.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Tangisan Tak Diundang

Khamis, 30 Disember 2010


Tangisan Tak Diundang

Sudah seminggu aku merasakan tak stabil dan beremosi.  Mungkin ini satu teguran dari tuhan yang inginkan aku merasa kebal dengan kesakitan dunia sebelum aku pergi lagi jauh. Hampir berminggu-minggu air mata ini mengalir setiap kali aku berhenti dan mula berfikir. Aku begitu susah  melelapkan tidurku sepanjang malam. Diri ini terasa sangat bersalah kerana menganggu kebahagiaan orang lain yang mana dia adalah kawan baik aku sendiri. Aku terpaksa meredhakan sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Tapi apa yang aku tahu semua sudah berakhir dan sekali lagi aku melalui hari yang sama dan sentiasa bersedih sepanjang hayatku. KIsah hidupku yang begitu menyayat hati dan tidak mungkin akan ada sesiapa yang mampu meleraikan mimpi ngeri ini. 


Teman-teman yang ada hanya mampu berkata sesuatu yang sama dan langsung tidak membantu meleraikan simpulan yang aku sendiri ikatkan ini. Mungkin ini rasa yang semua orang kena lalui dalam hidup mereka. Tapi aku tidak segagah kawan-kawan ku malah sesiapa pun kerana aku telah dipupuk menerima kehidupan ini dengan kesusahan. Air mata mengalir tersekat-sekat umpama musim hujan yang melanda negeri aku sendiri. Aku begitu mengharapkan tuhan sentiasa mendengar doa-doaku dan mampu memulihkan semangat aku yang berada pada tahap tidak selamat ini. Aku melarikan diri daripada semua teman-temanku seolah mereka merupakan satu kesilapan yang aku pilih dalam hidup ini. Mungkin silap aku berdoa untuk mempunyai ramai kawan satu ketika dahulu kerana tuhan menciptakan aku untuk berdiri sendiri dan tidak akan pandai menjaga perasaan orang lain walaupun kawan yang telah lama dengan aku. Bukan salah mereka, Cuma tuhan tidak mahu aku merosakkan persahabatan yang dia ciptakan di alam ini. Betul kata ibuku, aku ni hati perut busuk kerana seringkali membenci atas kebahagiaan orang lain. Apakah ini salah aku sepenuhnya? Aku tidak meminta dilahirkan sebegini rupa, mungkin nampak sempurna dari luaran tapi hati ini penuh dengan rasa hasad dan nafsu amarah yang aku tak mampu kawal. Aku harap aku tidak akan ada kawan lagi agar aku tidak akan melukakan hati sesiapa lagi. Ibuku berkata lagi, kalau kau seorang yang “moody” kau tak layak berkawan dengan sesiapa pun kerana kau akan membuatkan orang lain kurang senang.

Kalaulah ada kehidupan untuk orang seperti aku ini, akan aku segera berpindah ke penempatan itu. Hanya orang yang sama akan memahami persamaan yang mereka sendiri miliki. Selebihnya hanyalah perasaan yang dijadikan syaitan untuk menghancurkan kesetiaan dan ketaatan yang wujud di dunia ini. Semua orang akan melakukan kesilapan, dan kesilapan yang aku buat seringkali aku ulang kerana aku sering terlupa bahawa kesilapan itu telah aku lakukan di hayat yang lalu. Itu juga adalah permintaan aku kepada tuhan supaya melupakan aku terhadap masa silamku supaya aku tidak mengulangi kesilapan ini tapi, syaitan dijadikan istimewa dan khusus untuk menjatuhkan hati orang yang tidak teguh berpegang pada tali Allah. Inilah balasan yang tuhan ingin aku rasakan kerana memperkecilkan syariatnya dan lalai dalam kesungguhan aku bertaubat. Tapi aku tidak mampu mengangkat kaki sendiri untuk melangkah ke kediaman tuhan seperti yang disarankan malah kadang aku terlupa yang aku ini hambanya. Seringkali aku membentak dengan takdir yang disuratkan tapi tuhan itu maha kuasa dan mampu menghukum sesiapa sahaja sehingga aku tak mampu berfikir tenang lagi.


Aku tiada tempat untuk mengadu kerana sedari kecil aku merasakan tidak akan ada orang yang sanggup menerima masalah seperti aku ini. Malah sekiranya ada hamba Allah yang cuba menghulurkan bantuan aku seakan sukar menerima ajakan itu kerana aku tidak percaya pada sesiapa lagi. Nasihat yang diberikan aku tolak mentah-mentah kerana aku begitu egois dan tidak mampu menerima nasihat. Kalaulah ibuku tahu semua ini, dia pasti sedih kerana mempunyai seorang anak yang teruk sebegini. Apalah salah mereka, aku adalah matahari buat mereka suatu ketika dulu. Aku tak sanggup mereka menyesal kerana melahirkan aku ke dunia ini dengan seribu kepayahan yang ditempuhi sepanjang takdir yang ditentukan. Dan mereka jualah tempat aku merasakan yang akan bantu di saat aku begitu memerlukan ketika saat aku tidak mampu lagi berjalan seperti manusia biasa. Aku telah melihat kekurangan yang melanda kedua orang pak cik aku yang tidak mampu menguruskan hidup sebagai orang normal. Sekali lagi aku bersimpati dan menangis dan aku begitu mengharap aku dapat membantu sehingga titisan darah yang terakhir aku. Tapi aku sendiri pun tak mampu membantu diri aku sendiri. Aku sembunyikan kesakitan dan perasaan benci ini jauh dalam-dalam hati ini. Aku pun tak mampu membantu apatah lagi orang lain ingin membantu aku. Aku seunik maksud nama aku, tak siapa mengerti kerana aku sukar dirapati dan seringkali melarikan diri. Apa lagi yang ingin aku tunjukkan kepada tuhan, ini semua dibawah perkiraanya. Mungkin keturunan aku tak layak dibantu kerana nasab ini membuatkan orang lain membenci dan sakit hati. Bukan salah aku tidak mampu keluarkan semua ini seperti normal tetapi kekuatan yang sedia ada tidak mampu untuk meruntuhkan tembok pemisah ini. Hati yang kecil dan mudah terluka ini mempunyai cita-cita besar ingin membantu seluruh ahli kelurga ini walaupun dengan setitis air mata yang mengalir laju di saat ia ingin mengalir terus dari celahan mata.

