.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Puih eeee ccc...

Ahad, 18 Ogos 2013

Hidup ini umpama puisi
Puisi yang telah dikarang
Siap dibaca hanya untuk dikenang
Tidak mudah difaham maknanya

Hidup ini seolah bencana
Datang seperti mana ia suka
Pergi bilamana ia suka
Bencana dahsyat menimpa

Puisi juga hidup
Sepertimana penulisnya
Menyajakkan puisi dari segenap dimensi
Tanpa siapa peduli

Puisi tidak boleh dinikahi
Tetapi hadiah yang tak terperi
Dari Robbul Izzati
Tuhan yang berdiri dengan sendiri

Mungkin puisi tak mengerti
Apa itu realiti
Yang tertulis dari hati
Makna jatuh cinta sampai mati

Rasa rindu pungguk kepada bulan
Takkan serupa seperti puisi
Yang hanya dibayangkan
Oleh kata-kata dan perkataan

Puisi adalah wasiat
Diselit bersama harapan
Bukanlah beban yang terlepas
Dari segala ujian yang di atas

Biarlah sendirian aku
Mencari hala tuju
Sesaat telat kini sudah melulu
Mencari kehidupan yang terburu laju

Nyawa sudah genting waktu
Harapan sudah pun melayu
Impian baru
Lahir sejak dulu-dulu

Diri ini ada cacatnya
Cuma tidak kelihatan dengan mata
Tidak pula aku buta
Malah telinga telah mendengar semua

Gagah kini sudah sia-sia
Melihat dunia
Yang dulunya penuh istimewa
Terbujur di tempat asalnya

Melihat semua mula berkeluarga
Sendiri terkenang akan dirinya
Punya apa yang terlintas semahunya
Telah lengkap dia dan dia

Air mata berdetik
Bukan punya siapa-siapa
Sejak azali dipinta
Jangan biar dia merana

Sugul punya cerita
Dongeng dikongsi bersama
Suka duka entah di mana
Melayu aku mana hilangnya

Lorong gelap berliku
Aku tempuh sendiri
Takut mula menyelubungi
Aman dalam iman

Farith Zainaldin
18.Ogos.2013



Masa Kau Dah Tiba

Isnin, 12 Ogos 2013

Pemulihan

Sewaktu aku merawat luka ini
Aku terlena seketika
Aku kabur dari alam nyata
Malah tidak juga aku di dunia maya
Aku tidak bersuara 
Aku juga tidak meminta-minta
Pasrah semuanya

Rupanya
Ubat yang paling mujarab adalah pahit
Pahit peria boleh ditelan 
Tapi pahit untuk diterima amatlah sukar
Kau telah benar-benar pergi
Pergi jauh dari hidup aku
Hilang terus dari pandangan 
Apatah lagi di alam mimpi

Tetapi
Kenapa aku seorang teringat akan mu
Mengimbas dan terus terigau
Tidak tahu beza nyata dan fantasi
Yang lahir dari mulutku hanyalah namamu

Benarlah 
Hukum alam tidak akan pernah berubah
Begitu juga hidup aku
Meskipun beribu kemaafan ku pohon
Berjuta hajat ku panjatkan
Namun kalau dah bukan takdir
Maka yang ada hanya sia-sia

Mengalah 
Bukan kamus hidup aku
Tetapi air mata tidak boleh ditahan
Pilu tak pula boleh disorokkan
Kecewa bukanlah titik akhir tulisan

Menang
Kau sudah menang
Dan akulah yang seharusnya kecundang
Tanpa hala tuju aku selama ini
Akhirnya aku telah sesat di lautan luas
Lautan yang tanpa nama

Hairan
Kenapa Tuhan masih mahu aku bermimpi
Kekadang teringat akan diri mu
Meskipun sudah lama aku sesat dan terbuang
Kenapa hari ini berita itu tetap sampai padaku
Walau tak relaku pandang dan  dengar
Namun ia tetap mengunyah otak beku ku

Masa 
Engkau telah tiba
Telah tiba akan hari bahagiamu
Bersatu dengan apa yang telah ditentukan
Oleh sang pencipta
Tiada apa boleh dikatakan
Tiada apa boleh diubah lagi

Kau
Telah layak bergelar suri
Kepada sang suami yang menyintai
Dialah misteri yang kau cari 
Bukanlah aku yang setia menanti

Soalan
Yang aku ingin sekali tanya
Adakah aku sudah tiada lagi
Walau sesaat untuk kau ucap selamat pergi
Mengapakah aku dibiar begini
Tanpa seminit untuk melihat mu lagi
Tiada khabar mahu pun apa lagi

....Selamat Menjadi Suri



Farith Zainaldin
12/08/2013