.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Sejarah Permulaan Kasut Sukan

Jumaat, 30 April 2010


Kebangkitan dalam sukan larian telah dimulakan oleh seorang berbangsa Inggeris dalam abad ke-18 yang mana telah menekankan penghasilan kasut yang lebih ringan dan mempunyai daya cengkaman yang kuat. Kemudian pada kurun seterusnya telah dapat dilihat bahawa kasut yang diperbuat daripada kulit untuk kasut pelari pecut dilengkapi dengan ‘spiked’ untuk member cengkaman yang lebih.

Pada tahun 1832 Wait Webster telah mempatenkan ciptaan beliau iaitu pelapik kasut yang diperbuat daripada getah untuk kasut dan juga boots. Sekitar tahun 1860-an kasut yang berada dipasaran mempunyai rekabentuk yang menutup sepenuhnya bahagian kaki dengan lapisan kanvas untuk mengurangkan serapan air tetapi masih lagi mengekalkan penggunan pelapik kasut daripada getah. Kasut yang direka pada zaman tersebut adalah senyap dan tidak mengeluarkan bunyi ketika dipakai dan ia dipanggil ‘Sneakers’ yang diambil sempena karekter pencuri yang berjalan senyap dan tidak diketahui akan kehadirannya.

Pada awal 1907 kasut sukan telah mengalami perubahan sekali lagi iaitu dengan mengenakan ikatan tali seolah jahitan bagi mengekalkan bentuk kasut mengikut kaki si pemakai. Ia juga bertujuan mengurangkan regangan yang berlaku akibat sifat bahan kulit yang digunakan untuk membuat kasut itu sendiri yang akan secara semulajadi akan meregang.

Kasut khusus bagi sukan bola keranjang telah dimulakan pada tahun 1917 oleh syarikat Converse dan kasut itu telah dinamakan sempena nama syarikat tersebut, Converse All Star (Pattison & Cawthorne 1997). Kasut sukan bola keranjang ini menjadi satu trend masa kini pada ketika itu dalam tahun 1920-an dan hamper semua orang akan memilikinya dan digunakan sebagai kasut untuk beriadah.


Bapa kepada bermulanya pengenalan kasut sukan di dunia adalah melalui Adolf Dassler yang telah mulakan penghasilan kasut pada sekitar tahun 1920 di Jerman. Dassler pada asalnya hanyalah mengkhususkan kepakaran beliau dalam mereka bentuk jenis kasut sukan. Pada tahun 1936 kasut buatan beliau telah mulai dikenali di seluruh dunia pada ketika itu. Setelah perang dunia tamat beliau meneruskan kembali penghasilan kasut sukan tapi kali ini dengan membawa nama besar iaitu Adidas (1948). Namun berlaku sedikit masalah pemilikan jenama kasut ini dan ia telah berpecah kepada dua Adidas dan Puma.

Membaca Minda


Bagaimana Membaca Minda Orang Lain

1)   Belajar bahasa tubuh seseorang. Sebenarnya ini sudah jadi lumrah orang tua-tua untuk menilai perwatakan orang muda melalui bahasa tubuh atau gerak badan orang lain. Tetapi kita jarang perhatikan orang ramai disekeliling kita untuk dijadikan bahan eksperimen. Misalannya kita melihat orang lain bermenung panjang tapi apakah sebenarnya yang difikirkan olehnya. Fikir baik atau buruk ?
Kelebihan manusia adalah mempunyai akal yang mampu menafsir perubahan sikap atau bahasa tubuh orang disekitarnya. Seorang lelaki yang sedang bercakap dengan penuh keyakinan mengenai hal politik di warung kopi boleh diragui oleh orang yang lebih berpengalaman daripadanya tetapi masih ramai yang terpengaruh dengan dakyah songsang yang diutarakan. Minda mampu menafsir perubahan bahasa tubuh.

