.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Mood Raya Ke-8

Ahad, 26 Ogos 2012

Assalamualaikum,


Meskipun Syawal telah tiba hari yang ke-8 tapi suasana Hari Raya di Malaysia umumnya masih terasa hebat lagi. Penulis yang terpaksa bekerja sejak dari Syawal yang pertama lagi juga turut merasakan Syawal adalah hari yang paling ditunggu oleh setiap insan. Tidak kira yang kecil, besar, tua, atau pun muda. Walau apa jua pun bangsa atau warna kulit yang ada di Malaysia ini, mereka sebenarnya berada dalam suasana yang harmoni dan bebas untuk menyambut hari Kebesaran umat Islam ini.

Hari ini barulah penulis dapat merasakan suasana itu untuk menyambut kehadiran Syawal pada kali ini dengan mengunjungi rumah ke rumah untuk berhari raya. Sebenarnya penulis telah dijemput oleh rakan penulis untuk bertandang ke rumah bakal keluarga mentuanya. Disamping dapat berjalan rakan penulis juga ingin penulis untuk tahu lokasi di mana rakannya itu akan melangsungkan Majlis Perkahwinan yang sudah tidak berapa lama lagi. Terharu sekiranya penulis tidak dapat hadir pada majlis persandingannya nanti kerana bimbang akan ada pertukaran jadual kerja dan tidak dapat menghadiri majlis Raja Sehari itu.

Penulis benar-benar berharap di hari kejadian itu nanti akan dapat meluangkan masa untuk menghadiri walimahtul urus itu nanti. Semoga Tuhan memperkenankan segala yang dihajati. Rakan penulis itu sebenarnya  kawan yang cukup baik dikalangan kawan-kawan semasa menuntut di Universiti dahulu. Terlalu banyak undangan majlis pernikahan yang terpaksa ditolak oleh penulis untuk menghadirinya. Teman serumah pula tu, masakan tergamak untuk mengabaikannya, tapi mereka juga kena faham akan tuntutan kerja yang terpaksa ditanggung oleh penulis.

Sekarang adalah masa untuk penulis mencari seberapa banyak rezeki untuk dirinya dan keluarga dan masa depannya. Raya adalah seronok bagi orang yang telah berkeluarga sahaja. Bagi yang belum kenalah bersabar dan menanti dengan penuh ikhlas.

Cukuplah setakat ini. Penulis mengharapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan dan taulan semua.

Sekian. 

Hari Ini Hari Raya

Ahad, 19 Ogos 2012

Hari Raya
Hari untuk bersuka ria
Hari kita semua memohon ampun
Mencari kemenangan yang hakiki
Satu dunia akan merasai
Nikmat yang sama untuk hari ini

Raya ini bercampur suka dan gersang
Aku beraya bersama teman seperjuangan
Mencari rezeki yang tak pernah cukup
Adat dunia moden tak pernah mengerti

Tapi aku suka hati
Bila kau masih mampu membalas
Ucapan doa buatku dari dirimu
Selamat hari raya juga aku ucapkan
Kepadamu wahai insan yang telah berlalu

Aku tak pernah simpan rasa sedih aku untuk kau
Tapi hanya simpan sebuah kisah yang tak pernah buat aku sedih
Tangisan bukanlah tanda aku hiba
Air mata bukanlah petanda berduka
Tetapi sekadar hanya sebuah karya agung
Bukti tuhan itu masih mahu mendengar lagi.

Aku kira kau sudah tidak mahu mengerti
Tak  mengapa aku yakin pada diri
Aku tidak lagi meminta kau di sisi
Cuma kekadang acapkali ku bermimpi
Suatu yang sudah pasti.

Mungkin kau sedang membilang hari
Menanti suami yang dicintai
Aku di sini hanya saksi
Kisah Romi dan Juli beraksi
Sebagai penonton di balik tirai besi

Kau bebas seperti burung menanti sangkar
Aku kekal sebagai helang tercalar
Mencari rezeki dibawah bulan dan matahari yang bersinar
Menanti kemenangan di pihak yang benar

Salam aidilfitri sekali lagi
Wahai insan yang pernah aku cintai
Moga kau kekal di sisi
Walaupun wajahku tak muncul kembali

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Farith Zainaldin - (19 OGOS 2012)_Raya Pertama




Selamat Hari Raya

Jumaat, 17 Ogos 2012


Kenapa aku tidak lagi mengaktifkan akaun Facebook aku? Mungkin ramai yang tak berapa tahu yang aku dah setahun tidak aktifkan akaun facebook itu. Aku masih belum delete akaun itu dan harapnya disepanjang aku tidak aktif ini ia akan terus kekal sebagai tidak aktif  dan tidak akan terpadam secara sendiri. Apabila menjelang hari raya sebegini ramai akan mengirimkan salam melalui atas talian dan yang paling baik adalah melalui Facebook. Aku tidak dapat melakukan itu kerana aku anggap aku sudah tidak ada akaun facebook lagi.

