.fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width:540px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqJPOVHMI8DX06YQcMdlDoBFCN-CbyHEtluPZGwzv4GqYFCCLxzfThfReR-V4iKLDjSdkk5_gKR4KUxmkaSpjkASuPIWaEJ9NWJPTxCkH28A9S7Ma8xgp_VIv5eYqr6xRMr2LhGbe8nyA/") no-repeat scroll left top transparent; } .fb_like_button_holder { -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; padding:12px 12px 0 12px; width:515px; height:42px; }

Demam Bola & Lagenda Bola Malaysia

Ahad, 17 Julai 2011

Minggu ini dan minggu depan merupakan minggu yang sibuk dengan ragam dan karenah penyokong bola sepak di Malaysia. Tahun yang begitu mengagumkan aku sejak aku lahir apabila tiga buah kelab gergasi Liga Inggeris bertandang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bagi mengisi slot percutian musim panas di Britain. Kelab Manchester United yang sebelum ini sudah beberapa kali datang mengunjungi Malaysia tidak turut serta pada persahatan pra-musim kali ini. Pasukan yang memeriahkan kancah bole sepak Malaysia pada tahun 2011 ini adalah Kelab "Big Four" (Liverpool dah x brapa big dah) di Liga Inggeris seperti Arsenal, Liverpool dan juga Chelsea.

Pasukan yang aku nanti-nantikan sudah tentulah pasukan kesayangan aku , Arsenal. Meskipun kali terakhir pasukan Arsenal datang ke Malaysia adalah pada lewat tahun 70an dan waktu itu aku belum lahir lagi dan tak tahu pun pasal bola. Namun kali ini, pasukan yang aku nantikan datang ke Malaysia buat pertama kali dalam sejarah hidup aku. Namun sedihnya, aku tidak dapat serta bersama-sama rakan aku untuk sama-sama bersorak di Stadium Kebangsaan Bukit Jalil kerana aku mengalami masalah kewangan yang teruk. Kenapalah semua ini berlaku di saat aku tidak dapat berusaha lebih dari apa yang aku mampu.

Tak mengapa mungkin lain kali. Jawapan biasa bagi seorang yang dah banyak kali kena ujian macam ni. Lupakan apa yang sedih tu, yang penting aku tetap bangga dengan pencapaian pemain Malaysia yang sudah semakin meningkat naik. Terasa negara Malaysia ni seperti negara dari Amerika Latin seperti Brazil dan Uruguay yang begitu gah dengan sistem pembangunan bola sepak mereka di peringkat antarabangsa.

Dalam keasyikan aku hanya mampu menonton perlawanan ulangan dan juga menonton jaringan gol melalui internet, aku menonton kenangan indah Mokhtar Dahari dalam slot "National Geographic". Terasa sejarah yang tak dapat dilupakan oleh semua rakyat Malaysia tidak kira tahun berapa pun mereka lahir kat dunia ni.Tak sangka National Geographic boleh tayangkan cerita The Untold Story about SuperMokh. Menonton rancangan ini membuatkan aku menjadi bersemangat apabila melihat ada pemain Malaysia yang masih hebat dalam arena bola sepak semacam ini. Aku ingatkan itu cuma cerita dongeng kanak-kanak untuk didodoikan ketika tidur. Ternyata aku terpegun dengan kisah disebalik perjalanan hidup sebagai pemain bola sepak negara terulung.

Semangat beliau adalah untuk bermain bola untuk kelab kesayangan beliau iaitu Selangor yang pada ketika itu merupakan antara pasukan yang terkuat di Malasyia dan konsisten sepanjang musim. Aku tertanya pada diri sendiri adakah rakyat Malaysia di negeri lain yang mempunyai semangat sebegini kepada pasukan negeri masing-masing. Mungkin aku terlepas dengar atau memang aku tak pernah lihat orang yang mempunyai jati diri seperti Allayarham Mokhtar Dahari. Tak mengapa, seperti biasa, aku kena jati dirikan diri sendiri dahulu sebelum aku boleh melihat orang disekeliling aku mempunyai jati diri lebih hebat daripada aku.


Salam salut kepada Pasukan Harimau Malaya.
Kerana menjadikan bola sepak Malaysia kembali bernafas dan bernyawa.

0 comments:

Catat Ulasan