Aku kasihankan ibuku dan ayahku yang bersusah payah membesarkan kami bertiga dan aku sebagai yang paling tua layak mengambil alih tugas ini sebagai tanggungjawab bersama dan tidak membenarkan sesiapa dari keluarga ku merasakan kesusahan lampau. Aku tidak tahu kalau masih ada keturunan orang lain yang senasib keluarga aku. Ayah aku adalah yang paling layak untuk mendapat segala kepujian ini kerana dia memliki kesabaran yang tinggi walaupun kadang kala dia juga marah dan terpaksa menahan segala kesakitan yang ditakdirkan dalam hidupnya. Ayah aku adalah guru yang paling sabar dalam mendidik anak sulungnya agar mampu untuk menggalas tanggungjawab suatu hari nanti. Kesabaran dia jelas terpampang tetapi aku merasakan tangisan yang beliau sembunyikan dan aku mengerti mengapa seorang lelaki menangis tapi tak kelihatan. Terlalu banyak perkara yang membuat aku menitiskan air mata yang tak diundang kerana ia adalah pelepasan yang mudah meskipun menyakitkan. Aku tak sanggup sekiranya mereka tahu yang anaknya ini seringkali gagl dalam berusaha kerana mereka terlupa mengajar aku untuk bangkit dari setiap kekalahan yang aku sentiasa sembunyikan. Bukan niat berbohong tetapi ini keistimewaan dan kekurangan yang harus dirahsiakan.

Aku kehilangan ramai kawan kerana aku mengerti mereka tak mampu berkawan dengan seorang yang emosional dan aku mengerti mengapa ada yang melarikan diri. Nilai negative yang ada dalam diri aku yang aku keluarkan akan membuatkan orang lain rasa bersalah dan terjatuh seperti aku. Biarlah aku sendiri melalui hari yang sukar ini kerana tiada siapa yang sanggup berkongsi rasa sedih orang lain kerana mereka juga ada cita-cita yang jelas. Aku hanya membuatkan orang lain rasa tidak selesa dan aku berharap kepada tuhan agar aku mampu bertahan sehingga ke hari esok untuk terus berlari menuju kejayaan. Aku alami semua ini sedari aku di sekolah rendah malah sejak dibangku tadika. Nenek aku adalah orang yang paling aku sayang lebih dari ibu dan ayahku sendiri kerana dia seringkali berada di saat aku memerlukan meskipun aku hanya teringatkan dia. Aku terhenti dan berfikir dan sekali lagi aku menangis dalam menulis suratan kehidupan ini. Tiada siapa yang boleh memahami kerana tangisan ini tidak kelihatan meskipun baju aku basah disirami tangisan ini. Aku harus tabah dan berusaha ke arah yang lebih baik dan jangan mudah menangis lagi. Aku terima suratan yang aku akan hidup dalam dunia aku sendiri untuk merasa bahagia yang sementara kerana tiada siapa yang akan faham apa yang aku mengerti dan percaya. Setiap keseronokan yang tuhan beri akan disulami dengan rasa sedih dan linanganair mata. Ini membuatkan aku sentiasa bersedih mendapat sesuatu yang aku gembirakan kerana aku pasti akan ada musibah yang lebih dasyat yang akan menimpa aku kelak. Aku tahu akan ada ruang kebahagiaan selepas itu tetapi sekali lagi akan disulami kesedihan. Itulah mengapa aku tidak mampu berfikir dan bertindak rasional di saat aku berada pada tahap kekecewaan yang paling teruk.
Apa yang aku fikirkan sejak dahulu terpak sa juga aku lalui. Aku terlalu mudah mendapatkan bayangan ngeri dalam kehidupan sebenar kerana jika ingin tahu aku jarang bermimpi dalam tidur ku kerana semua yang wujud dalam mimpi aku adalah kehidupan yang sebenar. Aku hanya mampu mengimpikan sesuatu yang indah dalam jagaku . Aku adalah aku dan tiada siapa yang akan mampu memahami dan membantu aku. Tuhan jadikan aku sentiasa menolak segala yang datang kepada aku walaupun ianaya baik. Tidak mengapa kerana aku masih mampu menulis semua ini dengan kesabaran yang masih ada dalam diri ini.
Bagilah kebahagian yang aku belum kecapi itu suatu hari nanti dan janganlah ada yang reseksa dengan kebahagiaan yang aku inginkan.

red-ayee


0 comments:

Catat Ulasan