Bagi aku facebook membawa terlalu banyak erti dalam hidup aku. Di situ aku boleh mencari kenalan lama aku sejak dari sekolah rendah lagi melalui carian nama penuh. Tidak seperti ‘social network ‘ yang sebelum ini yang mana ramai orang lebih gemar menggunakan nama samaran untuk dipaparkan kepada teman lain dan sebagai akibatnya ia agak menyukarkan orang lain untuk mencari orang yang pernah dikenali sebelum ini. Facebook juga membawa kepada kegilaan kepada game online dan chatting instantly. Bak kata orang facebook terlalu canggih untuk perhubungan hari ini. Ia medium pengerat silaturrahim.

Facebook tidak dicipta untuk orang seperti aku. Punyai kawan yang pernah dikenali tetapi jarang sekali berhubung dan tidak pula bertegur sapa. Cukup sekadar add friends di fb dan kemudian kekal sebagai kawan untuk selamanya. So aku ambil keputusan untuk tidak meneruskan niat aku untuk terus kekal dalam pegangan akaun facebook untuk mungkin selamanya. Sebenarnya ada lagi cerita tersembunyi tentang kenapa aku tidak membuka kembali akaun facebook itu. Ia merupakan sumpahan yang terlalu ngeri sepanjang hidup aku. Facebook membuatkan aku merasa diri ini umpama sampah yang boleh dibuang dan tidak perlu dipandang. Facebook benar-benar mengganggu emosi aku saat itu dan untuk tidak terus berpanjangan begitu aku nekad tinggalkan facebook. Tinggalkan facebook bermakna aku meninggalkan semua rakan-rakan aku tidak kira kenalan jauh atau dekat. Biarlah aku adil untuk meninggalkan semua berbanding meninggalkan hanya seorang dua yang aku tak mungkin lihat lagi.

Di sini aku hanya mengharapkan teman-teman yang masih ada no kontek aku untuk terus menyimpan no itu kerana aku akan terus kekal memakai no itu sampai bila-bila. Tapi seperti juga facebook, aku terus berdiam diri tanpa mengucap sebarang kata kerana aku tidak pernah punya apa-apa untuk dibicarakan. Aku suka berjumpa teman tetapi tidak tahu kenapa. Pelik itu tapi sebenarnya ia benar. Aku sendiri mengharap satu hari nanti aku akan ada akaun facebook semula. Tetapi buat masa sekarang ini hati aku terlalu remuk dan susah untuk di kawal, jadi biarlah aku terjun dengan kehidupan aku yang penuh sengsara dan kelam ini. Cuma apa yang aku harapkan kepada semua kawan-kawan aku bahawa aku tidak ada niat untuk membuang kawan tetapi dek kerana ego dan masalah peribadi aku terpaksa berkelakuan begini.
Sempena Menjelang Syawal ini, aku mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas apa jua dosa yang secara langsung atau tidak langsung yang pernah aku lakukan. Manusia lemah tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Yang kuat juga pernah menemukan kesalahan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Hari Ini Bercerita Tentang Semalam 6

