.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Pelaburan Matawang ( Stock Market)

Sabtu, 12 Mac 2011


Pelaburan Pasaran Saham

            Minggu lepas aku telah pergi untuk sebuah temuduga yang aku sendiri tidak tahu apa nama syarikat tersebut sehinggalah apabila aku sudah sampai ke dalam barulah tertera nama Syarikat tersebut. Pengalaman yang menarik tentang temuduga aku kali ini. Tapi sayang aku kurang berminat untuk mendapatkan kerja yang tidak dapat memastikan kelangsungan kewangan aku sendiri. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang tidak mempunyai lesen yang sah dari kerajaan Malaysia ini adalah disebabkan beberapa faktor sukarnya mendapatkan kelulusan lesen tersebut bagi jenis perniagaan sebegini. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang mencari pelopor untuk menjadi seorang broker saham yang berjaya.



`           Setelah selesai ditemuduga aku diminta untuk menghadiri kursus tiga hari di tempat tersebut bagi diterangkan secara terperinci bagaimana syarikat ini beroperasi dan adakah aku sendiri layak atau mahu diterima bekerja di sana. Pada hari pertama aku datang untuk pengenalan syarikat aku mula tertarik dengan apa ilmu yang bakal aku dapat dan timba. Tetapi sayang aku cuma datang pada hari pertama penerangan tersebut dan aku tidak meneruskan pada hari seterusnya dan itu menunjukkan aku tidak akan diterima masuk bekerja di situ. Memang bukan nasib aku atau itu memang sudah suratan takdir untuk aku terus meneruskan juang mencari kerja dalam bidang yang lain. Aku tidak tahu sama ada memang aku menolak takdir dan bantuan Allah atau itu memang sebuah ketetapan. Tetapi biarlah aku redha dengan apa yang datang walau sesusah mana sekalipun.

            Aku bukan ingin bercerita tentang pengalaman aku ditemuduga tetapi mengenai operasi syarikat ini dalam masyarakat dan ekonomi semasa. Syarikat ini menjalankan kegiatan seperti broker Forex. Sebelum ini aku ada mendapatkan sedikit maklumat di internet mengenai pelaburan yang melibatkan mata wang antarabangsa ini. Seperti yang aku faham memang pelaburan matawang atau boleh dipanggil sebagai ‘stock market’ ini adalah halal jika hanya melibatkan matawang dan bukan melabur di atas ekuiti (tak pasti istilah sebenar) yang berunsurkan barang yang haram. Ketika hari pertama aku berada dalam syarikat tersebut, aku mendapat kenalan baru iaitu Kanan, Sara, Gohpi dan Zul. Kesemua daripada mereka telah mempunyai pengalaman kerja yang lama dan yang paling lama adalah Kanan yang telah berkhidmat dalam pengurusan Genting selama hampir 20 tahun. Ketika ditanya mengapa memilih untuk datang pada pengenalan syarikat ini jelas terlakar diwajahnya sudah penat bekerja dalam suasana kasino dan menjadi kuli yang makan gaji. Memang itu yang kelihatan pada wajah Kanan ketika aku mula-mula sampai dalam bilik mesyuarat itu.

            Aku diberikan penerangan mengenai bagaimana software yang telah dibeli dari sebuah syarikat Jepun telah dapat memudahkan lagi urusan pembelian dan penjualan saham antarabangsa. Setelah 2,3 hari bermain dengan software tersebut barulah aku faham bila kita perlu membeli stock dan bila pula untuk menjualnya, tetapi jawapan akhirnya sudah tentu kita mahukan keuntungan yang berganda walaupun sikit tetapi berbaloi daripada tiada langsung. Satu keuntungan mudah yang akan diperoleh daripada syarikat yang sedang naik ini, kekurangannya adalah pelabur tetap akan kehilangan 5pips (mata dalam pasaran saham) yang mana 1pips = usd 20 akan ditolak sekiranya broker tadi gagal mendatangkan untung yang lebih kepada bakal pelabur mereka, namun syarikat masih lagi mendapat laba kerana software yang dicipta tadi akan secara automatic menolak 5 mata daripada keuntungan/kerugian pelabur. Penolakan itu mungkin juga merupakan gaji kami yang menjadi broker kepada pelabur masing-masing. Masalahnya pada usia semuda ini bagaimana aku ingin mendapatkan kenalan atau orang yang mampu untuk melaburkan kewangan yang agak besar dalam satu masa dan aku sendiri bakal tiada gaji sekiranya aku gagal mendapatkan pelabur. Dah macam nak jual insurans pula. Tetapi ini pengalaman yang berguna buat aku dan aku suatu hari nanti akan juga menjadi salah seorang pelabur ini. Sekian

0 comments:

Catat Ulasan