.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Kematian Michael Jackson

Jumaat, 26 Jun 2009



Michael atau dikenali dengan Jacko, disahkan meninggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan pada usia 50 tahun selepas tiba di Hospital Los Angeles. Walau bagaimanapun kematiannya masih belum dipastikan lagi sebabnya tetapi menurut doktor beliau mati disebabkan kegagalan jantungnya berfungsi.

Menurut paramedik Raja Pop ini telah meninggal dunia pada tengah malam semalam sebelum dia di bawa ke Hospital Los Angeles.Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia.

Beliau yang sering dikaitkan dengan isu pembedahan plastiknya dan juga masalah seksual yang melibatkan kanak-kanak sehingga pada tahun 2005 dia diheret ke mahkamah atas pertuduhannya itu.

Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy.Beliau dijangkakan mengadakan penampilan semula bulan hadapan di kota London tetapi semuanya sudah tinggal kenangan.

"Jacko R.I.P"

Nik Aziz Bukan Degil Tetapi 'Istiqamah'

Isnin, 22 Jun 2009


Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberikan kenyataan yang lebih berhemah dan ‘lembut’ dalam isu yang melibatkan Umno yang mana Pas dialu-alukan untuk menyertai ‘ Kerajaan Perpaduan’. Dalam perkara yang ditimbulkan beberapa hari lalu Tuan Guru Nik Aziz telah menyatakan keengganan beliau untuk bersama-sama Umno dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan disebabkan keputusan muktamar Pas yang telah berlangsung sebelum ini telah memutuskan supaya kekal menjalinkan kerjasama erat dengan Pakatan Rakyat bagi menjaga hati pengundi masing-masing.

Sebelum ini dikatakan bahawa Naib Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah menyatakan persetujuan beliau untuk bergabung dengan Umno tetapi kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak melibatkan keseluruhan dari pihak Pas. Berikutan daripada itu, Tuan Guru Nik Aziz meminta Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bachok sekiranya beliau masih kekal dengan keputusannya itu. Tetapi semua ini masih lagi di dalam perbincangan dalaman parti Pas dan tiada sesiapa yang layak menghukum sesiapa melainkan ahli jawatankuasa Pas sendiri.

Namun hal yang timbul ini dikatakan dimulakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan cuba memerangkap Pas dalam kemelut yang membabitkan isu perpaduan orang melayu ini. Sehubungan dengan itu, Pas meminta Umno meminta maaf terlebih dahulu kepada mereka kerana perkara ini melibatkan kemarahan parti Pakatan Rakyat yang lain. Sekiranya ingin mengadakan Kerajaan Perpaduan Umno harus turut membuat rundingan bersama PKR dan DAP bagi membincangkan kesamarataan kuasa.

Adakah semua ini mustahil dari kacamata pemimpin lain dan juga pengundi kedua-dua belah pihak? Adakah perjuangan selama ini sia-sia jika tiada lagi pembangkang? Tun Mahathir juga turut menegur pimpinan baru Dato’ Seri Najib supaya tidak memberikan apa-apa jawatan kepada ahli Umno yang telah pun dikenakan tindakan disiplin akibat rasuah dalam pemerintahan. Ini kerana ia boleh menimbulkan isu tidak puas hati pelbagai pihak. Diharapkan ahli Umno yang lain turut prihatin dan memberikan dorongan yang mambina kepada Perdana Menteri yang baru supaya tidak terpengaruh dengan dakyah politik sendiri dan mementingkan Perjuangan dan mengetepikan politik peribadi. Jagalah hati rakyat yang telah sama-sama menyokong perpaduan bangsa demi berjuang untuk agama dan bangsa tetapi bukan demi politik tersendiri. ‘UMNO Perlukan Pejuang Setia Yang Berani Mati’.

Oleh: farith zainaldin

Hubungan Singapura dan Malaysia Yang Kian Kabur

Isnin, 15 Jun 2009



Kini negara Singapura boleh merasa bangga dengan kejayaan demi kejayaan yang ditempa dipersada antarabangsa bagi melonjakkan nama Singapura sebagai Pelabuhan Perdagangan terulung yang menggantikan zaman Kegemilangan Melayu Melaka. Singapura telah mampu berdiri dengan sendiri meskipun mereka memandang Malaysia sebagai sebuah negara jiran. Mereka tidak pernah merasa puas dengan kemenangan yang mereka perolehi tanpa sebarang pertumpahan darah ini. Selepas mereka meminta Singapura dipecahkan daripada Malaysia kemudian mereka timbulkan pula isu Pulau Batu Putih yang kini sah menjadi milik mereka. Hasil bumi Malaysia yang dibawa masuk ke Republik itu untuk dijual dicop dengan cap dagangan Singapura sedangkan mustahil sekebun sayur atau dusun boleh dituai di negara sekecil itu. Itulah sifat tamak dan tidak bersyukur yang menjadi pegangan rakyat Republik itu yang rata-rata terdiri daripada bangsa Cina yang menjadi pedagang satu ketika dahulu. Kini mereka mampu menunjuk-nunjuk kepada rakan Malaysia bahawa negara itu telah semakin maju meninggalkan Malaysia dari segenap kemajuan.

Sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri yang Ke-5, Singapura seolah-olah beruk mendapat bunga apabila lebih banyak kemenangan pada pihak mereka seperti isu kenaikkan harga air mentah dari Johor ke Singapura dan isu Jambatan Tak Siap. Bayangkan sejak zaman pemerintahan itu mereka berjaya mengekalkan harga air mentah sebanyak 3 sen bagi 1000 gelen air yang dibeli dari kerajaan Johor. Perjanjian ini yang termeterai dengan perjanjian lanjutan harga air mentah ke Singapura yang bertahan sehingga tahun 2061. Agak-agaknya berapalah harga air mineral pada ketika itu di Malaysia dan berapa banyak sangat yang boleh diminum. Kalau hendak dibandingkan Johor menjual air mentah kepada Melaka sebanyak 30 sen yang mana 1000% lebih tinggi berbanding Singapura. Apakah keistimewaan Republik itu sehingga mampu untuk mempengaruhi kuasa besar negara ini. Apakah perjanjian berat sebelah atau muslihat yang cuba disembunyikan oleh PM pada ketika itu.

Wahai pemimpin negara demokrasi Malaysia, bangkitlah menentang musuh dalam selimut ini. Janganlah harta nenek moyang kaya-raya menjadi milik orang. Janganlah mudah untuk tunduk dan dipijak oleh bangsa yang berlagak seperti penjajah dan maralah menghunus senjata rahsiamu bagi menepis kemasukan ideologi pengkhianat ini. Meskipun kita berjiran tapi kita tidak pernah mengaku kita pernah bersama mereka sama-sama melalui zaman penjajahan ketika dahulu.

Mereka bersifat sama seperti Zionis dalam Yahudi menempel tanpa rasa segan silu menjadi pendatang dan menuntut hak yang tidak pernah menjadi milik mereka. Akibat pengaruh yang kuat mereka mampu mencapai matlamat kejam yang ditunggu-tunggu ini. Dimanakah keadilan yang ditegakkan oleh negara dunia ini. Biarkanlah mereka merasai kegembiraan dunia yang sementara ini, sedangkan balasan yang lebih dari itu menunggu mereka di pengakhiran jalanan.

Rajagobal tak puas hati prestasi B-23

Ahad, 14 Jun 2009



Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my

PEMAIN Malaysia Mohd Zaquan Adha (kiri) dikawal ketat pemain Indonesia, Rachmat Latif pada perlawanan persahabatan skuad B-23 negara bertemu Indonesia di Stadium Kuala Lumpur, petang semalam. Gambar kecil, Rajagopal

Walaupun berjaya melakar kemenangan ke atas Indonesia

LONGGARNYA rentak aksi masih ketara, namun skuad bawah 23 tahun negara tetap berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas barisan Indonesia pada pertemuan persahabatan di Stadium Cheras, petang semalam.

Jurulatih, K Rajagobal, mengakui betapa masih banyak ruang perlu diperbaiki sebelum mampu menjelmakan barisan mantap buat mengejar sasaran pada temasya Sukan Sea di Laos, Disember nanti.

"Kemenangan ini bagus untuk moral pasukan, tetapi kami perlu terus bekerja keras. Masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan. Namun saya puas hati kerana aksi keras hari ini adalah seperti yang diharapkan," katanya.

Skuad negara bermula baik untuk mendominasi perlawanan, namun selepas Mohd Zaquan Adha menyaksikan rembatannya menggegar jaring pada minit ke-41, sedikit kemerosotan ketara apabila Indonesia berjaya mengancam pada majoriti babak kedua.

"Ketika ini, saya masih dalam proses mencuba beberapa pemain. Teras pasukan sudah pun ada, cuma masih ada beberapa posisi perlu dimantapkan. Saya harap dapat menamakan senarai akhir pemain dua bulan sebelum ke Laos," katanya.

Antara pemain muda yang diberi peluang beraksi semalam termasuk Mohd Azmi Muslim, K Gurusamy dan Mohd Fandi Othman yang bergandingan dengan Aidil Zakuan, Bunyamin Umar serta Khyril Muhymeen.

Wenger ke Malaysia?

Sabtu, 6 Jun 2009



ok, so wenger is gonna come to malaysia and this event is organized by some company and this company invited AFCSM to join with some sort of photo session.

Here's the schedule:

Arsene Wenger will be in KL on next
Tuesday 9th June

AFCSM members will get a special
chance to meet the man

We will be given 15 minutes for group
photography session

Please wear your Arsenal Jersey
preferably Red ( Home )

Due to time constrains no autography
session is planned

However organizer will distribute
postcards signed by Wenger

Date : Tuesday 9th June 2009

Time : 11.45 am

Venue : Padang Dataran Merdeka KL

I am still waiting for full official
itinerary from organizer

Tentative Agenda below:

10.30am - Arrival of Arsene Wenger
VIPs, FAM under 19 team & Officials

11.00am - Coaching Clinic for
Malaysian Under 19 team by Wenger

11.45am - AFCSM Fans Photo session
with Wenger

12.00pm - Public photo session with
Wenger

12.30pm - Event ends


I've just send out an email to sukumar asking whether we can join in or not, so please cross ur fingers and hope for the best..

I WANNA MEET WENGER!!