Khamis, 16 Ogos 2012

          Cerita tentang dia kini bersambung lagi. Kini sudah menjengah ke tahun 2012. Nasib dia sudah sedikit berubah berbanding pada nasibnya tahun lampau. Dia akhirnya bangkit dari kegagalan dari masa lalu. Sudah sampai masanya untuk dia terus mengorak langkah kehadapan dan melupakan kepahitan dan kedukaan yang telah bersarang sepanjang tahun 2011. Cerita ini bersambung di saat bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, yang mana umat Islam seluruhnya sedang berusaha menambah nilai ibadah di bulan ini. Sekali lagi bulan ramadhan memberikan dia ruang yang luas untuk memuhasabah dirinya.
          Empat hari sebelum syawal menjelang, lagu raya kian rancak berkumandang di setiap corong radio. Setelah waktu Zohor dia berangkat dari ibu kota Kuala Lumpur menuju ke Pantai Timur di mana tempat kelahirannya. Ini adalah saat paling seronok buat dia kerana dia begitu minat berkelana kerana perjalanan yang jauh membuatkan otak dia boleh menerawang jauh ke mana sahaja dia mahu fikirkan. Meluncur laju dia bersama kereta barunya menyelusuri Lebuhraya Pantai Timur. Dia bersama sepupunya menuju ke destinasi yang sama, Kuantan. Dia sudah terlupa bilakah kali terakhir dia bersama keluarga makan bersama disaat berbuka. Kali ini dia berjaya melakukannya setelah sekian lama.
          Kepulangan dia kali ini bukan bersahaja. Dia telah disapa oleh kawan sekolahnya untuk turut sama menyertai majlis Iftar bagi mengeratkan kembali hubungan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia sudah berjanji dan sukar untuk dimungkiri lagi.Teringat dizaman kecilnya dahulu, bulan puasa adalah bulan yang paling seronok pergi masjid untuk bertarawikh dan menghabiskan moreh. Saat itu sudah berlalu dengan jayanya dari hidup dia hari ini. Setiap kali bulan ramadhan pasti ada sahaja peristiwa untuk dikenangkan dan menjadi terkesan pada hidup dia. Pada tahun lepas, betul-betul pada dua hari sebelum menjelang hari raya dia mendengar berita kekalahan pasukan bola kesayangannya, Arsenal teruk dibelasah oleh Manchester United 2-8. Akibatnya dia menerima ucapan salam hari raya yang berbaur unsur yang agak mengecewakan. Itu adalah raya pertama dia menerima kekalahan sebesar itu. Pada tahun lalu juga dia berkesempatan membonceng motosikalnya pulang berhari raya di kampung. Itu juga merupakan sebuah kenangan yang cukup indah buat diri dia sepanjang hayatnya. Dua bulan yang istimewa dalam kalendar Islam ini begitu membawa seribu satu cerita dalam diri dia sehinggakan seolah-olah dia menanti-nanti bulan ini disetiap tahun bagi berkongsikan cerita yang baru saban tahun. Cuma bezanya, dalam realiti cerita ini tidaklah begitu menarik dan seronok tetapi cukuplah sekadar menghiburkan bulan Ramadhan dan Syawal ini.

Ramadhan ya Ramdhan

Ahad, 5 Ogos 2012

Sepatutnya menjadi bulan yang disenangi tetapi ia akan bakal berlalu seperti mana aku seolah tidak pernah ketemu dengan bulan ini. Sejak 2,3 tahun kebelakangan ini Tarawikh telah menjadi semakin jauh dan menyepi. Ini disebabkan tuntutan kerja dan tuntutan duniawi. Maka tidak hairanlah aku semakin menjauhi bulan yang ditunggu oleh semua orang Islam di dalam dunia.

Hati tidak akan pernah tenang dengan apa yang telah kita kecapi meskipun kita telah menyangkakan apa rezeki yang ada sekakrang ini mungkin adalah yang terbaik buat diri kita.Aku terlalu banyak berharap dan meminta kepada Tuhan dan terasa seolah sudah malas untuk melayan karenah aku dan kehidupan aku .

Menulis ini berharap suatu hari nanti aku akan kembali membaca diari kehidupan aku yang telah lampau dan kedukaan yang pernah aku alami dalam sepanjang kehidupan ini.Hati tak tenteram, jiwa kosong, iman tidak bertambah tetapi aku masih punya agama dan kepercayaan kepada Tuhan yang satu dan Yang Maha Kuasa.

Bukan senang untuk mencari keseronokan itu dan aku telah kebuntuan dalam pencarian aku selama ini.Aku berharap segala urusan aku di dunia ini akan cepat selesai dan berakhir.Nikmat kesyukuran itu sudah tidak wujud dalam realiti dan aku semakin tua dan lelah.Menanggung derita keluarga yang berpanjangan.Semua berantakan tanpa ada apa yang tinggal untuk diwariskan.Aku ingin ke temu tuhan dan ingin sekali kepadanya.Apakah ia suatu yang mustahil untuk aku menghadap Raja kepada segala raja ini dalam keadaan aku tidak ada sedikitpun pemberat kebaikan yang menyebelahi aku dalam hayat aku yang lampau. Yang ada hanyalah aku dan diri aku sendiri seorang diri yang menangisi kesedihan.

Sebut tentang menangis.Dah lama aku tak menangis dan dah lama aku tak merasa seronok.Kini tinggal aku seorang diri dan terus menyepi dari kehidupan orang ramai. Mungkin ini adalah ramalan tepat sejak aku masih di bangku sekolah rendah lagi. What a pity boy?...

Sekian.