.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Peduli Apa?

Sabtu, 14 Julai 2012

               Sibuk dengan dunia. Itulah ungkapan yang boleh aku katakan pada saat ini. Hidup yang tak serupa dengan rakan lain yang mempunyai masa untuk bersama rakan-rakan dan keluarga namun aku tidak. Inilah rezeki manusia. Memang kita ini hidup yang sudah ditakdirkan sejak azali lagi. Semakin ramai jenis manusia yang aku kenal dan semakin aku menghampiri realistik dunia meskipun masih punya sebahagian dunia lagi yang harus aku tempuh.
               Teringat akan mama dan abah di kampung. Mereka pasti sunyi tanpa anak mereka yang seorang ini. Adik aku yang bakal menghadapi SPM tahun ini juga tidak aku hiraukan untuk beberapa bulan. Maafkan aku, aku tak mampu lagi untuk berhadapan dengan karenah dunia ini. Cuma bagilah aku sedikit ruang untuk terus menyendiri kerana takdir kita semua tidak akan pernah sama sampai bila-bila. Meskipun kita semua telah menempuh takdir masing-masing.
               Siang malam menghadap kepada dunia yang tidak akan pernah tahu bila masa yang sesuai untuk berhenti seketika. Semuanya sudah kelihatan sama dan tiada beza lagi. Entahlah apa pula nasib aku pada keesokan hari. Puas sudah aku mentelaah kehidupan kotaraya. Terasa ingin kembali ke zaman persekolahan dahulu. Punya banyak masa untuk berfikir dan menzahirkan apa yang difikirkan meskipun tidak ramai yang ambil peduli. Terlalu banyak sangat mengomel juga tidak ada gunanya, tapi ini hanyalah sebuah nukilan yang harus aku luahkan sebelum ia mnejadi barah kepada otak yang semakin sarat dengan perjalanan hidup. Bila sampai waktunya nanti jam itu akan terhenti sendiri dan pada ketika itu kita tidak mampu berkutik akan apa-apa lagi untuk dijadikan amalan untuk diri dan keluarga. Dengan tulisan dan luahan ia akan menjadi sebuah mimpi yang indah buat kepada semua pencerita dan jua pembaca.
                Apa yang aku nak kau tahu, aku masih sendiri dan terus sendiri. Pengalaman semalam cukup menghenyak diri aku sehingga aku ketakutan dan layu. Biarlah, tiada apa yang perlu kau peduli. Kau mungkin juga begitu disaat roda dunia kau berada di barisan paling bawah bulatan itu. Cuma bezanya roda hidup aku sudah pecah dan akan sentiasa berada di bawah. Tak perlu pedulikan aku kerana aku akan terus ambil peduli pasal kau.

6 Julai 2012, 11.00 pagi

Jumaat, 6 Julai 2012

Sampai juga akhirnya,
Impian untuk ke sana ke mari
Hari ini satu lagi beban yang mendatang
Tak mengapa
Kerana ia lumrah dunia
Sebuah keperluan di kotaraya
Pemudah kepada kerja berkelana

Mungkin ini satu kemajuan
Diharapkan ia akan terus maju
Maju dan terus maju
Janganlah ada rintangan lagi
Aku sudah cukup perit dan jerih

Inilah realisme yang asli
Tidak pernah berhenti menyengat
Inilah permulaan alam baru
Cabaran dan mencabar

Kini aku akan terus bernafas
Meskipun di dalam air berlumpur
Alhamdulillah.