2)   Cuba meletakkan mental pemikiran kita ke dalam satu situasi yang lain. Apabila seorang wanita yang baru kehilangan suaminya terasa begitu kehilangan dengan pemergian suaminya akan mengalami perasaan yang amat sedih. Dengan hanya mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri keadaan wanita tersebut, perasaan kita akan turut sama terkesan dengan perwatakan wanita tersebut. Muncul rasa simpati yang menebal untuk menasihati wanita itu supaya lebih tabah dalam menghadapi semua ujian ini. Secara tidak langsung kita yang telah bersimpati ini akan berfikir secara sama dengan wanita itu dan telah meletakkan diri kita secara mental berada dalam situasi yang berlainan daripada sebelum kita mengetahui masalah wanita tersebut.

3)   Otak yang berfikir dikatakan menghasilkan suatu gelombang yang mampu merambat secara rawak dan tidak terkawal. Ini secara saintifiknya boleh disebabkan otak kita menghasilkan neuron baru apabila kita berfikir dan mengembangkan sesuatu idea tersebut. Tenaga yang dihasilkan oleh gelombang tersebut boleh dirasai dengan tumpuan yang diberikan secara mendalam oleh seseorang terhadap sesuatu yang dirasainya. Kita mungkin pernah mendengar mitos yang manusia luar biasa mampu membengkokkan sudu yang dipegangnya hanya dengan memfokuskan kuasa mindanya (psikik). Perkara itu mungkin boleh berlaku tetapi dengan kebolehan manusia yang mempunyai kuasa minda yang cukup tinggi. Tetapi yang pasti telepati atau interaksi secara fizik antara dua orang tanpa bercakap boleh terjadi dan ini memang terbukti sahih. Umpamanya seperti kekasih yang jatuh cinta pada pandang pertama.

4)   Manusia boleh berkomunikasi secara rahsia melalui perasaan dengan menggunakan tenaga “Extra Sensory Perception” ESP. Kita akan mampu menyelami perasaan sesorang yang lain melalui tenaga ESP ini dan boleh meningkatkan keupayaan minda kita untuk berkembang lebih pantas kerana ia melibatkan keseluruh tenaga badan kerana ia dikawal secara total oleh minda. Teknik ini memerlukan tahap fokus yang tinggi dan memerlukan penggunaan tenaga secara besar. Fokus yang tinggi juga perlu diperolehi dengan menyimpan tenaga secara pantas melalui meditasi untuk meningkatkan daya konsentrasi yang lebih. Semua ini memerlukan latihan yang khusus dan berterusan.

5)   Semua ini akan tercapai dengan latihan bersepadu yang berterusan. Istiqamah dalam melaksanakan latihan ini dapat memberikan impak yang luar biasa dalam diri insan yang biasa.


Arsenal Confirmed Signing Chamakh

Rabu, 14 April 2010

Minggu yang memenatkan dek kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai test dan assignment. Tetapi hari yang kejap bahagia kejap sedih ni dah slalu sangat dalam hidup aku. So, untuk chill out my depressed satu khabar yang gembira di dengar di akhbar dari Utara London mengenai transfer rumors mengenai pembelian pemain tengah dari kelab Perancis Maroune Chamakh yang bersedia untuk dilepaskan oleh Bourdoex secara percuma setelah kontrak beliau tamat penghujung musim ni. Itu yang paling diinginkan oleh Pengurus Arsenal dengan pengambilan muka baru dalam skuad kendalian beliau. Tambahan lagi dengan tanpa bayaran dan cengkeram hahaha. Pucuk dicita ulam mendatang, Umpama beruk disorongkan bantal semuanya seolah mudah buat Gunners bagi musim 2010/11. Tapi sisa baki perlawanan musim ini masih belum ke penghujung.




Arsenal perlu menang semua baki perlawanan musim ini untuk menyaingi pendahulu Chelsea dan mengharapkan pasukan itu kalah beberapa perlawanan. Kecederaan yang dialami RVP menunjukkan tanda positif tetapi masih belum mampu untuk diturunkan menentang pasukan 'derby match' menentang tottenham malam esok. Diharapkan pemain yang tinggal di akhir musim ini mampu untuk memberikan hadiah bermakna untuk Arsenal and Gooners.

