Arsenal Yang Kucintai
Jam tepat menunjukkan pukul 2 pagi, aku bergegas untuk menuju ke destinasi biasa aku untuk menonton pasukan bola sepak kesayangaku Arsenal beraksi dalam kancah Liga Juara-juara Eropah. Kali ini berlangsung perlawanan antara Arsenal dan Barcelona yang menjadikan Emirates Stadium sebagai gelanggang beradu bagi pusingan yang pertama. Pasukan kesayanganku turun sebagai pasukan underdog
begitu membuatkan aku gelisah. Namun Arsenal Spirits yang mengalir dalam DNA aku.
90 minutes later...
Keputusan penuh dilaporkan oleh penyampai amatur GoonersMalaysia. Keputusan seri yang berlangsung selama 90 minit di Stadium Emirates London membuktikan Arsenal bukanlah pasukan muda yang tiada masa hadapan untuk maju di dalam kancah bola sepak Eropah. Ini dibuktikan dengan skuad kendalian Arsene Wenger berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0 di tangan Barcelona melalui pemain gantian muda mereka iaitu Theo Walcot dan penyempurnaan sepakan penalti oleh ketua pasukan Cesc Fabregas.
Barcelona yang terlebih dahulu mendahului sebaik sahaja sepak mula separuh masa kedua melalui ayam tambatan mereka Zlatan Ibrahimovics yang kemudian juga menjaringkan gol kedua untuk pasukan Barcelona tadi. Arsenal yang beraksi goyah pada separuh masa pertama berpunca daripada terpaksa mengeluarkan dua pemain mereka Arshavin dan William Gallas seawal 20 minit perlawanan akibat kecederaan lama yang masih belumm sembuh sepenuhnya. Arsenal sekali lagi dirundung malang apabila Fabregas turut cedera sejurus menjaringkan gol kedua Arsenal melalui sepakan penalti membuatkan pasukan Arsenal bermain dengan kekuatan pasukan seramai 10 orang.
Arsenal bernasib baik apabila Barcelona juga bermain dengan kekuatan seramai 10 orang pemain akibat layangan kad merah kepada pemain pertahanan mereka Carles Puyol kerana mengasari Fabregas. Keputusan seri tadi memberikan rasa lega kepada pemain Arsenal untuk berkunjung ke Nou Camp meskipun Fabregas tidak akan bermain akibat mengumpul kad kuning kedua dan akan digantung pada perlawanan seterusnya. Peminat Arsenal diminta bersabar dengan karenah Arsene Wenger yang masih belum mampu membina kembali sebuah pasukan Arsenal yang sehebat dulu. Turut diharapkan Wenger akan membawa lebih banyak pemain berpengalaman menyarung jersi keramat di Emirates musim hadapan.
0 comments:
Catat Ulasan