Kereta Pertamaku

Isnin, 25 Jun 2012

Akhirnya sampai juga hasrat aku untuk memiliki kereta sendiri. Meskipun bukanlah kereta idaman dan mempunyai sentuhan "air tangan orang luar" namun aku tetap bangga dengan diri sendiri. Dah lama aku cuba mengawal sikap rendah diri dan juga perasaan kurang yakin. Setelah apa yang aku tempuhi akhirnya aku sudah kembali mampu berjalan semula meskipun aku sendiri seorang diri.
              Setelah lebih kurang seminggu lebih aku menguruskan urusan jual beli kereta akhirnya tadi aku baru sahaja membayar wang muka dan akan  berurusan dengan pihak bank mengenai pinjaman. Bukan senang buat masa sekarang untuk membuat pinjaman bank tambah-tambah pulak Bank Negara telah mengetatkan lagi syarat untuk memiliki kereta. Hari ni duit gaji melayang sedebuk hanya semata untuk melunaskan wang cengkeram tanpa faedah tu. Tapi aku rilek je masuk keluar bank macam takde apa-apa berlaku. Padahal mata dah melilau kiri kanan takut-takut ada yang perasaan aku keluarkan duit yang banyak sekali gus. Alhamdulillah gaji bulan ni masih ada yang berbaki dan aku still lagi boleh bernafas untuk meneruskan hidup lagi sebulan ni.Bulan depan dah masuk bulan ramadhan dan aku harap aku boleh berjimat sikit dan menabung untuk masa depan.
              Apa yang best berlaku hari ni adalah aku telah membuatkan salesman kereta aku tadi hampir give up ngan aku punya karenah. Sebelum ni dia janji ngan aku yang dia akan cuba buatkan tuntutan loan yang paling cantik yang pernah dia buat semenjak bergelar salesman.Tup tup setelah seminggu pihak bank asyik call aku dan juga menuntut pelbagai jenis dokumen sokongan. Dan pada Khamis lepas bank telah call aku dan bagitau yang loan aku dah approve. Mulanya aku excited sekejap tapi baru aku sedar full loan yang dijanjikan salesman tidak benar-benar terjadi. Yang paling ralat sekali adalah loan aku bukanlah 100% tetapi hanyalah 99% daripada harga kereta yang aku nak beli.Memanglah aku cuma perlu tambah lagi 1% sebagai down payment tapi bagi aku itu cukup banyak dah.Aku cuba dapatkan pertolongan kawan satu office untuk mendapatkan loan penuh dan menyebabkan aku terpaksa melengahkan urusan dengan salesman aku tadi. Dia terasa terancam dan rasa seolah-olah penat kerana telah mendapatkan aku loan approval dari pihak bank tetapi last-last aku buat taik konon nak apply loan baru semata-mata nak raise lagi balance 1% yang tak berapa banyak tu.Call punya call akhirnya member office aku bagitau memang loan aku boleh approve setakat tu je dan itu dah kira paling banyak dalam kategori orang macam aku ni.
              Hari ni  kau memang luck salesman. Aku tengok muka kau macam dah toye je tadi, so dengan termeterai janji yang aku akur untuk membayar down payment 1%.Hahaha terselamat ko dan aku pun dah selamat dengan urusan ini cuma kena tunggu urusan dengan bank sahaja.Bapak aku dah awal-awal lagi aku bagitau yang aku nak dapatkan nombor pendaftaran negeri kelahiran aku. So dia dah wat persiapan yang sepatutnya hanya tinggal beberapa step saja lagi. So itulah pengalaman aku dalam usaha mendapatkan kereta  pertamaku. Wah bleh masuk peraduan dalam "Perodua Contest" ni. Lupa nak bagitau aku beli kereta Malaysia je sebab tu je yang mampu. Dan pemenangnya adalah Perodua dan bukanlah Proton. Aku memilih perodua kerana teknologi penjimatan kereta keluarannya adalah masih nombor satu di Malaysia. Satu lagi aku beli kereta ni supaya senang nak balik kampung. Aku still pergi kerja naik motosikal aku yang masih rugged tu. Sekian itu je cerita aku tentang pengalaman membeli kereta pertamaku.



