Isnin, 15 Jun 2009
Kini negara Singapura boleh merasa bangga dengan kejayaan demi kejayaan yang ditempa dipersada antarabangsa bagi melonjakkan nama Singapura sebagai Pelabuhan Perdagangan terulung yang menggantikan zaman Kegemilangan Melayu Melaka. Singapura telah mampu berdiri dengan sendiri meskipun mereka memandang Malaysia sebagai sebuah negara jiran. Mereka tidak pernah merasa puas dengan kemenangan yang mereka perolehi tanpa sebarang pertumpahan darah ini. Selepas mereka meminta Singapura dipecahkan daripada Malaysia kemudian mereka timbulkan pula isu Pulau Batu Putih yang kini sah menjadi milik mereka. Hasil bumi Malaysia yang dibawa masuk ke Republik itu untuk dijual dicop dengan cap dagangan Singapura sedangkan mustahil sekebun sayur atau dusun boleh dituai di negara sekecil itu. Itulah sifat tamak dan tidak bersyukur yang menjadi pegangan rakyat Republik itu yang rata-rata terdiri daripada bangsa Cina yang menjadi pedagang satu ketika dahulu. Kini mereka mampu menunjuk-nunjuk kepada rakan Malaysia bahawa negara itu telah semakin maju meninggalkan Malaysia dari segenap kemajuan.
Sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri yang Ke-5, Singapura seolah-olah beruk mendapat bunga apabila lebih banyak kemenangan pada pihak mereka seperti isu kenaikkan harga air mentah dari Johor ke Singapura dan isu Jambatan Tak Siap. Bayangkan sejak zaman pemerintahan itu mereka berjaya mengekalkan harga air mentah sebanyak 3 sen bagi 1000 gelen air yang dibeli dari kerajaan Johor. Perjanjian ini yang termeterai dengan perjanjian lanjutan harga air mentah ke Singapura yang bertahan sehingga tahun 2061. Agak-agaknya berapalah harga air mineral pada ketika itu di Malaysia dan berapa banyak sangat yang boleh diminum. Kalau hendak dibandingkan Johor menjual air mentah kepada Melaka sebanyak 30 sen yang mana 1000% lebih tinggi berbanding Singapura. Apakah keistimewaan Republik itu sehingga mampu untuk mempengaruhi kuasa besar negara ini. Apakah perjanjian berat sebelah atau muslihat yang cuba disembunyikan oleh PM pada ketika itu.
Wahai pemimpin negara demokrasi Malaysia, bangkitlah menentang musuh dalam selimut ini. Janganlah harta nenek moyang kaya-raya menjadi milik orang. Janganlah mudah untuk tunduk dan dipijak oleh bangsa yang berlagak seperti penjajah dan maralah menghunus senjata rahsiamu bagi menepis kemasukan ideologi pengkhianat ini. Meskipun kita berjiran tapi kita tidak pernah mengaku kita pernah bersama mereka sama-sama melalui zaman penjajahan ketika dahulu.
Mereka bersifat sama seperti Zionis dalam Yahudi menempel tanpa rasa segan silu menjadi pendatang dan menuntut hak yang tidak pernah menjadi milik mereka. Akibat pengaruh yang kuat mereka mampu mencapai matlamat kejam yang ditunggu-tunggu ini. Dimanakah keadilan yang ditegakkan oleh negara dunia ini. Biarkanlah mereka merasai kegembiraan dunia yang sementara ini, sedangkan balasan yang lebih dari itu menunggu mereka di pengakhiran jalanan.
0 comments:
Catat Ulasan