.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Puisi Yang Dilupakan

Khamis, 25 November 2010


Puisi Yang Dilupakan

Mungkin aku pernah menyatakan itu kepada kau
Mungkin kau lupa

Aku seringkali teringat akan hal itu
Mungkin kau lupa,

Kau tahu tapi tak memahami,
Mungkin kau lupa

Aku anggap kau terlupakan suatu ketika dahulu
Aku pernah berkata jujur
Membebaskan rasa suka kepada kau
Mungkin kau lupa

Aku rasa amat bersalah kerana mudah percaya
Kepada kejujuran palsu yang aku sendiri dustakan

Mungkin kau lupa
Bait-bait kata-kataku yang membenarkan rasaku terhadapmu
Ketika sewaktu aku rasa remuk gelisah
Dilambung gelora tsunami yang mengejut
Sehinggakan aku terapung dilaut lepas
Tanpa sebarang persediaan mahu pun bekalan

Aku memilih kau antara berpuluh juta
Tapi aku cuma rasakan yang aku sia-sia
Menanti sesuatu yang aku tak mampu capai
Menantikan seseorang yang tak pernah memberikan jawapan
Aku tidak pernah lupa itu

Kau mungkin boleh ketawa dihadapan ku
Kau boleh mencari teman bermain yang baru
Kau mampu melupakan rasa benci kau kepadaku
Tapi aku sedang tenat dalam khayalan ku

Kalau kau masih ingat
Aku bercerita yang aku tak pandai bermain kata
Secara bersemuka dan langsung
Malah aku tutupi kelemahan itu dalam puisi ini
Puisi yang bersuara dari penjuru kiri hatiku

Kalau kau ingin tahu aku juga pernah meneteskan air mata
Merapatkan tangan bermohon pertolongan
Dan berhajat dalam setiap sujudku
Sehinggakan aku terlena dan terbaring kaku

Apakah salah tuhan tidak menolongku
Atau mungkin aku belum cukup usahanya
Atau aku terlalu manja dalam kegigihanku
Mungkin juga aku terlupa atau terlepas pandang
Bahawa kau dalam diam cuba menyisihkan ku

Aku terasa amat bersalah pada kau
Tapi aku juga tak sanggup kehilangan kau
Aku seringkali berundur di saat aku getir berperang
Kerana aku terasa amat sakit
Dan kesakitan itu kau tak pernah peduli
Kerana kau akan menyalahkan aku
Dan mempersoalkan mengapa berperang demi kau
Yang tidak menyukai aku

Mungkin kau lupa
Yang aku menulis rasa dalam ayat puisi
Kau dan yang lain akan senantiasa
Menganggap aku ini lelaki psikotik
Yang terlalu memaksa dalam perhubungan
Sedangkan kau tidak benar-benar mendengar apa
Yang pernah aku luahkan

Ini mungkin puisi yang pernah aku tulis
Kepada insan yang pernah aku suka
Aku tahu kau mungkin masih belum faham
Mengapa aku memilih kau
Sedangkan masih banyak lagi insan
Yang lebih layak daripada kau

Itulah yang dikatakan kesetiaan
Yang tak pernah mengenal erti
Putus asa dan tak luput dari ingatanku

Ini mungkin puisi peringatan
Masa yang semakin jauh pergi
Akan membuatkan kau lalai
Inilah puisi yang dilupakan.

Dilema Kereta Baru

Rabu, 10 November 2010

Sejak bekerja dan ada duit sendiri ni, mulalah berangan nak macam-macam. Semuanya makin rancak berlegar-legar dalam kotak pemikiran ini. Lepas satu-satu idea datang mencurah-curah sehinggakan aku rasa macam gaji aku akan habis untuk beli benda yang bukan-bukan je... Buat masa sekarang ni dah mula berjinak-jinak nak beli kereta. Bukan untuk bergaya tapi cuma aku dah bosan asyik naik moto krissII buruk aku tu, tapi aku sayangkan motor tu sebab banyak kenangan aku ngan motor tu masa zaman aku belajar kat Universiti dulu. Tu lah satu-satunya kenderaan yang aku ada sampai hari ini, meskipun dah berapa ribu aku habis nak maintainance motor tu.

Bila dah ada duit skit macam sekarang bayangan kereta pulak yang bermain dalam kotak pemikiran aku dan sampai sekarang aku masih tak tahu nak beli kereta apa dan dalam masa yang sama nak wat simpanan untuk masa depan jugak. Dilema aku dibuatnya, nasib baik aku takde tanggungan yang lain lagi.

