.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Rezeki Bulan Ramadhan

Jumaat, 26 Julai 2013

Alhamdulillah,

Di dalam kesempatan yang dikurniakan tuhan dalam waktu yang sempit ini, menulis aku dalam waktu selepas bersahur dan solat subuh. Sudah masuk hari keenam belas umat Islam berpuasa. Selamat menjalani ibadah puasa semuanya. Ramadhan adalah sentiasa menjadi bulan yang mulia dan dimuliakan sejak zaman berzaman, dan untuk itu semoga semua manusia mendapat keberkatan daripada kemuliaan bulan ini.

Bulan ramadhan bagi aku adalah bulan untuk terus berfikir dan berislah tentang diri sendiri. Konflik akan terapung di mana-mana sahaja tanpa dipinta, maka tidak salah kita memikirkannnya walau hanya untuk sejenak. Kebaikan tidak akan datang dalam bentuk yang baik walaupun namanya kebaikan. Kejahatan sentiasa datang walau pun kita mengaku tidak berapa jahat. Hakikatnya, kita telah diberikan akal untuk berfikir sedalam-dalamnya. Ya allah, berikan kebaikan kepada semua muslim di seluruh dunia khususnya di Malaysia bumi bertuah.

Dalam keberkatan bulan ramadhan aku mendapat perkhabaran gembira. Meskipun gembira hati jadi keliru untuk senyum atau memikirkan akan hikmah. Benarlah apa yang dikatakan, kebaikan tidak akan datang dalam masa yang baik dan tidak menentu. Tetapi kebaikan akan disambut dengan kalimah hamdalah. Syukur kehadrat ilahi akan kemurahan rezeki yang diberikan. Segala puji bagi Allah.

Terfikir tentang hikmah, apabila datang kesenangan dari Allah maka akan bertambahlah tanggungjawab kita sebagai hamba. Meskipun hadiah datang dari Allah, maka kemurkaan juga akan datang daripada yang Maha Kuasa juga. Semoga ditangguhkan segala keburukan yang dirancang oleh Sang Pencipta.

Rupanya hikmah disebalik semua ini sudah tertulis. Tidak ada jalan yang mudah untuk melangkah kehadapan tanpa sebarang halangan yang tinggi. Pokoknya ada pada diri sendiri sama ada ingin terus mendaki halangan itu atau berehat sebentar untuk meneruskan perjalanan itu. Mungkin itu yang tiada dalam diri aku iaitu kewarasan dalam melakukan tindakan yang betul. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menggalas bebanan.


Semoga Alla merahmati semua orang yang dikasihinya tidak kira yang beriman atau pun yang masih belum diberikan kesempatan untuk beriman dengan sepenuh hati kepadanya.