.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Cara Cepat Menonton Youtube dengan MOzilla Firefox

Khamis, 27 Mei 2010

Aku baru je try mende ni,aku jumpe informasi ni dalam haxims.blogspot.com
Cara macam mane nak lajukan stream anda saat anda menonton youtube.

1)Mula2 copy dan paste kan alamat url dibawah.
2) Biler dah keluar skrin youtube tu, klik pada butang "Join the HTML5"

http://www.youtube.com/html5
Setalah itu klik pada
Join the HTML5 Beta
ini screen shootnya
artikel di haxims.blogspot.com

 ada beberapa video yang tidak support dengan HTML5 ini.
Selamat mencuba!!!...

German-Nazi-Hitler

Selasa, 25 Mei 2010

 Kehidupan sebagai seorang pejuang bangsa memang sukar untuk diperdebatkan. Ada yang mengatakan perang itu satu bentuk keganasan. Tetapi jangan mudah lupa hanya dengan perang sahaja rakyat akan bersatu padu dan saling mengenali dan mula bekerjasama dalam semua hal. Negara Jerman telah terkenal di bawah pemerintahan kejam Diktator Adolf Hitler. Hitler bukanlah lahir sebagai seorang anak kecil yang diajar dengan kemewahan. Malah ketika saat di ingin menyertai tentera pada mulanya pun dia sebenarnya tidak layak kerana susuk tubuh yang tidak tinggi dan tegap. Tidak ada askar Jerman (Austria) pada ketika itu sekecil tubuhnya Hitler. Tetapi kerana ditakdirkan dia akan memimpin sebuah tentera yang besar dia melihat dirinya lebih tinggi dari puncak Everest.
   Semangat juang Hitler perlu diambil contoh oleh rakyat di Tanah Melayu ini.Kita perlu bangkit dari kekalahan terus menerus ini. Lihatlah negara Jerman hari ini, mereka masih mampu menjadi kuasa besar dunia dari segala segi ekonomi, politik dan sosiologinya. Negara mereka juga dijajah, mereka juga pernah ditakluk dan mereka juga benci untuk dihina oleh penjajah. Tapi dengan lahirnya seorang pemimpin yang kecil ini untuk menyebarkan sebuah propaganda Nazi akhirnya dia mendapat sokongan negaranya sendiri malah diikuti oleh jajahan takluknya. Mereka semua bangga mati sebagai perajurit. Mereka tak perlu untuk tahu bahawa akhirnya Tentera Nazi kalah dengan akhirnya pembunuhan diri oleh diktatornya kerana mereka sudah berehat dengan aman di bumi mereka sendiri. Sekurang-kurangnya roh dan semangat mereka menusuk masuk ke dalam setiap jiwa warga Jerman hari ini. Mereka tidak mampu melihat sejarah yang kejam itu tetapi mampu merasai kejayaan yang gemilang itu dengan lahir sebagai sebuah negara yang mendahului negara lain pada masa kini.
   Pemimpin bukan sekadar perlu bijaksana tetapi kadang2 perlu menjadi lebih hebat daripada anak buahnya dan buat mereka yakin bahawa kemenangan itu bukanlah dengan tumpahan darah sahaja. Kemenangan sebegitu hanyalah menjadi sumbu menyalanya api kebangkitan bagi bangsa yang akan datang. Boleh ke kalau dikatakan Nazi menyebarkan propaganda Peperangan Lestari yang mana kemenangan masih memihak mereka meskipun diktatornya mati demi propaganda sendiri. Janganlah lupa bahawa Hitler berbuat demikian bukanlah demi kepentingan peribadi, tetapi kerana faktor semasa dan semangat nasionalis yang tinggi demi anak bangsa yang kedepan. Bunuh diri x bererti kalah malah masih lagi memimpin jiwa yang masih hidup untuk terus berjuang demi kebanggaan keluarga dan negara.

"Without law and order our nations cannot survive."
"I use emotion for the many and reserves reason for the few"
"I believe today that my conduct is in accordane with the will of the Almighty Creator"

Orang Melayu Dan Perniagaan

Isnin, 24 Mei 2010

Kadang-kadang aku tertanya betul ke orang melayu ni pemalas atau takut dengan risiko/cabaran terutama sekali dalam hal kerja atau buat business. Orang kita ni selalu dikaitkan dengan kerja makan gaji (gov job). Kalau kerja sebagai promoter pulak mungkin ramai anak melayu yang menjadi jurujual tetapi bos mereka pula mesti bukan orang melayu or outsider. Tetapi orang bukan melayu juga dilihat sama banyak bilangannya yang jadi promoter. Mungkin juga employer tu dah bosan dengan kerja orang melayu kita yang selalu buat kerja sambil lewa, nak mengelat, dan jugak kerja separuh jalan pastu kalau dah bosan terus berhenti.