Kalo ikutkan hati memang nak pakai keta yang power terus tapi bila tengok badget mmg tak la. Apa ke kereta yang sesuai yang aku bleh bayar bulanan dalam 500. Bukan ape sebab kalau tinggal dalam KL ni banyak lagi duit nak pakai yang berkaitan dengan kereta ni, minyak, tol, parking, upgrade...

Hahaha...susah jugak kalau jadi macam ni, aku bukan tahu sangat pasal kereta ni. Kalau ade duit skit nanti aku main beli je mana yang berkenan dan aku mampu.
So post pada kali ni, aku cuma nak share ngan korang aku sedang dalam proses untuk beli sebijik kereta tak kisah la 1st car or 2nd car. Yang penting pasni aku bleh jalan-jalan sambil duduk dalam aircond pulak.Wakakakaa


Permaisuri Lindungan Bayang

Isnin, 1 November 2010


Hari yang indah itu aku masih nantikan
Dengan penuh sabar,
Aku masih belum sampai ke tahap,
Aku mampu mencairkan semua ais di antartika.

Aku masih mengharap dan terus berharap
Tapi hari itu masih belum  tiba,
Puas sudah aku melelakikan diriku,
Tapi ternyata hidup aku memang ditakdirkan begini,

Aku masih mencari kepuasan duniawi
Yang mana aku tiada jawapan kapan semua ini akan berakhir,
Aku berdiri dan duduk dalam lingkaran yang sama,
Aku terasa begitu negatif sehinggakan
Tiada lagi positif dalam hidupku

Tolonglah kau faham
Tolonglah buat aku mengerti,
Aku bukan lagi pemuda tapi sudah suku usia,
Tapi dunia ini serumit kehidupan aku sedari kecil

Mungkin aku belum mengerti mengapa,
Tetapi aku sudah rasakan apa yang telah menimpa hidup ini,
Saban hari aku cuba menzahirkan perasaanku,
Namun kau masih di situ menganggap aku terasing,
Seolah aku bukan dunia kau,


Aku puas berdoa,
Tapi aku juga harus kekal berusaha,
Ini hokum alam yang aku masih terpinga-pinga,
Bilakah akan ada jiwa yang secocok,
Menarik aku yang diam kini,
Ke alam dunia dua jiwa satu hati,

Aku pun masih mengharap kau dan aku bersatu,
Tapi kau terlalu tegar,
Aku umpama bayi yang masih banyak belajar,
Namun setiap hari adalah racun bagiku,
Dapat melihat alam yang tak mampu digenggam,
Hanya seronok dipandang,

Aku tahu kau tak mengerti,
Tapi bolehkah kau cuba menyelami,
Aku tiada daya lagi kini,
Hanya ada teman baik yang sudi menemani,
Di waktu aku inginkan keseronokan,


Kalau aku mampu memilih,
Ingin sekali aku memlih kau,
Melengkapkan kehidupan yang kosong ini,
Diam bukan bererti tidak bijaksana,
Tapi aku memendam pelbagai perasa,
Rencah yang kau takkan mengerti sampai bila-bila.

Kalau kau masih belum faham,
Kemari biar aku tunjukkan,
Jalan yang pernah aku lalui,
Adakah kau sanggup melalui jalan itu,
Aku masih lagi sangsi,

Kau terlalu istimewa,
Menjadikan hati aku tertipu lagi,
Mengharap kau datang pada masa aku sangat memerlukan
Ternyata aku tidak mampu melakar senyumanmu seriang perwatakanmu

Hidup aku kini sudah tiada rutin lain,
Melainkan merapatkan silaturrahim,
Agar aku dapat menuju jalan bahagia,
Bersama impian yang ingin aku kejar,

Buat kau tahu,
Kalau dunia ini benar-benar adil,
Kau juga patut rasa apa yang aku rasa,
Dunia yang satu ini tidak pernah berubah suasananya,
Melainkan diri sendiri yang ingin mengubah takdir,

Aku masih belum jelas dengan takdir,
Tapi setiap hari aku ada peluang baru,
Bangun dari tidur dan melangkah seperti biasa,
Melalui hari baru dengan perasaan yang sama terhadap kau,
Aku masih belum mengaku kalah,
Melainkan ada propaganda yang mampu menjatuhkan aku,
Tapi kini hati aku terikat pada kau,
Permaisuri Lindungan Bayang

Red_ayee
1 November 2010