Masa Itu Permata

Jumaat, 15 Jun 2012

Masa

Sekarang masa adalah sangat bernilai. Tetapi masa itu juga turut terbuang degan begitu sahaja tanpa kita sedari. Nak katakan kita tidak pandai mengurus masa tipulah. Kita sentiasa mempunyai aktiviti yang kita suka untuk diisi dalam setiap masa yang terluang. Cuma masa untuk kita berfikir dan bersendiri itu kini hanya bertukar kepada masa untuk tidur dan lena tanpa dibuai mimpi-mimpi indah.

Aku perlukan masa yang panjang untuk pulih dan selamat.Tetapi ia seolah mustahil untuk dilakukan kerana aku tidak mampu untuk berhenti berfikir walau hanya untuk seketika.

Sekarang sudah tidak punya banyak masa untuk diluangkan untuk menulis dan membaca dengan berkualiti.Tak mengapa semua itu hanya bersifat sementara. Satu masa nanti akan tiba masa untuk meluangkan sedikit lagi cerita dan pandangan aku. Dalam minggu ini, mood begitu tidak berapa stabil kekadang gembira dan kekadang bersedih dan marah. Mungkin tidak cukup rehat atau terlalu banyak masa berfikir yang bukan-bukan. Tidak rugi untuk mengenang masa lampau tetapi amatlah rugi tidak mengambil kesempatan masa yang terhidang di depan mata sekarang ini.

Sekian.

Bersih 4.0 dan Halal 1.1.2

Khamis, 24 Mei 2012


Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.
             Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat        
             Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila
             jumlah
             peminat mencecah 150,000 orang. Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.
Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah. -Sumber Malaysiak Ini

Macam-macam ngan politik sekarang.Makin nak pilihanraya makin menjadi-jadi plak die punyer karenah.Malaysia jadi begini kerana terlalu ramai yang kaya dan mampu memberi kesan kepada nilai politik negara.Aku tak berapa sokong dengan upacara politik sedemikian.

Sepatutnya orang yang benar-benar kaya diberikan peluang memerintah negara dan menguasai ekonomi negara kerana hanya mereka sahaja yang nampak kemana halatuju duit yang akan dilaburkan.Rakyat akan tetap menjadi rakyat dan terus bekerja untuk orang yang sudah pun kaya.Rakyat tidak perlu lagi memilih pemimpin yang merebut untuk jadi wakil rakyat dan akhirnya terpaksa merasuah dalam setiap projek yang ingin dibangunkan.Pemimpin miskin begini tidak tahu kemana ingin menggunakan duit mereka melainkan beli rumah berjuta-juta, bukak ladang lembu yang tak berapa besar dan main perempuan dari golongan artis yang berstatus janda meletop dan anak dara tua yang seksi.

Rakyat akan terus kekal sebagai rakyat.Tidak akan terus maju dan kaya dengan mentaliti yang telah sedia ada pada hari ini.Daripada mendatangkan kesusahan kepada semua lebih baik kita biarkan orang yang sepatutnya menjadi pemimpin kepada dunia yang kejam ini.Kalau ada masalah terus rujuk kepada mahkamah dan saman je.Bukan susah nak mengajar rakyat Malaysia yang dah tak berapa nak betul macam ni.Balik-balik yang masuk TV hanyalah isu yang sama dan berulang-ulang.Takde apa yang baik datang takde yang buruk pergi.Pi Mai Pi Mai, Tang Tu Jugak perginya.

Apa yang aku kisah hanyalah perpaduan,keamanan dan keuntungan pelaburan dan kekayaan negara di mata dunia.Tak mampu untuk berbangga dengan negara yang hanya mampu untuk mengagungkan ekonomi sebagai negara pengguna tersohor.Rakyat berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi tidak menjanjikan sosio ekonomi yang baik malah mendatangkan keburukan di kemudian hari.Ahli politik perlu pandang serius kepada hal sebegini.Kita masih belum mampu memegang walau hanya satu bidang dalam dunia ini melainkan perpaduan yang tidak boleh disangkal lagi.Mungkin ada segelintir tidak senang dengan rakyat majmuk tapi itu bukan salah mereka kerana mereka hanya berkiblatkan firasat mereka yang kudus sahaja.Sepatutnya orang yang dianugerahkan akal yang cerdas ini memikirkan secara filosofi perkara ini.

