang dilakukan apa yang patut diutamakan dahulu iaitu menempatkan mangsa banjir ke kawasan yang selamat dan mencukupkan keperluan apa yang sudah diterima melalui pelbagai sumbangan dan bantuan.

Artikel ini lebih berbentuk untuk menyatu padukan mangsa dan bukan mangsa banjir dan bukanlah selain daripada itu. Ini bukan masa untuk menuding jari siapa yang kena ada dan perlu pertama sampai memberikan bantuan. Mungkin ada mangsa yang masih belum diselamatkan dan terpaksa menghadapi saat paling getir dalam kehidupan ketika ini sudah tidak memandang siapa yang pertama menghulurkan pertolongan kepada mereka. Nyawa lebih diutamakan tidak kira mangsa atau pun pasukan yang memberi pertolongan.

Diharapkan rakyat Malaysia bersatu hati dan tekad memohon pada Allah s.w.t agar diringankan kepayahan yang menimpa ini. Yang menjadi mangsa terdiri dari golongan susah dan janganlah ditambahkan lagi kesusahan sehingga mereka tidak lagi mampu menanggungnya.

#Pray4MangsaBanjir
#Pray4Perpaduan
#Pray4Keselamatan

26 Disember 2014, Jumaat.