Kesian jugak dengan nasib kerajaan kita, mereka telah berusaha nak bangunkan lebih ramai usahawan bumiputera tapi x ramai yang berjaya sampai ke kemuncak. Kalau berjaya pun mereka masih tidak dikenali, sekadar kaya pada diri sendiri tetapi tak mampu untuk membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Orang melayu ni suka berniaga dengan modal yang paling rendah tapi untung nak banyak (Rm1k sebulan pun dah bangga). Untung x sebarapa sangat tapi semua benda nak harga standard, servis cincai. Ada satu kisah yang mana seorang penebar roti canai di kawasan Pantai Dalam ni, die memang la pandai buat roti canai tapi yang buatkan kedai die laku adalah disebabkan kuahnya yang sedap (manis pedas), memang menjilat jari la. Dulu setahu aku die ni ade lot kedai yang disewa untuk berniaga, kira ruang kedai yang proper tapi ntah camne die x nak berniaga kt situ malah die jual di tepi jalan raya betul2 depan lot kedai lama die dulu. Xtau la plak pasal pe die dah x berniaga kat kedai tu , mungkin disebabkan kos sewa yang mahal kot. Tetapi pelanggan kedai roti canai ni tadi still maintain, tambahan pulak hujung minggu saper yang lewat datang kedai die memang terpaksa cuba lagi esok hari la. Tapi yang membinggungkan aku adalah tapak kedai sumer free, air basuh pinggan ntah dari mana die cilok pastu cuma modal tepung nak wat roti dan kuah kari je. Mestilah untungkan kalu hari-hari tutup kedai bila stok roti canai dah abis. Pekerja cuma die ngan bini die pastu ade la macam minah indon ni die hired jadi pembantu dan kadang-kadang anak2 datang tolong. Kalau betul dah untung buatlah kedai roti canai yang proper pastu bleh hired staff ramai skit. Kalau wat jauh skit pun dari tempat sebelum ni orang mesti cari punya kedai kau sebab kuah roti canai ko sedap. Tapi mereka ni still lagi meniaga roti canai bawah pokok pastu kadang-kadang customer kena layan diri untuk makan kat situ. Aduyai, inilah perangai orang melayu biler nak meniaga. Mula-mula fikir meniaga nak untung. Start meniaga kecil-kecilan pastu bile dah ade demand, customer dah ramai dah x pandai nak handle. Dah terfikir takut rugi biler nak gaji lebih ramai pekerja dan bukak kedai baru. Sampai mati la keturunan orang melayu ni x kan maju. Habis sumer generasi kau dan biras ko jadi samer macam ko.

Patutla Dr.Mahathir buat sajak "Melayu Mudah Lupa". Melayu terlalu berfikiran sempit sehinggakan mereka terlupa yang mereka telah berfikiran sebegitu sempit sebelum ni. Mereka mengulangi sejarah melayu mundur setelah berabad lama dasar ekonomi baru diuar-uarkan.Kesian pada orang melayu, mereka tak pernah berada di tangga pertama dalam penguasaan ekonomi setelah 52 tahun menghalau penjajah secara diplomatik.Hanya pejuang (askar melayu dan Pemimpin UMNO)sahaja yang layak digelar pejuang kemerdekaan kerana mereka mampu meniupkan api kemarahan untuk menentang penjajah dengan hanya menggunakan tulisan dan teguran keras kepada British. Yang lain hanya tahu bertempik dan bersorak merdeka, merdeka, merdeka kemudian keesokan harinya mereka masih lagi menoreh getah di kebun-kebun British atau sekutunya (tuan tanah). Bayangkan ketika itu harga pasaran getah dunia begitu tinggi sehinggakan ada cikgu sekolah (penjawat awam) yang sanggup berhenti kerja. Ingatkan nak bukak ladang getah sendiri tapi sama-sama dengan orang kampung pergi menoreh kat kebun tuan tanah kedaun. Tingginya profession penoreh getah pada ketika itu. Ntah la berapa banyak sangat la gaji penoreh getah masa tu sampai yang dah keje pun boleh berhenti wat pegi menoreh.

Ingatlah perjuangan itu tak akan pernah selesai meskipun kita telah diselesaikan.
Kibarkan jalur gemilang di dalam hati yang penuh bangga dan bukan hanya di tiang yang tinggi.
Jangan pandang terlalu jauh tetapi berilah pandangan yang membawa kita boleh pergi lebih jauh.

2010 Business Trends

Khamis, 20 Mei 2010

Top Ten Trends
Top 10 Trends

The Ten Top Business Trends for the New Future
1. Business and technology have fused into one system, one conversation, and one strategy, for one world. This is central to understanding the New Future.
2. Innovations are about new business models, enterprise and marketplace collaboration, new leadership and knowledge engineering.
3. Knowledge engineering, the formation and networking of knowledge-that which creates results, is the true asset of the 21st century.
4. The capture and analysis of customer information about product/service use, needs, wants, desires and behavior is mission-critical to the enterprise.
5. The integration of customer touch points across all channels is essential to future success. Watch out for the breakdowns.
6. The capacity of an organization to understand the key trends that will shape the future of technology, customers, society and the marketplace will determine the survival of the enterprise.
7. More disruptions are coming in the form of emerging markets, electronic exchanges, security breeches, and changing customer demographics.
8. Human capital, the value of talent will be the most valuable resource in the 21st century.
9. Entirely new industries will be formed by innovations yet to be brought to market. Look for the health enhancement, interactive TV nanotech, and on-demand supply chains to emerge.
10. The New Future will need New Leaders that are aware of how to attract talent, manage innovation, set high visions and execute profitably. There is a new paradigm about leadership that is emerging.

Reference:
1. http://www.globalfuturist.com/about-igf/top-ten-trends.html

Ini Kisah Benar Yang Berlaku Di Malaysia. Renungkanlah

Isnin, 10 Mei 2010


Sedikit Renungan
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp


diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.