Satu masa nanti kita akan menerima lambakan Doktor Falsafah yang hanya tahu "demand" gaji mereka di alam pekerjaan dan kepakaran yang mereka ada hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris tanpa mengetahui apa yang sebenarnya negara kita perlukan.Lebih ramai akan jadi "Ahli Politik" pandai menyusun kata dalam pelbagai bahasa tetapi tidak tahu mentadbir dunia dari kampung halamannya.

Dilaporkan oleh,
Fifi Fairuz Fuyoo
Edisi Khas, TV3.

ANTARA MIMPI DAN IMPIAN

Rabu, 23 Mei 2012


ANTARA MIMPI DAN IMPIAN

Mimpi
Indah, Seronok, Bahagia dan Suka
Semua positif
Semua menjadi rebutan
Malah mimpi manusia hampir serupa

Jika mimpi itu benar maka tidak ada kekecewaan
Jika mimpi itu wujud, tidak wujud kesedihan
Jika semua adalah mimpi
Maka mimpi indah akan menghiasi dunia kita

Impian
Indah, Seronok, Bahagia dan Suka
Semua neutral
Semua menjadi taruhan
Malah impian manusia tidak pudar

Ini berlaku dalam nyata
Hanya yang kuat membina impian akan menang
Impian terlalu tinggi dan sukar digapai
Namun ia tidak mustahil kerana
Manusia boleh meramal dan berusaha

Mat Jenin punya impian dan mimpi
Namun akhirnya mimpi dia terkabul
Dan impian dia terkubur
Tidak pantas mendapatkan keduanya
Meskipun kamu anak raja firaun sekali pun

Mimpi dan impian tidak boleh dihalang
Meskipun Tuhan Maha menentukan
Tapi Tuhan telah serahkan akal kepada kita
Untuk kita menggunakan sebaiknya

Mimpi dan impian tidak boleh terpisah
Kerana itu adalah karma kehidupan
Tidak salah bermimpi di siang hari
Tidak salah menggantung impian setinggi bulan bintang

Kadang terasa seolah bermimpi melaksana solah
Namun kembali mengharapkan impian terkabul selepasnya
Tidak pernah tahu kemana pergi semua hajat
Tapi impian kita kekal dalam hati
Sebagai pembakar semangat kepada diri
Supaya hari esok dipandang tinggi

Azan dilaung dan hati masih bermimpi
Kerana ada makhluk sedang bertempiaran
Namun ia kekal dalam mimpi sebagai impian
 Setelah ia muncul kembali
Sakit tidak terasa semasa bermimpi
Namun pilu mula berjangkit setelah tiada yang tinggal

Kehidupan seolah sebuah klinik besar
Dipenuhi jutaan pesakit yang misteri
Ada yang boleh dirawat
Ada pula yang tidak mampu dikesan sakitnya
Itulah keistimewaan dunia mimpi dan impian

Musim Politik dan Perang Saraf

Rabu, 9 Mei 2012

Asssalamualaikum.
Terus kepada tajuk utama, iaitu politik masa ini yang semakin hangat dan memilukan semua rakyat di bandar mahupun di kampung. Kalau dahulu politik dipenuhi dengan rencah pertelagahan antara kawasan dan bahagian yang mana mereka saling ingin merebut kerusi di kawasan masing-masing. Mereka benar-benar bertengkar melalui medium politik dengan memainkan isu kepentingan rakyat.

Lain pula yang berlaku pada hari ini. Mereka lebih gemar memainkan isu peribadi yang mana membuka pekung  bahawa rakyat Malaysia hari ini tidak lagi bermaruah dan telah menyimpang jauh dari agama yang mereka anuti. Malaysia kini hanya kekal dalam perundangan sebagai negara ISLAM. Namun hakikatnya kita tidak ubah seperti negara bukan Islam yang mana lebih telus dan terbuka dalam menilai setiap hujahan.

