.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Rumah Sewa di Lembah Klang

Selasa, 19 November 2013

Hari ni aku rasa terpanggil nak menulis tentang kadar sewa rumah dan harga rumah di sekitar Lembah Klang terutama Bandar Kuala Lumpur. Seperti yang kita tahu pengangguran di Malaysia mungkin sedikit berkurang daripada statistik sebelumnya (tidak pasti). Faktor pekerja dan pekerjaan mungkin ada sedikit penambahan terutama di sekitar Kuala Lumpur kerana semakin ramai menuju ke kota besar ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sudah pasti kepadatan juga akan bertambah, termasuklah bilangan pekerja buruh yang terdiri daripada pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar dan lain-lain.

Apabila jumlah penduduk semakin ramai dan rumah kediaman menjadi semakin terhad. Oleh demikian permintaan untuk pembelian dan penyewaan rumah sudah pasti akan menjadi terlalu mudah dan pantas disambar. Dari rumah kos rendah sehinggalah kepada rumah mewah sudah pasti semua jenis kediaman ini akan menjadi sasaran imigran dari dalam dan luar negara. Disebabkan rumah semakin terhad, maka harga rumah sudah tentu akan melambung naik. Bagi Graduan yang baru memulakan kerjaya selepas dua atau tiga tahun belum tentu lagi memiliki rumah sendiri kerana faktor gaji dan kos kehidupan yang semakin terbeban oleh desakan kerajaan. Sebenarnya kos mungkin sedikit meningkat, tetapi yang memburukkan lagi keadaaan adalah gaya hidup yang semakin menjadi panduan orang zaman sekarang.

Apa yang hendak dibangkitkan di sini adalah kadar sewa rumah. Berdasarkan pengalaman aku, selalunya penyewa akan meletakkan harga sewa rumah tidak akan sama nilai dengan bayaran bulanan yang ditanggung oleh pemilik. Itu apa yang aku tahu sebelum ini atau ia mungkin akan hanya berlaku di kampung atau kawasan luar bandar. Tetapi memandangkan hari ini kebanyakan rumah kos rendah telah dijual dan bertukar tangan kepada pemilik baru yang telah membeli rumah ini berdasarkan kepada kos semasa hartanah. Memandangkan kos pembelian rumah meningkat maka harga sewa rumah patut turut meningkat, tetapi atas faktor kebebasan kewangan yang menghimpit maka tuan rumah yang baru akan lebinh selesa untuk menyewakan rumah mereka melebihi apa yang mereka bayar kepada bank dan mereka menjana pendapatan sampingan. Ini menjadikan situasi tidak adil kepada mereka yang baru mula bekerja dan bercita-cita untuk menyimpan wang bagi memilki rumah sendiri pada masa hadapan seolah menjadi hampir mustahil apabila belanja bulanan untuk sewa rumah sudah jauh berbeza tambahan lagi kos hidup keperluan yang lain turut berbeza. Walaupun kerajaan telah mensasarkan rakyat berpendapatan tinggi maka gaji RM6000 seorang baru dianggap selesa untuk tinggal di Kuala Lumpur. Namun gaji sebanyak itu adalah hanya layak dimiliki oleh golongan berpangkat Pengurus dan ke atas.

Semua cadangan kerajaan itu masih tidak relevan kerana Malaysia tidak menghasilkan produk eksport mereka sendiri dan kita hanya bergantung kepada kebanjiran pelabur asing yang ingin melabur di sini. Sudah pasti mereka akan mengambil kesempatan untuk menggunakan tenaga buruh murah yang mampu berkomunikasi dengan bahasa perantara Inggeris sebagai bahasa perdagangan. Semua orang sudah mula merungut, dan tak lupa juga semakin ramai orang akan menjadi stress kerana terpaksa kerja lebih masa untuk mempeoleh gaji yang sedikit lebih namun tetap akan habis di penghujung hari.

Malas nak bincang tentang soal kos hidup ini lebih-lebih kerana dasar kerajaan akan beubah-ubah setiap kali bertukarnya Perdana Menteri. Ekonomi akan semakin terjejas dek kerana kuasa beli semakin menipis tambahan kerja yang semakin membeban kerana terpaksa kerja lebih dari waktu standard kerana ingin mencari wang saku lebih.Sekian

Ntah Mende

http://ThepaidWork.com/?id=red_ayee

http://bit.ly/1irrCHA

Tegur FAM atau tegur Sultan

Rabu, 13 November 2013

Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaludin ingin menegur pihak pengurusan FAM yang dinaungi Sultan Pahang sejak tahun 1984. Sultan Ahmad Shah yang dikatakan tidak memberikan impak positif kepada perkembangan Bola Sepak Malaysia, iaitu sukan yang mempunyai paling ramai peminat di dalam Malaysia.

