Khamis, 11 Ogos 2011
Bulan ramadhan yang diberkahi Allah. Semoga apa yang disampaikan adalah bukan untuk menuding jari kepada sesiapa melainkan kepada diri sendiri kerana asyik melakukan dosa dan maksiat tanpa henti. Bertaubat adalah pintu keselamatan untuk terus mendapatkan rahmat Allah dan seterusnya melangkah ke alam kebahagiaan.
Aku menyesal atas apa yang sering aku tinggalkan dan dosa yang sering aku agongkan, aku ingin beroleh keampunan daripada Allah atasa segala dosa yang pernah aku lakukan. Semoga Allah itu menunjukkan aku jalan yang luas supaya tidak lagi aku tersesat di dalam pencarian aku yang serba tidak menentu ini.
Ramadhan sepatutnya menjadikan semua itu ikhtibar dan meluruskan perjalanan aku menuju pintu keinsafan dan mengurangkan serta menghilangkan terus kesalahan yang sering dimomokkan ini. Bertaubatlah wahai hati yang gemar akan berbuat maksiat kerana dunia ini sahaja tempat untuk dipanjangkan doa dan dilipat gandakan ibadah malah inilah bulan yang tersangat mulia dalam seribu bulan dan tersembunyi malam yang dinanti-nanti sepanjang tahun.
Ingatlah kata-kata ini wahai hati yang suka berbuat maksiat, engkau tidak akan selalunya gembira dan engkau tidak akan selalunya merasa senang dengan apa yang telah engkau sembunyikan dari pandangan dan rasa luaran. Bertaubatlah, sesungguhnya pintu taubat Allah itu terbuka luas selagi nyawa ini dikandung oleh badan.
Amin Ya Rabbal Allamin.
0 comments:
Catat Ulasan