Kalau dulu nak cari video lucah "Pramugari Terlampau" atau "Aksi Wan Nor Azlin" begitu susah dan terhad. Tapi kini dengan kewujudan internet berkelajuan tinggi semua orang mampu mendapatkan akses dan mampu untuk berkongsi rahsia walau dimana sekalipun mereka berada. Dan perkara ini menjadi lebih sensasi apabila golongan terkenal seperti ahli politik menjadi peneraju utama dalam video lucah sedemikian. Aku rasa perkara sebegini telah lama bersarang dalam kehidupan ahli politik dan juga ahli perniagaan. Tapi kini ia sudah menjadi mainan kepada media elektronik khususnya untuk mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat yang menjadi sumber ekonomi mereka.

Aku rasa pelik dengan cara bagaimana semua ini boleh dirakamkan dalam waktu yang genting seperti ingin menghadapi pilihanraya semacam ini. Semua seolah-olah telah dirancang lebih awal lagi dan cuma menanti waktu untuk dilepaskan kepada media untuk tontonan umum.Pelik tapi benar, inilah cabaran yang perlu kita tempuhi sebagai rakyat Malaysia zaman moden ini. Semua orang berhak untuk melakukan jenayah peribadi dan  merosakkan imej negara. Katanya PAS yang membimbing lebih ramai orang menuju kepada agama yang telah lama ditinggalkan kepada umat hari ini namun mereka terlepas pandang kepada perkara sebegini. Ingat semua yang terjadi ini kebanyakkan adalah produk UMNO yang tidak menjadi pada zaman dahulu. So rakyat tidak boleh untuk meunding jari kepada UMNO semata-mata. Mereka hanya nampak ini adalah kesalahan UMNO dan bukan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Lihat betapa ramai ahli yang dulunya UMNO dan mempunyai jawatan masing-masing di dalam parti kini lebih untuk memilih keluar parti dan membentuk satu parti baru yang mana mereka akan berpeluang cerah untuk berada di tahap yang lebih tinggi dari sebelum ini. Perkara ini seolah perniagaan MLM yang mana semua orang ingin membuka empayar mereka sendiri dan ingin menjadi cepat kaya dan berada di puncak kejayaan dalam masa yang cepat dan selagi usia masih muda dan gagah.

Kita perlu sedar dizaman media tanpa sempadan hari ini, telah lahir ramai penulis tidak berlesen mengutarakan pendapat aggresif mereka di media terbuka dan kurang penguatkuasaan dari undang-undang. Nama pun media bebas jadi tidak akan ada sesiapa pun berhak ditumbangkan pada zaman moden ini.Ini bukanlah satu bentuk kebebasan yang perlu di ambil kesempatan oleh rakyat Malaysia. Aku tengok di kawasan berkepadatan tinggi di Kuala Lumpur seperti di Kerinchi dan Pantai Dalam. Kebanyakan golongan ibu dan bapa mereka lebih cenderung untuk memlilih parti PAS sebagai peneraju pentadbiran mereka, sedangkan anak-anak mereka sendiri menjadi mat rempit dan kaki curi. Orang ramai suka menghukum kesalahan orang lain tetapi tidak mampu menghukum kesalahan diri sendiri.Aku sebagai golongan pemerhati pun tidak terkesan dengan impak sebegini kerana mereka tidak menunjukkan contoh melalui tauladan.Mereka lebih suka memilih "Reformasi" berbanding "Transformasi". Kedua-dua perkataan itu berbeza dari segi makna yang jelas. Reformasi tidak diperlukan di Malaysia kerana setiap perkara yang di"reform" pasti akan berkubur kerana kekebalan sistem yang kita miliki sejak zaman berzaman lagi.

Sudahlah.Mungkin sampai sini dahulu aku berceloteh mengenai perkara sebegini.Fikirlah secara mendalam sebelum menulis hujah yang seterusnya.Biar lambat asal selamat.