Presiden FAM yang selama ini diterajui Sultan Pahang dan perlantikan keseluruhan ahli majlis tertinggi adalah dengan perkenan Sultan. Di sini tidak wujud istilah kroni kerana Sultan tidak berkompromi malah menidakkan mereka yang membidas pengurusan. Ini bukan bererti tidak ada cadangan ekstrem yang boleh diutarakan cuma perlu lebih tertutup dan dibincang secara empat mata. Bola sepak Malaysia hanya dipayungi Tuanku Presiden tidak dilatih atau ditadbir urus oleh Baginda sendiri. Pemilihan ketua jurulatih Malaysia sendiri masih berdasarkan prestasi dan merit jurulatih itu sendiri. Pemilihan ini juga masih melindungi hak jurulatih tempatan dalam merebut jawatan ini.

Pihak pengurusan telah  mengambil kira peluang latihan di luar negara, mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa, menubuhkan klinik bola sepak dan akademi serta mengusahakan rancangan bola sepak berkonsepkan "reality show". Kesemua pembangunan ini memberikan harapan pada bola sepak Malaysia.

Sekiranya Sultan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden FAM, jawatan ini akan menjadi rebutan seluruh individu yang mempunyai pengaruh dan kuasa. Oleh hal demikian bola sepak ini akan dijadikan isu politik dan akan digembar-gemburkan. Sebelum ini, sepengetahuan penulis tidak ada pihak dari ahli pembangkang beriya-iya untuk merebut jawatan dalam merebut kerusi dalam Majlis Tertinggi FAM. Di sini pengaruh politik masih belum dicampur-adukkan. Kenyataan YB Khairy Jamaludin hanya bersifat 'cari makan' tambahan beliau Menteri Sukan. Bola sepak masih belum boleh dikategorikan sebagai bidang sukan yang tenat seperti badminton, sepak takraw dan hoki. Beliau perlu beri bantuan kepada sukan lain secara samarata, bukan hanya mencari sorakan pemuda yang ternyata ramai dalam sukan bola sepak ini.

Bola sepak di Malaysia masih unik kerana masih diterajui oleh Sultan. Melihat kepada pasukan Johor DT boleh dinaik taraf  secara mendadak oleh disebabkan faktor campur tangan Tengku Mahkota Johor sendiri yang mana beliau merupaka kerabat diraja. Oleh itu pemimpin bola sepak dipayungi oleh individu yang berpengaruh bukan sahaja melibatkan kuasa kewangan tetapi juga kuasa dalam memberikan suara dan cadangan yang boleh didengari. Sekiranya Presiden FAM yang baru adalah orang yang berpengaruh tetapi bukan setaraf Sultan, maka dia akan dikritik sehabisnya sehingga terpaksa melepaskan jawatannya secara sukarela. Adakah orang baru itu akan tunduk kepada kritikan TMJ misalannya dan terpaksa akur kerana beliau seorang Tengku Mahkota. Ini yang kita tidak mahukan.

Lihat sendiri PBNP (Pahang) yang mana dikatakan tidak mampu untuk mengurus Bola Sepak Pahang akibat dari faktor kekangan kewangan. Di sini Presiden FAM selaku Sultan Pahang terpaksa campur tangan  bagi memberikan bantuan dari segi kewangan dan juga pengaruh. Ini tidak akan dibuat oleh individu berpengaruh kerana ingin mengekalkan jawatan mereka di dalam bidang politik. Ingatlah bahawa boleh sepak masih belum lagi dipolitikkan sehinggalah Sultan meletakkan jawatan Baginda. Presiden masih lagi bersikap adil dengan memberikan bantuan dana kepada semua persatuan sukan secara sama rata meskipun ia tidak adil kepada pasukan yang berstatus kelab atau negeri yang tidak mencapai tahap prestasi yang baik.

Isu ini mula timbul sejak Tan Sri Anuar Musa mula membidas sikap pilih kasih FAM. Kini semakin ramai yang berani tanpa asas yang kukuh satu persatu membidas persatuan. Ingatlah bahawa yang kita perlukan adalah penyelesaian dan bukan sekadar cadangan. Isu Presiden FAM tidak timbul semasa bola sepak Malaysia berada di era kegemilangan tapi kini ia seolah menjadi candu apabila sukan nombor satu diminati seluruh dunia ini mengalamai kemeruduman.
Majulah sukan untuk negara.