.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Bunga Bukan Sekuntum

Isnin, 23 Oktober 2017

Bunga bukanlah sekuntum,
Kumbang bukanlah seekor,
Bunga itu pujaan aku
Kenapa aku tak mampu memilihnya,

Kenapa bukan aku yang memetiknya,
Melayu terus di taman,
Mekar hanya sekilas pandang,
Ditatap boleh dipegang haram,

Untuk apa dicipta bunga,
Kalau hanya tiada harum,
Esok lusa tetap akan mati,
Mungkin engkau pun tak peduli,

Kumbang juga akan mati,
Sama ada kenyang berdiri,
Atau mati kempunan debunga,
Kerna dunia sudah tiada di sini,

Perasaan aku juga begitu,
Aku menulis dari tepi,
Takkan kau iri,
Malah membenci,

Kenapa aku jadi mangsanya,
Kenapa bukan siperosak debunga itu,
Mahal sangatkah perosak itu,
Hingga matinya disusuli,

Warna bunga memikat aku,
Harumnya menawanku,
Duri melukakanku,
Tapi kenapa bukan memilikiku,

Tuhan lebih tahu,
Mana yang baik dan yang buruk,
Kita hanya pelakon cerita,
Bukan penulis semesta,

Bumi ini sempurna,
Isinya pelbagai dan berbeza,
Sengaja atau pun terlupa,
Kau pada janji kita,

Biarlah pergi,
Aku masih sendiri
Mengenang nasib tak jadi
Melamar bunga Seri Pagi.



*Bunga hanyalah melambangkan wanita dalam budaya orang Melayu, keindahannya dipertonton dalam bentuk yang cantik dan menyenangkan. Tapi awas bunga memiliki duri, maka berhati-hati.