Selasa, 9 Mac 2010
Assalamualaikum, pagi ni sungguh sunyi dan tenang. Dalam waktu senggang begini aku mengintai peluang untuk memikirkan masalah yang tak pernah padam dalam diri dan hidupku. Pernah tak kita akan rasa tidak akan mempunyai masalah selepas bangun dari tidur pada keesokan harinya dan memulakan hari seolah-olah semalam tidak wujud. Rasanya macam mustahil kerana semua manusia dihadiahkan memori yang baik oleh Tuhan supaya kita sentiasa mengingatinya sepanjang masa. Memang kita boleh lupakan kesakitan ketika kita sedang tidur tetapi ia akan datang kembali setelah kita bangkit.
Bagaimana pula dengan masalah kewangan yang menjadi punca besar kepada masalah orang kita pada masa kini. Pergi kerja balik kerja, gaji ribu-ribu tapi masih lagi makan mee segera sebagai menu harian. Pelik tapi itulah yang masih aku lihat didepan mata sendiri. Buka internet pelbagai program yang ditawarkan untuk jadi kaya tapi bukan semua orang mampu mempelajarinya dengan pantas kerana bidang perniagaan di dunia ini sama sahaja. Jika ada yang menjual sudah pasti ada yang ingin membeli, usahanya adalah promosi, promosi dan promosi. Mana ada barang yang nak jual murah tanpa keuntungan, mana ada produk yang tak bagus untuk dijual. Hakikatnya hari ini begitu banyak benda boleh dijual termasuk barangan peribadi seperti kasut,beg dan lain-lain boleh dijual secara online.
Kalau tanya bab agama tambahan bab sembahyang sudah pasti masyarakat melayu kita ramai yang masih lagi jahil. Sembahyang- kejap khusyuk kejap tak, kadang awal kadang terlajak, Jumaat pergi masjid asar dah tak nampak muka. Persekitaran membuatkan orang macam aku ni turut sama terjebak dengan dunia yang pusing ni. Macam mana orang kita nak maju, sayang negara kita ni semua benda senang nak dapat, buka mata je boleh dapat semua benda yang kita nak cepat dan pantas. Maka penyakit malas menjadi penghalang untuk orang macam aku ni terus mengorak langkah kejayaan. Nampak gayanya masa depan orang macam ni senang untuk diramal.
Sekian.
0 comments:
Catat Ulasan