Yang Ke-23

Ahad, 4 April 2010


Hari Lahir Buat Aku

Terasa diri ini masih kecil
Seolah baru mula bertatih
Seakan diri ini masih lagi perlu belaian
Insan yang bergelar ibu.

Kupanjatkan syukur pada Tuhan Yang Esa
Kupanjangkan doa buat mama dan abah
Kuharapkan berkat dari penjaga rezeki
Kumenangisi kepada penerima taubatku

Jalan yang aku lalui kini
Tidak terasa sakit lagi
Kerana laluan itu sudah tiada
Yang tinggal hanya tinggalan tapak
Apabilaku menoleh kebelakang

Lilin hari lahir membara di hati
Seolah aku dirai lagi
Dihari aku dijadikan
Penuh senyuman dalam tangisan
Bayi kecil ini dahulu sudah dewasa
Tahu berlari dan juga melompat

Kurang lebih dua dekad
Aku masih berdiri
Diatas kaki yang dahulu begitu susah bertatih
Berkekalan hati yang kecil ini
Aku masih terasa semalam itu hari ini.

Arsenal Yang Kucintai

Khamis, 1 April 2010

Jam tepat menunjukkan pukul 2 pagi, aku bergegas untuk menuju ke destinasi biasa aku untuk menonton pasukan bola sepak kesayangaku Arsenal beraksi dalam kancah Liga Juara-juara Eropah. Kali ini berlangsung perlawanan antara Arsenal dan Barcelona yang menjadikan Emirates Stadium sebagai gelanggang beradu bagi pusingan yang pertama. Pasukan kesayanganku turun sebagai pasukan underdog
begitu membuatkan aku gelisah. Namun Arsenal Spirits yang mengalir dalam DNA aku.

90 minutes later...

Keputusan penuh dilaporkan oleh penyampai amatur GoonersMalaysia. Keputusan seri yang berlangsung selama 90 minit di Stadium Emirates London membuktikan Arsenal bukanlah pasukan muda yang tiada masa hadapan untuk maju di dalam kancah bola sepak Eropah. Ini dibuktikan dengan skuad kendalian Arsene Wenger berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0 di tangan Barcelona melalui pemain gantian muda mereka iaitu Theo Walcot dan penyempurnaan sepakan penalti oleh ketua pasukan Cesc Fabregas.

Barcelona yang terlebih dahulu mendahului sebaik sahaja sepak mula separuh masa kedua melalui ayam tambatan mereka Zlatan Ibrahimovics yang kemudian juga menjaringkan gol kedua untuk pasukan Barcelona tadi. Arsenal yang beraksi goyah pada separuh masa pertama berpunca daripada terpaksa mengeluarkan dua pemain mereka Arshavin dan William Gallas seawal 20 minit perlawanan akibat kecederaan lama yang masih belumm sembuh sepenuhnya. Arsenal sekali lagi dirundung malang apabila Fabregas turut cedera sejurus menjaringkan gol kedua Arsenal melalui sepakan penalti membuatkan pasukan Arsenal bermain dengan kekuatan pasukan seramai 10 orang. 


Arsenal bernasib baik apabila Barcelona juga bermain dengan kekuatan seramai 10 orang pemain akibat layangan kad merah kepada pemain pertahanan mereka Carles Puyol kerana mengasari Fabregas. Keputusan seri tadi memberikan rasa lega kepada pemain Arsenal untuk berkunjung ke Nou Camp meskipun Fabregas tidak akan bermain akibat mengumpul kad kuning kedua dan akan digantung pada perlawanan seterusnya. Peminat Arsenal diminta bersabar dengan karenah Arsene Wenger yang masih belum mampu membina kembali sebuah pasukan Arsenal yang sehebat dulu. Turut diharapkan Wenger akan membawa lebih banyak pemain berpengalaman menyarung jersi keramat di Emirates musim hadapan.